ALA (19)

115 29 2
                                    

Cupak menuruni anak tangga dengan tenang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Cupak menuruni anak tangga dengan tenang.
Tali leher dark blue yang terlekat di dada lelaki itu, dikemaskan dengan laju. Usai melipat lengan baju, Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar sejurus mendekati tubuh Elra dengan perlahan.

Kelihatan gadis itu lincah berperang dengan senduk.

"Kau masak apa?" Soalnya sarkastik.

Elra memutarkan tubuh sekilas.

"Sandwich. Tunggu kejap." Balasnya pendek. Sandwich yang telah siap dihias diletakkan perlahan ke dalam pinggan Sebelum dihidangkan di hadapan Cupak dengan laju.

Tempat duduk di sebelah lelaki itu mula dilabuhkan punggung.

"Korang nak pergi office dah ke?"Soalnya perlahan.

"Tak. Aku je." Balas lelaki itu selamba. Dua keping sandwich di hadapannya dicapai dengan laju.

Elra mengerutkan dahi. Wajah Cupak dipandang ragu-ragu. Apa maksud dia dengan 'Aku Je?'

"Aku ada meeting dengan client dari Jerman." Balas Cupak sarkastik seolah memahami riak kebingungan gadis itu.

Elra mengangguk faham.

"Harhfjdhs kawwsjdh balisjdh kan?" Soal Cupak bersama mulut yang penuh dengan sandwich.

Wajah Cupak dan semburan sandwich di atas meja di pandang silih ganti.

Senyuman kelat diukir perlahan.

"Kau cakap apa ni?" Soalnya kembali. Dei sudah gila ka?



Elra Pov

"Harhfjdhs kawwsjdh balisjdh kan?" Aku memandang Cupak dengan reaksi bingung. Aku tak tahu siapa yang mamat ni sedang carutkan. Sudah gila ke dia?

"Kau cakap apa ni?" Soalku kembali. Aku turut menyua sandwich ke dalam mulut dengan perlahan. Penat kut aku berperang tadi Takkan tak makan pulak? Rugi wei.

"Uhuk!...uhuk!"

Aku mula mengerutkan wajah memandang Cupak menelan sandwich dengan kasar.

"Kau balik harini kan?" Soalnya setelah selesai menelan. Aku menarik nafas lega.

Haih! Mati-mati ingat dia mencarut tadi. Apa pun aku salute dengan mamat ni. Mampunya dia telan sandwich tu tanpa minum air.

Hebat.

"A'ah." Balasku pendek.

"Ehem!"

Aku dan Cupak serentak menoleh ke arah figura yang lengkap berbaju kemeja hitam itu Sebelum berdiri dengan laju. Manakala Cupak selamba meneruskan suapan tanpa perasaan.

"Meeting pukul 9 pagi. Jangan lupa."Pesan Hadryl mendatar.

"Aku tau la." Balas Cupak sarkastik.

"Ak- Saya kemas baju dulu." Pamitku laju. Pandangan pelik Cupak aku abaikan tanpa perasaan Sejurus mengorak langkah dengan laju.

"Aku hantar."

Langkah ku terhenti.

Aku memandang lelaki bernama Had itu sekilas. Sebelum beralih memandang Cupak yang sedang mengukir senyuman sukar untuk aku tafsirkan. Sah! Mamat ni tertelan ketum.

Tanpa sebarang jawapan aku kembali meneruskan langkah.

Jangan kecam aku. Sebenarnya aku taknak susahkan manusia dalam rumah ni je. Cukuplah zaman sekolah dulu, Madame Gurudu fitnah aku pembawa masalah. Aku taknak benda tu berulang lagi.

"Engko nak kemana?"Teguran Santan membantutkan langkah ku. Senyuman nipis aku ukir membalas pandangannya. Tengok rupa mamat ni macam tak basuh muka je lagi.

Serabai semacam.

"Tengok baby ean kejap. Pergi la breakfast."Balasku sekadar berbasa-basi. Santan mengangguk sekilas sebelum meneruskan langkah.

Baru sahaja aku berura-ura ingin memanjat anak tangga. figura yang pernah aku lihat tempoh hari sekali lagi membantutkan langkahku.

Tubuhku bawa laju beralih ke arah tepi Sejurus memberi laluan untuk lelaki itu meneruskan langkah.

"Kenapa tak breakfast?" Soalnya tiba-tiba.

Reaksi terkejut cepat-cepat aku kawal.

"Err...dah tadi." Balasku pendek.
Lelaki itu kelihatan mengangguk sekilas Seraya meneruskan kembali langkah dengan reaksi serious.

Setelah memastikan lelaki itu hilang dari pandangan. Aku kembali memanjat anak tangga dengan laju.

'No matter what happen! Aku kena keluar dari rumah ni juga.'

___•*•___

Harlin Pov

Sunglasses yang menghiasi wajah ditanggalkan dengan laju Sejurus disangkutkan pada kolar baju dengan kasar.

Kerusi bulat di tepi katil dijadikan tempat untuk melabuhkan punggung. Haruman ubat-ubatan yang terhasil dari Hospital itu sedikit sebanyak menganggu pernafasannya.

"Baby?" Tegur figura di hadapannya.

Riak menyampah mula terpasang.

"I dah tolong bayarkan bill you tadi. I nak you ganti duit I tu balik, Hospital negara ni Tahi hidung masin betul la!"Ujarnya tiba-tiba.

"Sayang dengan duit pun you nak berkira ke?" Keluhan menyampah mula dilepaskan.

"You know what? Kita ni memang la bercinta. Tapi, duit kita tak bercinta. Mark my words!" Jujurnya sekali nafas.

Sutratana yang berada di atas katil mula mengepal penumbuk. Ikutkan hati ingin sahaja mulut gadis itu dipijaknya berkali-kali.

"Okey fine!"

Harlin tersenyuman lebar.

.

A Long Adventure Where stories live. Discover now