Elra mencelikkan mata perlahan-lahan.
Buka sahaja. Ruang bilik berwarna kelabu itu Membuatkan tubuhnya drastik bangun dari baring."Auw!" Balutan pada lutut diusap perlahan.
Baby ean?
Mata diliarkan di segenap ruang sebelum tertancap pada pintu yang kedengaran seperti suara riuh-rendah.
Pintu berwarna putih di hadapannya dihampiri laju.
Usai melangkah keluar. Tingkat bawah dipandang terhendap-hendap. Risau juga dia jika manusia di dalam rumah itu sedar kewujudan dirinya.
Pandangan segera diliarkan mencari kelibat baby ean di tingkat bawah. Namun bayangan tubuh si kecil itu langsung tidak kelihatan. Rambut yang terjuntai pada dahi disisip ke telinga dengan kasar.
Haihh.
"Oi!"
"Oh! mak kau bangang!" Latahnya tanpa sedar.
"Kau bangangkan mak aku?...Sini kau!" Teriak manusia itu dari bawah.
Mulut yang terlepas kata ditampar berkali-kali.
Wajah familiar manusia itu dipandang takut Sebelum mengatur langkah menuruni anak tangga dengan perlahan.Tamat la riwayat aku...
Punggung mula dilabuhkan pada sofa berwarna kelabu. Wajah serius dua lelaki itu dipandang sekilas Sebelum kembali menundukkan pandangan. Kedua tangan digenggam erat.
"Aku tak tahu la kau perasan atau pun tidak. Aku ni spesies makan daging manusia." Ujar Santan tiba-tiba. Tangan dimasukkan dalam poket seluar Sejurus mengekalkan reaksi serius pada wajah.
Elra menarik nafas dalam. Debaran di dada makin bertambah selepas lelaki itu mula berdiri di hadapannya dengan reaksi membunuh.
"Tapi...ak- err saya tak kenal pun korang dua."balasnya sedikit gementar.
Santan tercengeng.
Tanpa kata Kaki Cupak selamba dipijak menyebabkan pinggan yang berisi kacang di tangan lelaki itu terbang jauh.
Prang!
"Sial punya anak babi! Kacang mahal tu woi?!" Teriak Cupak tidak menyangka.
"Back up la aku sial." Bisik Santan merendahkan sedikit tubuh. Cupak meraup muka dengan kasar. Wajah Santan dijeling sekilas.
YOU ARE READING
A Long Adventure
RandomDisaat keluarga tidak memerlukan aku lagi... Dia hadir umpama TIANG LAMPU TEPI JALAN yang menerangi diriku. Dia... "Reanz Haider" ______•*•______ Cacian. Hinaan. Pelbagai cabaran yang harus dihadapi oleh gadis itu apabila diusi...