ALA (25)

69 14 0
                                    

"Tau pulak kau buat muka babi nampak benda ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Tau pulak kau buat muka babi nampak benda ni." Sindir Santan meletakkan benda tersebut ke atas meja.

Frank menjeling Santan sekilas. Faham dengan permainan manusia itu, bilik kecil yang dikawal oleh dua lelaki berbadan sasa di dalam bilik itu, dihampiri tanpa suara.

"Sorry sir. You cannot come in without permission my boss." Ujar lelaki di kiri dan kanan pintu bilik itu. Meletakkan tangan pada pintu dengan laju.

Tanpa suara Frank menarik wallet dari dalam poket seluar seraya melempar lima juta dollar ke atas sofa dengan kasar.

Kedua lelaki itu saling berpandang sebelum berlalu mengutip duit di atas sofa tersebut dengan laju. Masing-masing mengukir senyuman lebar. Boss bangang mereka di dalam bilik itu pun, belum tentu mampu bayar mereka dengan jumlah begitu setiap bulan.

"Thanks sir!" Laung mereka berdua. Semangat.

Tanpa balasan Frank menguak pintu bilik di hadapannya dengan kasar. Masuk sahaja.

Susuk tubuh Elra yang sedang terbaring di atas katil dengan kududukan seorang lelaki berkot hitam di atas tubuh gadis itu, dihampiri laju.

Perbuatan lelaki itu yang berura-ura ingin membuka butang dress Elra terhenti. Selepas perasaan susuk tubuh Frank menapak masuk.

"Shit! Macam mana kau boleh terlepas dalam ni?" berang lelaki itu berganjak bangun dari tubuh Elra.

Tangannya digerakkan laju mencapai pistol di tepi katil.

Belum sempat lelaki itu melepaskan tembakan. Frank tangkas bergerak menyepak pistol di tangan lelaki itu seraya memutarkan tubuh menyepak kepala lelaki tersebut dengan kasar.

Buk!

Pistol Glock Meyer 22 di belakang kot labuh ditarik dengan kasar sebelum dibawa menghampiri tubuh lelaki itu dengan riak serius.

"Sorry dude. You try wrong person." Tuturnya mendatar. Muncung pistol diacukan di tepi kepala lelaki tersebut seraya melepas satu das tembakan.

Bang!

Tubuh tidak bernyawa lelaki itu di tolak ke tepi dengan kasar.

Figura Elra di atas katil dihampiri laju. Kot labuh yang tersarung di tubuhnya ditanggalkan sebelum diselimutkan ke tubuh Elra dengan perlahan.

Tubuh gadis itu dicempung gaya bridal style sejurus menapak keluar dari bilik tersebut dengan laju.

Santan yang perasan Frank mencempung tubuh Elra keluar dari bilik tersebut, mula berganjak bangun dari sofa sejurus memandang Aileen dengan riak sinis.

A Long Adventure Where stories live. Discover now