Elra mula menghempas tubuh ke atas katil. Baby ean yang sedang mengigit Toys oggy di tepinya dikacau perlahan."Bbbbuuuuu....bbuuu...haa'aak!"
Wajah tekun baby ean yang kembali bermain direnung bersama senyuman nipis. Kehadiran baby ean di dalam hidupnya bukanlah satu beban baginya. Malah kehadiran si kecil ini telah mengubah dirinya menjadi seketul manusia yang tabah.
"Baby....Say, MUM. MY?" Sebutnya perlahan seraya menarik dagu baby ean untuk turut menyebut perkataan tersebut.
"Bbuuuu....pffssst!"
"Hey boy!" Ujarnya berpura-pura marah. Air liur baby ean yang tersembur dikesat dengan laju.
Baby ean selamba ketawa mengekek.
"Eeee! Nasib kau comel..." Tangannya kembali mengletek perut baby ean. Lincah sahaja tubuh si kecil itu berguling di atas katil. Elra turut mengekek ketawa memandang gelagat baby ean.
"Come bab-"
Tok! Tok! Tok!
Niat ingin menarik kaki baby ean terus saja terbantut. Elra memandang pintu biliknya sekilas. Siapa pulak yang nak robohkan pintu rumahnya tengah-tengah malam ni. Baby ean turut berdiam diri seolah memahami.
Baju tidur bercorak bulan yang tersarung ditubuhnya, dikemaskan dengan laju. Rambut yang mengurai sebentar tadi segera diikat gaya pony tail sebelum melangkah ke arah pintu.
Elra menjeling tubuh baby ean di dalam bilik sekilas. Mulutnya terkumat-kamit membaca segala surah. Usai membaca, tombol pintu dipulas dengan laju. Buka sahaja.
Reaksi tercengeng segera terpasang. Tanpa pelawaan. Pintu kembali ditutup dengan kasar.
Pak!
Nafas ditarik dan dihembus berapa kali.
Usai membetulkan nafas. Pintu kembali dikuak dengan laju. Senyuman kelat mula diukir memandang Wajah ketat dua manusia itu silih ganti.
"Err...encik, jemputlah masuk." Pelawanya sedikit gementar.
Bersama perasaan gila yang mula bertandang Kaki digerakkan laju menendang pintu di belakangnya dengan kuat.
Pak!
Pintu rumah sewanya terbuka dengan luas.
YOU ARE READING
A Long Adventure
RandomDisaat keluarga tidak memerlukan aku lagi... Dia hadir umpama TIANG LAMPU TEPI JALAN yang menerangi diriku. Dia... "Reanz Haider" ______•*•______ Cacian. Hinaan. Pelbagai cabaran yang harus dihadapi oleh gadis itu apabila diusi...