''Beb,bawa bertenang...mustahillah dia cek semua isi dalam fon kau tu.. aku sure yang Zarith takkan geledah telefon kau tu''Sarah berusaha menenangkan Alisa yang bagaikan cacing kepanasan itu.
''Tolong bagitahu cara untuk aku bertenang. Sebab dalam keadaan sekarang ni,perkataan tenang tak ada dalam kamus hidup aku. Handphone aku kat tangan orang lain kot. Zarith pulak tu'' kata Alisa. Jari jemarinya mengetuk meja makan di kafe mereka menandakan dia tengah gelabah tahap gaban pada masa itu. Duhai handphone ku sayang,adakah kau hidup dengan aman di tangan malaun itu?
Dari jauh kelihatan kelibat Fauzan yang sedang tersenyum menuju ke arah mereka. Sarah melambai dari tempat duduknya. Setelah mengambil tempat duduk,Fauzan mengeluarkan telefon bimbit milik Alisa .
''Nah..apasal kau boleh cuai sangat ni..mujur ada Zarith,kalau tak,memang kau takkan jumpa dah handphone kau ni'' Fauzan memarahi Alisa.
Alisa menilik telefonnya. Mujur tiada perubahan fizikal yang berlaku. Sempat dia mencebik apabila Fauzan memuji Zarith di hadapannya.
''Zarith tak selongkar apa-apa ke dalam telefon ni?" Sarah menyoal Fauzan. Fauzan menggeleng sebelum membuka mulut.
''Dia cakap dia tak ada masa nak selongkar telefon orang. Dan dia cakap dia tak berminat nak tahu apa yang ada dalam telefon ni'' Sarah meluahkan rasa leganya. Tapi tidak bagi Alisa. Jawapan Fauzan masih di raguinya.
''Kau yakin ke apa yang dia cakap tu?" Soal Alisa. Matanya di kecilkan. Dahinya berkerut.
''Ya. Dia sendiri yang cakap kat aku masa dia bagi telefon ni. Aku dah lama kenal dia,aku tahulah perangai dia macam mana. Dia bukannya suka selongkar harta benda orang. '' kata Fauzan. Alisa hanya mengangguk lemah. Malas mahu berbalah,mereka berbual tentang hal lain.Namun jauh di sudut hatinya mengatakan Zarith ada menyelongkar telefonnya. Cuma dia tidak mempunyai bukti yan kukuh untuk menuduh Zarith.Akhirnya Alisa mendiamkan diri sahaja.
''Jangan lupa tau malam ahad nanti'' kata Alisa. Sarah mengangguk manakala Fauzan mengerutkan dahinya seperti tidak faham.
''Ish kau ni,malam ahad nanti kan kak Zahirah buat opening ceremony untuk butik kedua dia. Alisa nak kita datang'' terang Sarah. Kali ini barulah Fauzan mengangguk sambil tersengih.
Alisa hanya menggeleng. ''Aku baru je plan nak keluar dengan Melinda'' kata Fauzan. Walaupun merekat idak tahu siapa perempuan yang di maksudkan oleh Fauzan itu,namun Alisa dan Sarah sudah dapat mengagak bahawa itu adalah teman wanita Fauzan yang entah ke berapa.
''Kau jangan nak mengada-ada tak nak datang. Aku dah book kau lama dah'' Alisa memberi amaran. Kakaknya sendiri yang menyuruhnya untuk membawa Sarah dan Fauzan untuk datang ke majlis itu nanti. Maklumlah,mereka berdua sahaja teman yang paling rapat dengan keluarga Alisa.
''Dont worry boss.'' Kata Fauzan sambil membuat tabik spring. Sarah hanya tersengih.
Setelah menghabiskan masa selama dua jam di kafe itu,mereka bertiga berpecah untuk ke kelas masing-masing.
*************
Alisa menelek pakaian -pakaian yang berada di butik kakaknya. Esok malam adalah majlis rasmi sempena pembukaan butik kakaknya bersama Datin Julia,yang juga merupakan antara pereka fesyen yang terkenal dalam dunia fesyen.
''Eheem,...''suara seseorang mengejutkan lamunan Alisa. Dia tersenyum tatkala melihat Zahirah sedang menyandar di pintu butik itu.
''So macam mana? Cantik tak gaun tu?"soal Zahirah tatkala melihat adiknya tekun menilik salah satu gaun rekaannya yang akan di peragakan oleh modelnya esok. Alisa terswnyum sambil mengangguk.
''I love this dress'' kata Alisa. Tangannya mengusap lembut pada manik yang terdapat pada gaun itu.
''Untuk pengetahuan kamu,baju tu tak ada siapa yang akan peragakan esok''kata Zahirah. Alisa mengerutkan dahinya.
''Apasal plak. Sayanglah kalau tak ada yang pakai. Takkan nak pamer je''
''Ni antara design akak yang paling akak suka. So akak tak nak orang lain yang pakai sebelum di beli. Sebenarnya akak yerfikir nak suruh kamu yang peragakan esok. Tapi awal-awal lagi kamu dah tolak tak nak tolong akak. So terpaksalah akak pamer je'' zahirah cuba memancing Alisa. Suaranya di buat-buat sedih. Alisa menelek seketika wajah kakaknya sebelum beralih kepada gaun tadi. Dia tahu kakaknya cuma memancing simpatinya sahaja.
''Akak,alisa mana layak pakai benda ni semua. Muka buruk macam ni ke akak suruh peraga baju. Silap haribulan,semua customer lari tau'' kata alisa sambil tersenyum. Tudungnya di betulkan sedikit agar kelihatan kemas. Spek matanya yang berbingkai tebal mengalahkan akuarium itu di buka dan di masukkan ke dalam beg.
Zahirah menggeleng apabila mendengar kata-kata adiknya. Dia tahu adiknya itu cuma mengelak sahaja. Adiknya bukannya buruk sangat,malah Alisa kelihatan lebih cantik jika spek mata,dan pendakap gigi yang palsu itu di tanggalkan. Cuma gadis itu lebih memilih untuk berlindung di sebalik imej skemanya itu kerana masa silam Zahirah dahulu. Alisa tidak mahu benda yang terjadi kepada kakaknya akan terjadi terhadap dirinya juga. Zahirah mengeluh lemah.
''Sampai bila Alisa nak sembunyi macam. It's time for you to change. Benda tu dah 3 tahun yang lepas ,takkan masi tak boleh lupa. Akak pun dah ok dah,dah boleh move on dah pun'' kata Zahirah. Walaupun peristiwa itu terjadi pada dirinya,namun dia sudah berjaya melupakannya sedikit demi sedikit. Adiknya sahaja yang masih di selubungi rasa takut yang melampau.Alisa duduk di sofa sambil berpeluk tubuh. ''Alisa belum ready lagi kak. Kalau boleh biarlah sampai bila-bila alisa macam ni. Imej macam ni mana ada orang nak dekat. So,alisa rasa lebih selamat'' kata Alisa sambil tersenyum manis. Zahirah hanya mengeluh,jawapan itu sudah acap kali di dengarnya.
Alisa,Alisa,degil kamu memang tak pernah berubah...******************************************
YOU ARE READING
AKU BUKAN NERD!!!
Romanceuntuk mengetahui sinopsis Cerita ini,sila rujuk pada halaman pertama. untuk yang baru mengetahui tentang kewujudan cerita ini,saya sebenarnya dalam proses re-write bab-bab yang saya dah terpadam dahulu iaitu from bab 1 -bab 9. so jangan pelik sebab...