Elra menepuk punggung baby ean perlahan-lahan. Selimut yang menutupi separuh tubuh si kecil itu turut dirapikan.Kepala yang terasa berpinar diurut bersama keluhan kecil.
Fikirannya sempit memikirkan bagaimana dia boleh berada di dalam rumah ini. Tambahan lagi baju yang tersarung di tubuhnya kini bukan lagi Hoodie yang tersarung di tubuhnya semalam.
Tok! Tok! Tok!
Urutan pada pelipis dihentikan. Kaki mula diatur menghampiri pintu.
Baru sahaja Tombol pintu ingin dipulas.
Pintu di hadapannya tiba-tiba dikuak dari luar menyebabkan tubuhnya drastik mengundur ke belakang.Kus semangat!
Hadryl melangkah masuk dengan reaksi serious.
Air liur ditelan berkali-kali Melihat tindakan lelaki itu yang sudah mengunci tombol pintu. tertelan ketum ke dia?
Bersama perasaan yang bercampur-baur Kepala segera dibawa memandang ke arah kiri dan kanan seolah cacing kepanasan.
"Bo...boleh tak? Kalau ak- err Saya nak balik."Soalnya terketar-ketar. Debaran di dada tak payah cakaplah. Serupa bom nuklear sudah dei.
Melihat Hadryl mula menapak ke arahnya dengan reaksi beku. Tubuh segera dibawa mengundur ke belakang.
"Ka...kau kenapa ni?"Soalnya memberanikan diri. Kepala di kalih memandang ke arah lain Tidak berani untuk bertentangan mata dengan lelaki itu.
Mama help me!
Langkah segera dihentikan selepas perasan belakang tubuh terlanggar pada tingkap. Sebelah tangan dihala ke hadapan dengan laju. Manakala sebelah tangan digunakan untuk menahan diri dari terjatuh.
Hadryl mula meletakkan tangan dikiri dan kanan menyebabkan dirinya terkurung di tengah.
"Na...nak bunuh pun janganlah cara ni." Bebelnya perlahan. Kau gila nak cakap kuat-kuat jarak 3 inci?
"No." Bisik Hadryl perlahan.
Elra mengerutkan dahi. Banyak kot soalan dia tanya tadi. Soalan yang mana satu lelaki itu jawab?
"Please, aku nak balik." Rayunya memandang ke hadapan semula. Namun jarak wajah Hadryl yang sangat hampir menyebabkan tubuhnya drastik mengundur ke belakang.
YOU ARE READING
A Long Adventure
RandomDisaat keluarga tidak memerlukan aku lagi... Dia hadir umpama TIANG LAMPU TEPI JALAN yang menerangi diriku. Dia... "Reanz Haider" ______•*•______ Cacian. Hinaan. Pelbagai cabaran yang harus dihadapi oleh gadis itu apabila diusi...