ALA (6)

181 56 2
                                    

Elra pov

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Elra pov

Aku mula mengambil tempat duduk di hadapan encik Malik, usai melabuhkan punggung. Senyuman kelat aku ukir membalas renungan membunuh lelaki berusia itu.

"Enci-..."

"Kamu tahukan? Cafe saya ni bukan Panti Asuhan."

Reaksi terkejut cepat-cepat aku kawal. Sarkastik sahaja nada lelaki berusia itu mengutarakan ayat.

"Yah." Angguk ku perlahan.

"Saya nak esok awak tak bawa budak ni ke tempat kerja." Putus Lelaki berusia itu tanpa perasaan.

"Err...Baik-"

"Pffsst!...."

"Encik!" Kotak tisu di atas meja aku capai dengan laju. Sejurus gunakan untuk mengelap wajah lelaki berusia itu tanpa kata.

Aku tak tahulah apa benda yang bermain dekat minda Si kecil ni tanpa salam dia terus ludah.

Bijak.

"S...stop! Aku boleh buat sendiri lah! Kau keluar!" Lelaki berusia itu memasang reaksi bengang. Tisu sebentar tadi sudah pun mendarat di atas lantai.

"Err...saya minta maaf encik Malik." Kaki ku atur dengan laju menghampiri pintu Sejurus memulas tombol pintu dengan kasar.

Taknak lah lama-lama dekat dalam ni, karang tak pasal-pasal kena karate. Korang jangan main-main eh. Haritu Aileen ada bagitau dekat aku, encik Malik ni pernah Naib Johan tournament karate. Piala Maggie katanya. Parah!

Buk!

"Auw!" Dahi yang mula terasa pedih buatkan aku terpejam mata seketika.

"Be careful."

Suara mendatar itu menarik aku untuk mendongak ke atas dengan laju, sejurus membuatkan aku dan baby ean terpaku sesaat memandang mata hazel milik lelaki bertubuh tinggi lampai itu.

Wow.

"Uhuk!...uhuk!"

Lelaki mata biru di belakang lelaki bertubuh tinggi lampai itu berjaya membantutkan perbuatan aku dan baby ean.

"Ehem!" Dehemku kuat. Sebelum meneruskan langkah berlalu keluar sejurus memberi ruang untuk dua lelaki itu melangkah masuk.

A Long Adventure Where stories live. Discover now