ALA (10)

159 54 1
                                    

Pintu berwarna kelabu di hadapannya dipandang was-was

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Pintu berwarna kelabu di hadapannya dipandang was-was. Elra berkira-kira ingin melangkah masuk namun memikirkan hal gerangan yang ingin ditemuinya itu sedikit sebanyak menganggu niatnya.

Sudah tiga hari berlalu. Telefonnya masih hilang tanpa dijejaki. Apa masalah dekat dunia pun dia tidak tahu. Jangankan hal dunia. Waktu pun dia tidak tahu. Sudahlah rumah sewa yang dudukinya itu tidak ada jam dinding mahupun televisyen. Podah!

Tanpa berlengah. Pintu diketuk tiga kali sebelum meneruskan langkah memasuki bilik berwarna kelabu di hadapannya itu. Senyuman nipis segera diukir selepas perasan lelaki berusia itu merenung dirinya pelik.

"Ada apa-apa masalah?"

Langkah diatur menghampiri meja encik Malik perlahan-lahan.

"Err...encik, saya nak minta tolong sikit boleh?" Soalnya sedikit gementar.

"Pasal duit ke?" Tebak encik Malik tiba-tiba.

"Eh! Tak-tak. Saya nak minta alamat pemilik tapak cafe ni?" Jujurnya sekali nafas. Fuh!

Kerutan di dahi encik Malik mengundang perasaan gelisahnya dengan tiba-tiba. Hanya ini cara dia dapat mengambil hak miliknya yang tertinggal di dalam kenderaan lelaki itu.

"Kamu ada hal penting ke dengan mereka?" Soal encik Malik lagi dengan lagak seorang polis.

"Ya. Saya ada hal penting." Balasnya laju. Peluh di atas dahi disapu dengan kasar.

Susah juga berunding dengan Naga ni.

Encik Malik mula mencapai sesuatu di dalam laci. Kertas kecil di tangan lelaki berusia itu segera bertukar tangan.

"Itu alamat Company mereka. Pastikan kalau kamu datang ke sana, Jaga Adab. Faham?" Tutur encik Malik keras.

"Faham. Terima kasih encik, Saya keluar dulu."Pamitnya. Memusingkan tubuh kembali Seraya memulas tombol pintu dengan laju. Tuturan lelaki berusia itu sebentar tadi kembali bermain di minda.

'Muka aku ni pembawa masalah ke?'




HADFEL  HOLDINGS.

Elra memandang kertas kecil dan bangunan megah di hadapannya itu silih ganti. Setelah mendapat kepastian. Beg sandang pada bahunya dibetulkan sebelum mengatur langkah ke dalam bangunan itu dengan laju.

Setibanya di dalam. Reaksi jakun segera dipamerkan. Namun cepat-cepat dikawal. Dekorasi dalaman arabic legend itu membuatkan pandangannya tidak lepas dari merenung setiap inci ruang bangunan itu.

A Long Adventure Where stories live. Discover now