Sudah seminggu berlalu. Semenjak kes lelaki mata hazel itu menerjah rumah sewanya. Elra menarik nafas dalam sebelum meneruskan kembali cucian cawan dan pinggan di hadapannya.Mengingatkan encik Malik yang telah pun kembali menyebabkan otaknya kembali sempit.
"Babe. Dah pukul 7 setengah ni, you dah siap ke?"
Senyuman nipis di ukir memandang wajah Aileen di sebelahnya. Gadis itu laju menyusun cawan dan pinggan pada rak penyimpan.
"Wait, ok done!" Balasnya. Apron pada tubuh segera ditanggalkan. Beg sandang pada rak penyimpanan, di sangkutkan pada bahu dengan laju. Aileen turut mencapai beg sandang miliknya. Gadis itu sempat menambah lipstick pada bibir.
"Okey babe, jom!" Elra tersenyum lucu, beanie di atas kepala sempat dikemaskan sebelum mengatur langkah bersama gadis itu berlalu keluar.
"Babe! Are you sure, ni tempat you tinggalkan baby ean?" Aileen memasang reaksi risau memandang rumah berwarna hijau tua di hadapannya.
"Kau jangan risaulah. Ni rumah makcik aku." Tipunya. Walhal itu adalah rumah Puan Jumino. Dia perlu membawa baby ean pulang ke rumah sewa.
"Aaah...I see! Jumpa you esok babe."
"Ok." Tubuh Aileen yang kembali memasuki perut taxi itu di lambai sekilas.
Setelah memastikan kenderaan itu menghilang. Langkah kembali diatur menghampiri rumah Puan Jumino.
lonceng pagar ditekan sekali.
Tinggtongg!~
Bayangan puan Jumino mula kelihatan. Senyuman manis segera diukir. Wajah baby ean kelihatan ceria di dukungan wanita berusia itu.
"El. Awak tak masuk dahulu?" Ujar puan Jumino tersenyum manis.
"Minta maaf la puan, saya kena balik cepat. Dah lewat sangat ni." Senyuman kelat diukir membalas pandangan puan Jumino.
"Oh, yah."
Baby ean bertukar tangan. Kini tubuh si kecil itu berada di dukungannya.
"Puan saya balik dulu."
"Baiklah. Hati-hati."
Kepala di angguk sekilas sebelum kembali mengatur langkah bersama baby ean.
Elra memeluk kemas tubuh baby ean sejurus membuka pagar besi di hadapannya dengan laju. Suhu pada waktu malam di bandar itu, terlalu sejuk. Mujur saja mereka berdua menggunakan baju musim sejuk yang dilapis dengan t-shirt tebal.
Hidung mancung baby ean dicuitnya perlahan.
"Pffftt...haa'aak!"
"Let's take a show-" Reaksi terkejut selepas terpandang dua figura itu dikawal laju.
Deheman kecil segera dilakukan sebelum memasang reaksi serius memandang dua manusia babi itu silih ganti.
Pak!...
Pak!...
Pak!..."Well...well...well. So...Ni lah anak haram yang kau tengah jaga sekarang ni, atau lebih tepat. Anak Haram Kau. Am I right?"
Elra menarik nafas dalam. Baby carrier pada tubuh diketatkan dengan laju. sial.
Buk!
"Auch!"
Tubuh Harlin yang sudah pun terduduk di atas tanah dipandang kosong. Manakala tangan yang mula mengeluarkan darah digosok pada hujung baju dengan kasar.
Mengingatkan wajah perempuan itu sewaktu terkena tumbukan nya sebentar tadi, Membuatkan sengihan lucu meniti dibibirnya perlahan.
"Pahal kau senyum? Sut! Pegang perempuan tu."
Baru saja kaki ingin berlari ke dalam rumah, kedua lengannya tiba-tiba direntap dengan kasar.
"Kau nak lari pergi mana perempuan?!"
"Ehek, ehek...nguwekk!"
"Shusss...boy, mummy ada dekat sini." Pujuknya perlahan. Seperti memahami baby ean mula berhenti merengek.
"Kau Ni Hidup Menyusahkan Aku Jelah Perempuan!"
Pak!
"Auw!"
Pipi yang terasa menebal dikembungkan perlahan. Keluhan kecil segera dilepaskan. Agak sukar untuk dia membalas kembali. Memandangkan genggaman lelaki itu pada lengannya terlalu kuat.
"Kau sepatutnya mati!"
Pak!
Kepala yang terteleng ke arah kiri dibawa memandang ke hadapan semula. Nafas yang tidak teratur di kawal perlahan.
"Baru puas hati aku!"
Senyuman sinis terukir dibibirnya perlahan.
Tanpa mempedulikan genggaman lelaki itu pada lengan, darah tepi bibir diludah kasar ke arah Harlin.Puihh!
"Arrrgh! Perempuan sial!"
Buk!
Tubuh Elra melutut kasar di atas tanah Selepas lututnya ditendang kuat oleh lelaki yang mengenggam lengannya sebentar tadi. Menyebabkan genggaman pada lengannya bertambah di ketatkan.
"Bodoh punya perempuan!"
Beanie yang berada di atas kepala sudah pun terjatuh. Genggaman lelaki itu pada lengan nya, kini beralih pada rambut. Sejurus menyebabkan pandangannya terdongak ke atas dengan kasar.
"Kau Ni Memang Nak Makan Peluru Aku!"
Elra menyeringai menahan sakit. Pistol yang di acu pada dahi hanya mampu dipandang kosong. Rengekan baby ean juga hanya mampu di dengari tanpa pujukan. Mata dipejam mendengar bunyi pemicu ditarik.
YOU ARE READING
A Long Adventure
RandomDisaat keluarga tidak memerlukan aku lagi... Dia hadir umpama TIANG LAMPU TEPI JALAN yang menerangi diriku. Dia... "Reanz Haider" ______•*•______ Cacian. Hinaan. Pelbagai cabaran yang harus dihadapi oleh gadis itu apabila diusi...