Harlin PovBunyi derapan heels kedengaran bergema di setiap sudut. Langkah gadis itu semakin hampir pada sebuah bilik. Usai membetulkan underwear yang tersisip ke lain arah. Langkah kembali diatur dengan wajah berang.
Masuk sahaja. Keluhan segera dilepaskan. Figura tidak berbaju itu di jeling malas. Comforter yang menutupi separuh badan figura itu ditarik dengan kasar.
"Woi sia!-...Baby?"
Baju yang berselerak di atas lantai, segera dikutip sebelum disarung pada tubuh dengan kasar. Sesudah itu, tubuh Harlin di dekatinya laju.
"Siapa perempuan you makan semalam?!"
Harlin merenung tajam wajah figura itu. Bergegar tulang-temulangnya melihat kekasih sendiri tidak berbaju dalam hotel."Okey baby. listen! I can explain. Perempuan tu yang tiba-tiba masuk dalam bilik I. Then you know apa yang terjadi selepas tu..." jujur lelaki itu. Harlin menjulingkan mata keatas.
"But, you suka kan?"
"No! Tak sehebat you." Balasnya. Tipu lah kalau dia cakap tak suka.
Harlin menepis kasar tangan lelaki itu yang tiba-tiba memeluk pinggangnya. Dia tidak ada nafsu ingin melayan lelaki itu di atas katil. Ibarat luka di tangan masih boleh di ubati. Tetapi luka di hati tiada siapa yang tahu. sial.
"Baby...I'm sorry okey?" Pujuk lelaki itu beralih menyembamkan wajahnya pada leher Harlin.
"Hm. Sut, next week teman I pergi Canada?" Harlin meleraikan pelukkan. Tubuhnya segera dibawa menghadap wajah lelaki itu.
"Anything for you Sayang. But, buat apa pergi sana?" Harlin menjulingkan mata ke atas. Ingin sahaja ditamparnya wajah lelaki ini.
Hacker bongok.
"You ni dah Bangang ke? Adik tiri I kan dekat sana. You juga yang bagitau!" Bengang Harlin.
"Oh yah! Sorry sayang...I lupa." Harlin mengukir senyuman sinis. Macamlah dia tidak tahu lelaki itu sibuk bersedap dengan perempuan lain.
"Before that. I nak bagitau dekat mama tiri I tu, yang I nak pergi bercuti."
"I ikut je plan you. Nanti I detect mana adik tiri you tu kerja." Harlin tersenyum puas. Lelaki dihadapannya itu direnung penuh minat. 'Kau jangan ingat, kau boleh terlepas dari aku perempuan!'
"Baby I balik dulu. Malam ni jumpa you dekat Club." Harlin sempat mencium bibir tebal lelaki itu sekilas, sebelum melangkah pergi.
Sutratana turut membalas ciuman Aileen. Bayangan tubuh gadis itu dipandang bersama senyuman lebar.
Harlin memparkingkan Mini Cooper miliknya di halaman sebuah rumah agam. Kereta vios yang tersadai di garage itu di pandang sekilas. Langkah segera diatur memasuki rumah.
Jika kereta vios itu ada, bermakna puan Emma turut berada di dalam rumah ini. Rancangannya perlu diteruskan. Tiba di dalam rumah. Kunci kereta segera dicampak ke atas meja. Sofa pada ruang tamu menjadi tempat tubuhnya dibaringkan.
"Har, Are you okey?" Harlin kembali duduk seraya menyilangkan kaki. Senyuman nipis puan Emma dibalas dengan senyuman palsu.
"Ma, next week Har akan pergi bercuti dekat Canada." Puan Emma berfikir sejenak sebelum mengambil tempat duduk di hadapannya.
"Har, pergi dengan siapa?"
"Har pergi dengan Sutratana." Balasnya pendek. Perubahan riak wajah puan Emma tidak langsung membatalkan niatnya.
"Tapi ken-..."
"No excuse ma. Har, dah tempah tiket untuk kami berdua." Harlin memasang riak wajah tanpa perasaan. Baginya orang tua ini tidak ada hak untuk menghalang langkahnya.
"Yelah. Yang penting Har pandai jaga diri." Harlin menjulingkan mata ke atas. Bicara puan Emma itu umpama angin berlalu. Dia bukannya anak kepada wanita itu yang perlu mengikuti segala arahannnya.
"Ma, Har naik dulu. Nanti malam Har nak keluar balik." Tanpa mendengar balasan dari puan Emma Harlin segera mengatur langkah memanjat anak tangga. Puan Emma segera mengelengkan kepala.
Terasa rindu juga dengan anak kandungnya yang kini, dia sendiri pun tidak tahu di mana gadis itu berada.
Mama rindu El...
End pov
YOU ARE READING
A Long Adventure
RandomDisaat keluarga tidak memerlukan aku lagi... Dia hadir umpama TIANG LAMPU TEPI JALAN yang menerangi diriku. Dia... "Reanz Haider" ______•*•______ Cacian. Hinaan. Pelbagai cabaran yang harus dihadapi oleh gadis itu apabila diusi...