ALA (9)

166 54 1
                                    

"Babe

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Babe. Why I call you tadi, you tak angkat fon?"Elra menjeling Aileen sekilas. Gelas yang telah siap dicuci disusun pada rak perlahan-lahan.

Bukan dia sengaja tak angkat. Telefonnya hilang tanpa dijejak. Nasib sahaja dirinya dikejutkan oleh suara rengekkan baby ean awal pagi tadi. Dahlah alarm pun takde.

"Fon aku hilang." Aileen membulatkan mata memandang dirinya tidak percaya.

Apa ingat dia tipu ke?

"Babe, handsome kan pemilik tapak cafe ni?" Soalan Aileen dibiarkan seperti angin. Kejadian malam semalam kembali bermain dimindanya.

Auto bangang jumpa orang hensem ni. Tak payahlah rasanya dia nak cerita hal tu. kang tak pasal-pasal perempuan ni jadi wartawan. Lagipun setakat tolong dia kena ragut. Tak penting pun.

"Babe! You dengar tak apa I cakap ni?" Suara Aileen seakan mengembalikan dirinya ke alam nyata.

"Hm?...yah kot."Balasnya tanpa ragu. Walhal dia sendiri tidak faham soalan Aileen. Dengar sipi-sipi je.

Setelah tiada lagi perbualan Elra kembali menyusun gelas pada rak. Taknak lah dia kena sound lagi dengan encik Malik. Kalau Aileen takpe lah juga. Orang lama lah katakan.

"Shah!" Jerit Aileen tiba-tiba. Elra menoleh ke arah Aileen sekilas sebelum kembali menyusun gelas pada rak dengan laju. Tidak berminat untuk berbual dengan lelaki itu.

Pernah sekali sewaktu dia mencuci pinggan lelaki itu sengaja memanggil dengan jarak sangat rapat. Bukannya tak boleh panggil dari jauh. Entah la bangang apa yang merasuk mamat tu. Dia tak tahu apa niat lelaki tu, tapi dia memang tak suka.

"Yes?" Soal Shah tersenyum lebar.

"You gantikan I kejap. I nak pergi buang air kecil." Terang Aileen seraya berlalu memasuki tandas dengan laju. Elra sekadar memandang langkah Aileen menggunakan ekoran mata.

"El, kenapa you selalu taknak ikut I dengan Aileen lepak?" Soal Shah memecahkan kesunyian. Tubuh Elra yang sedang membelakang dipandang atas bawah.

"Aku busy lately ni" Balasnya berlalu ingin meletakkan dulang di atas sink.

Tanpa kata, Shah tiba-tiba sahaja menarik pinggangnya rapat ke tubuh.

"Kau pahal!" Dada lelaki itu ditolak dengan kasar.

Elra segera menjauhkan tubuh.

"You guys. Kenapa ni?" Suara Aileen seolah menghentikan ketengangan.

Tanpa sebarang jawapan Elra berlalu memasuki tandas dengan laju. Terasa malas ingin menceritakan perihal saitan tersebut.

"You dah siapkan? I sambung kerja dulu." Pamit Shah kelam-kabut.

Aileen memandang pintu tandas dan langkah Shah silih ganti. Bahu diangkat sekali.

Aku terlepas sesuatu ke?

___•*•___

Hadryl Pov

"Ma bro!"

Hadryl sekadar memandang kosong susuk tubuh yang baru sahaja menapak masuk ke dalam officenya itu. Tiada niat ingin membalas.

"Mana yang aku minta semalam?" Soalnya Straight to the point.

"Babi betullah kau ni." Bebel lelaki itu berlalu mengambil tempat duduk di hadapannya tanpa dipelawa.

Dia bukan seorang yang minat birokrasi dalam melalukan sesuatu kerja. Kalau A maka A lah. Tapi jika rakannya ingin memberi pandangan mengenai company mereka dia tidak pula ingin memandang remeh dengan pendapat rakan-rakannya itu. Mereka sudah seperti keluarganya sendiri.

"Hm." Fail coklat di atas meja segera dibuka.

"Nama perempuan tu Elra Iriana Binti Dato Erzan Lutfi. 22 tahun. Dia ada sorang abang. Tengah take over company bapa dia sekarang ni. Mak bapa dia dah lama bercerai, perempuan tu ikut mak dia tinggal dekat Thailand. Mesej yang kau bagi aku tengok semalam tu. Itu nombor kakak tiri dia." Terang lelaki di hadapan Hadryl itu panjang lebar. Selamba lelaki itu berpusing-pusing pada bangku di hadapannya.

"Kakak tiri perempuan tu Harlin putawan, dia ada seketul teman lelaki dengar-dengar kaki godam. Perempuan tu lari ke negara ni sebab kakak tiri dia minta teman lelaki dia tu edit satu video untuk fitnah perempuan tu. Aku syak yang kakak tiri perempuan ni dengki dengan dia. And one more things, Perempuan tu tengah jaga seorang budak dekat sini. Yang pasti budak tu bukan anak dia. Perempuan tu tak pernah kahwin." Sambung lelaki itu lagi dengan selamba duduk bersila di atas meja.

Hadryl mencampakkan kembali fail coklat ke atas meja. Tak perlu baca sangat, lelaki di hadapannya itu sudah pun bercerita panjang lebar.

"Santan, turun dari meja aku" Arahnya sarkastik.

"Taknak. Kau belanja lunch dekat hotel baru aku turun." Balas lelaki itu selamba.

Tanpa balasan. Hadryl segera mencapai kunci kereta dan wallet. Sesudah itu, langkah diatur ke muka pintu.

"Teman aku." Ajaknya tanpa nada. Santan di atas meja sepantas kilat menyarung kembali kasut kulit yang berselerak di atas lantai.

Bahu Hadryl dijadikan tempat meletak siku.

Kedua manusia itu mula melangkah dengan reaksi beku. Pandangan meleret staff-staff di dalam company itu dibiarkan seperti tunggul.

"Harini bahan masakan tu balik kan?" Soal Santan memandang wajah Hadryl dari tepi sekilas.

"Habistu, Santan Jenama branded?" Soal Hadryl sarkastik. Sebelah tangan dimasukkan dalam poket seluar.

Butang lift segera ditekan.

"Haih! Kau Jangan la kuat sangat. Kita-kita je!.." Hadryl tersenyum sinis mendengar bisikan Santan. Lelaki itu sibuk memandang kiri-kanan. Risau staff mereka terdengar nama istimewanya.

"Kau memang nak jadi babi dekat situ?" Soal Hadryl dari dalam lift.

"Sabarlah!" Bengang Santan. Lelaki itu melangkah ke dalam lift dengan muka tidak berpuas hati. Hadryl yang berdiri ditepi lift, dijeling tajam Sebelum menekan butang G dengan kasar.

Tit! Tit! Tit!~

A Long Adventure Where stories live. Discover now