Kepulan asap berwarna hitam serpihan daripada Vila yang mereka duduki itu dipandang kosong. Tiga figura itu langsung tiada niat ingin menjadi Super Hero memadam api yang sedang menyala di hadapan mereka.Setelah puas menyaksikan, tayar kenderaan kembali membelah jalan dengan laju.
30 minit kenderaan dipandu. Halaman Vila Gripzz menjadi tempat tiga lelaki itu meletakkan kenderaan. Tidak lama selepas itu, langkah diatur dengan laju memasuki Vila tersebut.
Sofa di ruang tamu menjadi tempat tiga lelaki itu melabuhkan punggung. Masing-masing berdiam diri Sebelum salah seorang dari mereka mula memecahkan kesunyian.
"Budak, kau pandai masak?"
"Masak nasi, dengan nasi goreng je sir."
"Good! Pergi masakkan aku nasi goreng." Lelaki awal 20-an itu mengangguk sekilas sebelum meneruskan langkah memasuki dapur.
Manusia yang sibuk memandang Macbook di atas sofa itu dijeling malas sebelum kembali berbaring dengan selesa.
"Cupak, vila tu dah ada bom Three days before we arrive here." Ujar Frank sarkastik.
"Kau cari siapa pedajalkan Syurga aku tu. Aku dah lama tak masak manusia." Balasnya sekali nafas.
"Esok kita dah boleh balik Canada." Usai berkata Frank berlalu memanjat anak tangga dengan laju.
"Sir!"
Langkah dihentikan.
"Hm?"
"Sir, taknak makan sekali dengan kitorang?"
"Babi tu lebih memerlukan." Balasnya mendatar seraya meneruskan langkah memanjat anak tangga satu, persatu.
___•*•___
Elra Pov
Balang susu baby ean aku buka perlahan-lahan.
Buka sahaja. Balang kosong itu buatkan aku mengeluh kecil."Macam mana aku nak buat susu dia esok? "
Aku kembali mengatur langkah ke dalam bilik. Selimut baby ean aku rapikan. Beg sandang turut aku sangkutkan pada bahu. Aku terpaksa keluar seorang diri. Baby ean dah tidur nyenyak sekarang ni.
Pintu rumah sewa sempat aku kunci sebelum meneruskan langkah Ke 7e.
30 minit berjalan kaki, akhirnya aku tiba di hadapan 7e. Langkah kaki aku atur dengan laju memasuki kedai tersebut. Roti Gardenia dan pek susu baby ean aku capai. Tidak lupa maggie cup. Benda wajib dei!
Aku mengeluh melihat barisan panjang untuk membuat pembayaran. Dengan tidak rela aku turut berbaris. Tengah malam pun nak rembat segala roti ke? Nak taknak aku kena redha. 15 minit menunggu barulah giliran aku tiba. Heh nasib!
Tit! , Tit! , Tit!
"78 Dolar miss." Not 100 aku keluarkan dengan laju seraya menghulurkan kepada pekerja di hadapan kaunter itu. Baki syiling bertukar tangan. Barangan di atas kaunter aku jinjing sebelum meneruskan langkah berlalu keluar.
Tiba di laluan pejalan kaki. Aku menoleh ke arah Kiri dan kanan sebelum meneruskan langkah. Aku kena make sure takde kenderaan lalu. Aku taknak mati katak dekat jalanan ni, takde orang nak jaga baby ean selain aku.
Baru sahaja aku berura-ura ingin meneruskan langkah. Aku kembali terdorong apabila beg sandangku seakan ditarik dengan kuat.
"Eh manggis! Pahal kau tarik beg aku!" Aku cuba menarik kembali beg sandang milikku.
"Shut the fuck off! Your mouth! Give me your money!"
"Hotak kau!" Aku hampir berjaya menarik beg sandang milikku, namun lututku tiba-tiba sahaja ditendang dengan kuat oleh bangsat tersebut Menyebabkan aku terduduk kasar di atas simen.
"Auw!" Terpejam mataku seketika menahan pedih. Main kasar mamat ni! Dengan berani aku menarik tangan lelaki tersebut dan mengigit sekuat hati.
"Arghh!" Teriaknya kuat.
"Ehem!"
Deheman seseorang menghentikan perbuatanku. Lelaki memakai hoodie yang sedang berpeluk tubuh pada tiang trafficlight itu aku pandang dengan nafas turun naik.
"Take this money. But, if I see your face again. I swear I kill you." Ujar lelaki itu tiba-tiba. Sejurus memberikan berapa keping not dollar kepada peragut yang hampir mencuri beg sandang milikku.
"Hahahaha. Thank you sir!" Balas peragut itu sejurus berlari dengan laju melintasi jalan raya. Tak mati pulak?
"Mana kau tinggal?"
Aku memandang lelaki itu pelik.
"Terima kasih. Nanti aku ganti duit kau balik." Balasku berura-ura untuk bangun.
"Auw!"
Aku segera mengusutkan rambut menahan malu. Tubuhku sudah pun kembali terduduk di atas simen.
Senyuman sinis lelaki memakai hoodie itu aku jeling sekilas. Eleh bukannya aku sengaja pun! Kalau dia tak halang tadi, rasanya dah berlubang isi manusia tu aku kerjakan. Salah orang betul pencuri tu nak Sailang. Aku yang miskin ni juga dia nak. Mamat kaya ni taknak pulak.
"Wo...woi! Kau nak buat apa ni!" Sekelip mata sahaja tubuhku diangkat gaya bridal style.
"Shut up!" Balasnya datar. Tanganku automatik berpaut pada bahunya. Eii gedik pulak aku harini!
Aku sekadar memerhati tangan lelaki itu yang lincah menaip sesuatu di atas skrin telefon miliknya. Setelah selesai menghantar mesej. Lelaki itu meneruskan langkah. Dari jauh Lamborghini Huracan Rwd Coupe
di hadapan aku tenung tanpa lepas."Wei! Kereta kau ke?" Soalku teruja. Dengan tak malunya mulutku terus terlopong!
"Tak. Nenek aku." Balasnya malas. Aku segera menjuling mata ke atas. Spoil laa mamat ni!
Aku sekadar berdiam diri tatkala tubuhku diletakkan diseat penumpang.
Selesai memakai seatbelt. Tayar kenderaan mula membelah jalan dengan laju. Ya Allah! Macho nyelah bunyi deruman dia!
Please!!!!!!
Kalau Ni Mimpi!
JANGAN KEJUTKAN AKU!!
YOU ARE READING
A Long Adventure
RandomDisaat keluarga tidak memerlukan aku lagi... Dia hadir umpama TIANG LAMPU TEPI JALAN yang menerangi diriku. Dia... "Reanz Haider" ______•*•______ Cacian. Hinaan. Pelbagai cabaran yang harus dihadapi oleh gadis itu apabila diusi...