Elra menarik nafas dalam.Kemunculan dua jejaka di hadapannya saat ini betul-betul membuatkan situasi dalam bilik itu berubah. Sungguh dia tidak tahu Saitan apa yang merasuk dua jejaka itu untuk berani menerjah bilik lelaki berusia di hadapannya ini tanpa salam.
"Encik Malik saya min-" belum sempat ayat yang ingin
diutarakan tamat. Hadryl terlebih dahulu menarik pergelangan tangannya berlalu keluar dari bilik itu dengan laju."Astagafirullah! Aku tak habis lagi dengan encik Malik tu? Had!"
Reaksi terlopong Aileen sewaktu melimpasi bahagian coffee maker diabaikan tanpa penjelasan. Baby ean di dukungannya turut berdiam diri.
"Had!"
Hadryl mula menarik pintu seramik dengan kasar. Pergelangan tangannya setia berada di dalam genggaman lelaki itu. Namun tidak lah sakit baginya.
"Had! I can walk on my own!" Teriaknya tanpa sengaja.
Hadryl mula melepaskan genggaman.
Lelaki itu berlalu menyandarkan tubuh pada kereta. Mata helangnya menikam wajah Elra tanpa senyuman.
"Kenapa tak cakap kau ada dengan aku?" Soalnya serius. Necktie yang tersarung di dada lelaki itu dilonggarkan dengan kasar.
"Had please. Jangan kacau aku lagi. Aku minta maaf and thanks sebab pernah tolong aku." Ujarnya bersama perasaan yang bercampur-baur.
"Why?" Soal Hadryl meletakkan tangan dalam poket seluar. Lelaki itu kini kelihatan seperti seorang Bad Boy. Dengan rambut yang agak messy terkena tiupan angin serta necktie yang sudah pun dilonggarkan ke bawah.
Elra memejamkan mata seketika.
"Korang tak kenal aku. And, aku pun tak pernah kenal dengan korang empat." Balasnya tersenyum tawar.
Hadryl sekadar berdiam diri. Wajah gadis di hadapannya itu di pandang tanpa suara. Kalau lah gadis itu tahu bahawa semua maklumat dirinya ada pada mereka.
"Lemah jiwaku meronta~ biar zahir terukir tawaaa~ seeekali kau hadir~~...Astaga? Ehuk! Uhuk!"
Elra mengerutkan dahi.
Tubuh dibawa berpusing dengan laju memandang Santan yang sedang menyandarkan tubuh pada pintu seramik.
"Haa'aak!" Baby ean ketawa mengekek dengan tiba-tiba.
"Aku potong line ke?" Soal Santan menghalakan jari telunjuk ke dada dengan laju.
"Shit" Bisik Hadryl perlahan. Santan di hadapan pintu tersenyuman lebar.
"If aku dah ada duit nanti, aku akan ganti duit korang balik. I got to go. Take care." Elra memusingkan tubuh kembali. Senyuman nipis diukir memandang Santan Sebelum kembali meneruskan langkah.
"Dah kenapa pulak Wanita ni?" Soal Santan. Bayangan Elra yang semakin menghilang dibalik pintu di pandang dengan ekoran mata.
Kaki panjang miliknya diatur mendekati tubuh Hadryl.
"Ayat bro tak padu ke?" Soalnya serious. Sunglasses dalam tangan kembali dipasangkan pada wajah.
"Let's go. Aku ada meeting." Balas Hadryl berlalu ke dalam perut kereta dengan kasar.
"Halah! Halah! Halah! Macam la aku desperate sangat nak tahu kisah broken dia tu." Bebel Santan menyandarkan tubuh pada kereta bersama jelingan menyampah.
Brummmm!
"Woi!"
Buk!
Elra Pov
Perbuatan Aileen memandang ke arah luar dengan terhendap, buatkan aku berkerut dahi. Dah kenapa perempuan ni? Kerusi khas untuk bayi aku tarik dengan laju Sejurus meletakkan baby ean di atas kerusi tersebut dengan rapi.
Apron hitam aku sarungkan pada tubuh Sebelum berlalu ke bahagian coffe maker.
"Babe!" Sergah Aileen tiba-tiba.
"Why?" Senyuman sinis gadis itu menarik perhatian aku.
"You tak cakap pun! You kenal dengan Men have-have tu semua?"
Reaksi Aileen mencebikkan bibir aku balas dengan senyuman nipis.
"Aku tahu nama diorang je, bukannya kenal pun." Balasku jujur.
"Are you serious babe?" Gadis itu mula mengecilkan mata seolah tidak berpuas hati.
Kang aku cakap aku tahu rumah mamat tu semua, Terjadi pula scene pengsan dalam cafe ni. Haih...
"Yah. Leen, kalau kau nak chit-chat dengan diorang. Pergi la minta alamat dengan encik Malik." Balasku kekeringan otak. Hentam jelah. Gelas yang tidak tersusun aku kemaskan dengan perlahan.
"Eh taknak la! Malulah aku as a girl yang hot macam ni?" Balas Aileen menunding jari ke dada. Tiber.
Pipi yang tiba-tiba saja gatal aku garu sekilas.
Minah ni tengah buat content ke? Aku mula meliarkan pandangan ke seluruh cafe. Nenek Rempit dalam novel tu cakap, dunia dah akhir zaman. Kena berhati-hati.
"Babe, You pandang apa?" Soal Aileen beriak pelik.
"Hm?...Takde apa la." Balasku menyambung kembali kerja yang terbantut.
"Elra."
Aku memutarkan tubuh laju. Susuk tubuh encik Malik aku pandang dengan reaksi gelisah.
"Yah?"
"Saya benarkan kamu balik. Esok tak payah datang kerja, saya bagi kamu cuti satu hari. Jangan risau saya takkan potong gaji kamu." Terang lelaki berusia itu tiba-tiba.
Aku memasang reaksi tercengeng.
"Err...Terima kasih encik Malik." Balasku menundukkan sedikit tubuh.
"Aha! Say thanks to Lucas. Not me." Balas lelaki berusia itu tersenyum nipis Sebelum kembali menghilang.
"Babe?..."Aileen tersenyum kambing seraya mengangkat kedua kening berkali-kali.
Duh! Perempuan ni kan.
Apa pulak si Santan tu buat?
.
YOU ARE READING
A Long Adventure
RandomDisaat keluarga tidak memerlukan aku lagi... Dia hadir umpama TIANG LAMPU TEPI JALAN yang menerangi diriku. Dia... "Reanz Haider" ______•*•______ Cacian. Hinaan. Pelbagai cabaran yang harus dihadapi oleh gadis itu apabila diusi...