Setelah memastikan Beanie di atas kepala kemas. Elra mula menarik pintu seramik di hadapannya dengan laju. Masuk sahaja, alunan music Dj mula menyapa dipendengaran nya. Tanpa berlengah, kaki segera diatur ke ruang belakang.'Siapa pulak buang tebiat pagi-pagi ni?'
Setelah langkah kaki menghampiri pintu. Kepala segera digelengkan perlahan.
Tarian yang Aileen sedang lakukan di hadapannya saat ni terlalu lincah. Siapa saja yang melihat mungkin akan tercengeng.
"Leen. Kau tertelan ketum ke?" Soalnya seraya berlalu ke tempat penyimpanan barangan staff dengan laju. Beg sandang segera di simpan pada rak Sebelum menjeling belakang tubuh Aileen yang sedang kalut di hadapan sink.
"Eh! Babe, bila you sampai? I Tak perasaan pulak."Laju sahaja tangan gadis itu merendahkan volume music.
"Cukuplah untuk tengok tarian penuh perasaan kau." Balasnya selamba. Wajah memerah Aileen dipandang sekilas sebelum berlalu menyarungkan apron pada tubuh. Harini dia di bahagian coffee maker.
"Babe, please...jangan bagitau sesiapa, tentang tarian I tu?" Senyuman sinis terukir mendengar rayuan Aileen. Gadis itu tetap mengikuti langkahnya ke ruang hadapan.
"Hmm."
"Yes! Yes! That's my babe..." Elra sekadar berdiam diri memandang tubuh Aileen yang sedang terlompat riang di hadapannya. Tiada nafsu ingin berbuat demikian.
"Babe, harini encik Malik takde. Dia outstation 3 days, dekat Amsterdam." Mendengar ayat Aileen. Elra segera mengangguk faham. Tenanglah sikit hidupnya selama tiga hari ni.
Semenjak kes cawan pecah tempoh hari. Encik Malik banyak berubah. Lelaki berusia itu seakan sengaja mencari kesalahannya.
"Babe, you okey tak?" Wajah Aileen dipandang sekilas.
"O-..."
Tingg~!
Pintu seramik yang tiba-tiba terbuka itu menarik pandangan mereka berdua.
"Shah, awal you datang?" Sindir Aileen selamba.
"I terlewat bangun tadi. Sorry." Aileen menjuling mata ke atas. Manakala Elra segera meneruskan aktiviti menyusun bahan minuman untuk tempahan pelanggan. Tukang masak dalam cafe itu masih belum tiba. Jadi dia tidak perlu menyusun menu makanan.
YOU ARE READING
A Long Adventure
RandomDisaat keluarga tidak memerlukan aku lagi... Dia hadir umpama TIANG LAMPU TEPI JALAN yang menerangi diriku. Dia... "Reanz Haider" ______•*•______ Cacian. Hinaan. Pelbagai cabaran yang harus dihadapi oleh gadis itu apabila diusi...