Elra pov"Wake up."
Lenaku sedikit terganggu. Aku mengeliat kecil sebelum menyapu air mata Kecewa dengan kasar.
"Aku dah cakap! aku taknak bangun dari mimpi ni..." bebelku mengosokkan mata berkali-kali sebelum pandanganku mula bertukar jelas.
Dalam kereta?
"Asal?...kau nak ikut aku balik ke." Air liur yang ditelan terasa perit. Mampus!
"Ak...aku tak mimpi eh?" Figura itu sekadar mengangkat bahu. Pintu kereta aku buka dengan laju. Plastik berisi barangan 7e aku bawa keluar.
Aku mula berdiri berhampiran cermin pemandu yang sudah diturunkan. Malu sial! Melihat style yang digunakan oleh figura itu membuatkan aku berkerut dahi. Malam-malam buta perlu ke pakai sunglasses?
"Te...terima kasih."
Figura itu memandang kiri dan kanan sebelum menurunkan hoodie yang menutupi kepala Sejurus menanggalkan sunglasses diwajahnya.
Lelaki Mata Hazel?
Riak terkejut cepat-cepat aku kawal.
"Kenapa kau beli susu anak sorang-sorang. Husband kau mana?" Anak mataku meliar mencari idea. Ibu jari turut aku cubit perlahan. Mati kutu aku nak jawab mamat ni.
"Err...kerja." Lelaki itu mengangguk sekilas.
Tanpa pamit. Tayar kenderaan mewah itu kembali membela jalan dengan laju. Untunglah dapat drive Lamborghini. Rasanya sampai tua pun belum tentu aku dapat drive kereta macam tu.
Dulu aku pernah minta mama belikan aku Kereta. bukanlah Lamborghini, just Honda Accord. Tapi bila Minah selebeh tu dapat tahu, tak pasal-pasal kereta tu mama bagi dekat dia. tak lama juga minah tu guna. Kereta tu rosak, so mama gantikan dengan Mini Cooper.
Halah! Malas nak ungkit lebih-lebih!
Kaki ku atur dengan laju membuka pintu pagar. Sibuk sangat flashback pasal minah tu sampai lupa dengan baby ean. Haih!
Tiba di dalam rumah. Bilik tidur segera aku tuju. Tubuh baby ean yang sedang lena, membuatkan aku menarik nafas lega. Kus semangat!
Niat ingin melihat waktu di telefon bimbit Terhenti. Mana telefon aku pergi? Beg sandang aku selongkar dengan laju, poket seluar jean turut aku periksa dengan rapi. Macam mana boleh takde?
Aku berlalu ke halaman selepas perasaan di dalam poket juga tiada. Setibanya di halaman, mindaku seakan teringat sesuatu.
Dahi ku tepuk perlahan.
"Ha sudah! Jangan cakap tinggal kat dalam kereta mamat tu." aku melepaskan keluhan sebelum mengatur langkah kembali ke dalam rumah.
___•*•___
Hadryl Pov
Kenderaan mewah yang dipandu meluncur laju memasuki perkarangan sebuah rumah agam. Pintu kereta dibuka dengan kasar, wallet di dalam dashboard turut dicapai.
Ting!
Langkahnya terhenti.
"Sejak bila telefon buruk ni ada kat dalam kereta aku." Telefon jenama samsung pada seat penumpang itu dikutip dengan malas sebelum meneruskan kembali langkah ke dalam rumah.
Kunci kereta dan wallet dihumban perlahan di atas meja. Sofa pada ruang tamu menjadi tempat Hadryl membaringkan tubuh. Baru sahaja matanya ingin dilelapkan bunyi notification asing menganggu lenanya.
Ting!
Dengan malas telefon samsung di atas meja itu dicapai. Mesej yang tertera di hadapan lock screen dibaca satu-persatu.
*Privet Number*
-Oii perempuan!
-Kau jangan ingat. Kau dah bahagia bila lari ke luar negara. Aku tau kau tengah jaga Anak Haram sekarang ni. Aku akan pastikan mama kau tahu apa kau buat dekat sana. Benda yang aku buat sebelum ni pun dah berhasil. Hahaha! Seronok dapat fitnah kau. Aku nak kau ingat satu benda, pelusuk mana sekali pun kau lari kau takkan terlepas dari aku!
Selesai membaca mesej tersebut telefon jenama samsung itu kembali diletakkan di atas meja. Hadryl berlalu memasuki dapur.Tidak lama selepas itu, tubuhnya kembali membawa sebotol coca-cola. Ingatannya kembali mengingati wajah perempuan yang dibawanya sebentar tadi.
"Haih!" Keluhnya mengusutkan rambut sebelum sambung meneguk coca-cola di tangan berkali-kali.
"Kau dah nak mati ke tiba-tiba nak aku cari alamat perempuan tu?" Lelaki berambut tidak terurus itu dipandang malas.
"Aku nak kau tolong dapatkan maklumat pemilik telefon buruk tu. Esok hantar dekat office aku." Ujarnya mendatar. Coca-cola yang sudah puas diteguk diletakkan di atas meja. Entah kenapa dia seolah ingin mengetahui hal perempuan yang dibawanya itu tadi.
"Kemon bro? ini Santan lah!" Balas lelaki berambut kusut itu mendabik dada.
Hadryl sekadar memandang kosong coca-cola miliknya yang diteguk dengan laju oleh lelaki yang mengelarkan dirinya sebagai Santan itu.
"Kau kenapa buat muka babi tengah-tengah malam ni?" Soal lelaki berambut kusut itu lagi. Tiba-tiba.
Tanpa balasan, Hadryl berlalu memanjat anak tangga dengan laju. Malas ingin berlama dekat situ. Jam 9 pagi esok dia terpaksa handle meeting klien dari Russia. Nak harapkan si bangsat pencuri cola tu mati hidup semula pun belum tentu settle.
"Period ke?" Santan mengangkat bahu. coca-cola di tangan kembali diteguk dengan rakus.
Peeling, peeling...wine.
YOU ARE READING
A Long Adventure
RandomDisaat keluarga tidak memerlukan aku lagi... Dia hadir umpama TIANG LAMPU TEPI JALAN yang menerangi diriku. Dia... "Reanz Haider" ______•*•______ Cacian. Hinaan. Pelbagai cabaran yang harus dihadapi oleh gadis itu apabila diusi...