Elra pov"Botol susu dah. Baby jumpsuit dah. Okey done!"
Baby ean yang sedang berbaring di atas katil
aku masukkan ke dalam Baby Carrier dengan perlahan. Aku harap sangat encik Malik tak emo harini. Aku terpaksa juga bawa Baby ean ke tempat kerja.I have no choice.
Semalaman aku temankan baby ean layan Didi and friend, tak fasal-fasal terlewat bangun pagi ni. Nasib baik jugalah aku dan si kecil ni sempat mandi dan sarapan.
Baby ean sekadar breakfast dengan sebotol susu manakala aku sekeping roti sudah memadai.
"Be a good boy ok?..." Aku mencium pipi baby ean sekilas. Pintu rumah sewa sempat aku kunci sebelum meneruskan langkah.
Tak kesah la orang nak kata apa. Aku tetap dengan keputusan aku.
"Oh my god!...El? Anak siapa you bawa ni?" Aileen memandangku dengan reaksi ingin tahu.
"Anak aku." Reaksi Aileen yang tiba-tiba terlopong, aku abaikan.
"Oh no! Babe you pregnant dari club haritu ke?" Perempuan ni mabuk kot? Baby ean segera aku letakkan di atas kerusi khas untuk bayi.
"Teruskan. Aku memang layan orang gila."Ujarku. Reaksi Aileen tersengih seperti kerang busuk aku pandang tanpa perasaan.
"El! Three Java Chip Frappuccino, for table 2."
"And! one Marshmallow Hot Chocolate, for table 3."
"Okey" Lelaki bersama dulang di tangan itu mula berkeliaran menghantar pesanan.
Pelanggan yang semakin ramai membuatkan aku meneruskan kerja dengan cepat. Manakala Aileen di sebelah leka bermain dengan Baby ean. Harap sangat Baby ean bagi kerjasama dengan aku harini.
Tolonglah.
DUBAI....
Tiga buah kenderaan mewah melangkah masuk ke perkarangan International Airport. Dua lelaki bertubuh tinggi lampai setia menunggu di hadapan Lobi. Kedua-duanya berkemeja formal yang dituck-in kemas bersama lengan yang dilipat hingga ke siku.
Masing-masing mula meletakkan tangan dalam poket seluar. Sejurus memasang reaksi serious memandang seketul figura yang baru melangkah keluar dari perut Audi.
YOU ARE READING
A Long Adventure
RandomDisaat keluarga tidak memerlukan aku lagi... Dia hadir umpama TIANG LAMPU TEPI JALAN yang menerangi diriku. Dia... "Reanz Haider" ______•*•______ Cacian. Hinaan. Pelbagai cabaran yang harus dihadapi oleh gadis itu apabila diusi...