Elra PovBelakang kepala yang tidak gatal menjadi mangsa garukan aku tanpa henti. Patut ke Aku ketuk rumah jiran then pinjam baju anak diorang?
Haih! Tak boleh jadi ni.
Telefon di atas meja aku capai dengan kasar. Tidak lama selepas itu, suara nyanyian dari Justine Bibiran mula berdendang di pendengaranku.
"Hello, bab-"
"Leen, bagitau encik Malik aku emergency harini. Aku tak berapa sihat." Potongku tanpa salam.
"Ha, yelah-yelah." End call.
Baby ean yang hanya memakai pampers tanpa baju itu aku pandang sayu. Kaki segera aku atur mendekati katil. Tingkah laku baby ean mengigit ibu jari kelihatan sangat comel pada pandangan aku.
"Hey! Si comel yang tak berbaju." Baby ean mula mengukir senyuman tanpa gigi selepas aku mencucuk perlahan pipi gebunya. Hmm, Nampak gayanya aku kena bawa dia pergi shopping harini.
Wallet dalam beg sandang aku keluarkan. Not 5000 dollar baki duit yang mama bagi itu aku pandang lama. Air mata yang tiba-tiba mengalir aku lap dengan kasar.
I really miss you mom...
"Baby, baju ni cantik tak?"
Baby ean sekadar memandang aku tanpa perasaan sebelum meneruskan aktiviti mengigit kedua ibu jari. Dah macam syok sendiri aku ni. Nice.
Selesai membeli empat helai baju untuk si kecil itu, aku meneruskan langkah memasuki kedai barangan bayi bersama Baby ean yang tenang di dukungan.
Tiba di dalam kedai.
Aku segera memilih item. Nasib aku baik pada harini, Baby ean tak banyak meragam. Dia seolah-olah memahami keadaan aku yang terlalu sibuk memilih barangan.
Setelah membuat pembayaran aku meneruskan langkah berlalu keluar dari kedai barangan bayi itu bersama beg kertas yang penuh di tangan. Kerusi mall aku dekati dan mula melabuhkan punggung. Allahuakhbar! Nikmatnya dapat duduk.
Botol susu di dalam beg sandang aku keluarkan dengan laju Lalu suakan ke dalam mulut Baby ean. Si kecil itu mula menyusu di dukunganku dengan senyap.
Kelakuan pelik dua lelaki di hadapan kedai cermin mata itu menarik aku untuk terus memerhati mereka. Keduanya memakai baju, yang aku agak boleh tahan mahal.
YOU ARE READING
A Long Adventure
RandomDisaat keluarga tidak memerlukan aku lagi... Dia hadir umpama TIANG LAMPU TEPI JALAN yang menerangi diriku. Dia... "Reanz Haider" ______•*•______ Cacian. Hinaan. Pelbagai cabaran yang harus dihadapi oleh gadis itu apabila diusi...