bab 4

175 10 1
                                    


                       Memandangkan hari tu adalah hari sabtu,Alisa bercadang untuk membantu kakaknya di butik. Tudung berwarna royal blue itu dibetulkan sehingga dia berpuas hati, kanta lekap yang berwarna hitam itu di pakai. Bukan kerana dia rabun,tetapi dia ingin menyembunyikan anak matanya yang berwarna coklet hazel yang di warisi dari arwah ibunya. Bedak yang berwarna coklat muda itu di tempek di muka,spek mata yang tebal itu dipakainya . Pendakap giginya yang palsu itu di betulkan. Lengkap sudah imej palsunya yang sudah di lakukan sejak tiga tahun yang lalu.

******************************************


                "what's this?" soal Alisa apabila Zahirah menghulurkan satu kertas kerja yang  tebal di hadapannya.

''ingat tak Datin Julia?'' customer along yang selalu ke sini dahulu?" Zahirah memandang wajah adiknya yang sedang mengerutkan dahi. Alisa mengangguk tanda mengingati gerangan Datin Julia yang kakaknya sebut sebentar tadi.

"apahal dengan dia" soal Alisa

"dia ajak along buat bisnes dengan dia.cadangnya dia nak buka satu butik tapi dia nak along jadi designer bagi butik dia yang baru tu la. Butik dah ada. Tinggal tunggu persetujuan along je." kata Zahirah sambil menyandarkan tubhnya di sofa ofisnya.

''so? Do you agree?" soal Alisa lagi. Baginya itu satu peluang yang baik untuk kakaknya mengembangkan lagi bisnes rekaan bajunya.

''i have to think first because this thing is such a big opportunity to me. There's a lot of thing to do if i agree ,you know right." Alisa hanya mengangguk sambil tersenyum.

"i will give a big support for you. It is not a bad thing if you agree to Datin Julia's suggestion,right?" kata Alisa. Zahirah mengangguk sambil tersenyum lega kerana mempunyai adik yang menyokong dan melindunginya ke mana sahaja dia pergi.

"tengoklah macam mana,banyak benda kena fikir."berkerut-kerut dahi Zahirah apabila memikirkan pelbagai masalah mengenai butiknya yang satu ni.

Perbualan antara Alisa dan Zahirah terhenti apabila Dina ,pembantu butik itu muncul.

"boss,Hariz ada kat luar. Nak jumpa bos katanya" kata Dina sebelum dia berlalu pergi.

"akak nak jumpa Hariz dulu" kata Zahirah seraya meninggalkan Alisa yang hanya memerhatinya pergi. Hariz adalah jurukamera yang berkerja di bawah Zahirah sejak kakaknya membuka butik ini dua tahun yang lalu.

Alisa mengeluarkan telefon bimbitnya yang berbunyi menandakan ada mesej masuk. Whatsapp daripada Sarah di baca.

'kau kat mana? Tak nak lepak dengan aku and Pojan ke? Kitorang kat KFC Jusco ni. Btw,your crush is here'

Belum sempat Alisa membalas,Sarah menghantar satu gambar Asyraf yang di ambil secara curi-curi sebagai bukti. Alisa tersenyum senang.

'aku kat butik kak long,tunggu aku. Sekejap lagi aku sampai'

Alisa membalas mesej itu. Mujurlah butik kakaknya berdekatan dengan Jusco,kalau tak,jenuh dia menapak ke Jusco semata-mata ingin menatap kekasih hati.

**************************************

"tak payahlah nak renung sampai macam tu sekali. Boleh panas tau belakang badan Asyraf kalau kau asyik tenung dia macam tu."tegur Fauzan apabila Alisa asyik memerhati Asyraf tanpa kelip.

"he look..."

''damn hot..."belum sempat Alisa menghabiskan ayatnya ,Sarah dan Fauzan sudah memintas. Mereka berdua sudah menghafal ayat Alisa itu kerana ayat itu setiap hari di ulanginya. Alisa menghadiahkan jelingan tajam kepada kedua-dua temannya itu sebelum kembali memandang Asyraf.

''i cant help but staring at him like a mad woman." Sambung Alisa kembali.

''you look like a mad woman already" kata Sarah.

''indeed'' kata Fauzan pula.

''durjana'' kata Alisa lagi bagi membalas kata-kata kawannya itu.Alisa kembali memandang Asyraf dengan senyuman yang sampai ketelinga. Sarah menggeleng.

''hoi biol,kitorang kat sebelah ni kau tak nak pandang ke? Ke kau nak aku suruh Asyraf duduk kat sini and aku dan Pojan blahh tinggalkan korang berdua?'' kata Sarah sambil menolak siit kepala Alisa. Alisa tersengih seketika.

"Kau nak Asyraf duduk sini? Kau gila? Jatuhlah reputasi dia duduk ngan aku" mata Alisa sudah menatap wajah Sarah apabila Asyraf sudah bergerak keluar daripada restoran KFC itu bersama kawan-kawannya.

"kau kena terima hakikat yang Asyraf tu ramai peminat. Kalau kau dah gila sangat kat dia,apa kata kau try tarik perhatian dia daripada sembunyi-sembunyi macam ni" kata Fauzan. Alisa mengerutkan dahinya tanda tidak faham.

"maksud kau?" Alisa menatap wajah Fauzan yang sedang menggigit drumstick ayam itu. Fauzan memberi isyarat kepada Sarah supaya menerangkan tentang maksud ayatnya tadi. Sarah mengeluarkan telefon bimbitya seperti mencari sesuatu sebelum menunjukkannya di hadapan Alisa. Alisa berkerut apabila gambarnya yang empat tahun lepas sewaktu dia menjadi model sampingan,terpapar di skrin telefon Sarah.

"sejak bila kau orang dua ni jadi bisu ni?" Alisa masih tidak faham dengan maksud ayat Fauzan tadi.Sarah dan Fauzan menepuk dahi dengan serentak.

"Macam manalah aku boleh dapat kawan lembab macam ni?"kata Fauzan.

Dia sememangnya sudah mengetahui tentang kisah hidup Alisa kerana mereka bertiga sudah berkawan sejak kecil lagi. Arwah ayah Fauzan pernah menjadi pemandu kepada keluarga Alisa selama 15 tahun sehinggalah Pak Idris meninggal tiga tahun lalu akibat strok. Manakala Sarah pula merupakan sepupu kepada Fauzan . Sarah mengenali Alisa ketika umurnya 10 tahun . Pada ketika itu ,ayah Fauzan sering membawa Alisa balik ke kampungnya jika Dato Yusoff ke luar negara. IbuAlisa sudah lama meninggal dunia,sebab itu Alisa sering menumpang kasih dengan keluarga Fauzan dan Sarah.

"aku bukan lembab lah..aku cuma tak pakai bahasa-bahasa tersirat ni " kata Alisa cuba membela dirinya. Fauzan mencebik.

''maksud aku kat sini,kau buka la segala-gala yang palsu dekat muka kau ni and show your original self to the world ,babe" kata Sarah.

"kau gila? Aku tak ready lagilah. Kalau boleh aku nak stay macam ni"jawapan Alisa membuatkan Fauzan dan Sarah menggeleng.

kalau dah degil tu degil jugaklah ...getus Fauzan dalam hati.

"lantak kau lah. Jangan je lepas ni kau berputih mata tengok Asyraf kau tu dengan perempuan lain dahlah. Lepas ni kita nak ke mana?" Fauzan bersuara. Alisa angkat bahu tanda tidak mempunyai idea.

"main bowling nak?" idea Sarah di sambut dengan anggukan daripada Alisa dan Fauzan. Ketika merek keluar daripada restoran KFC itu,suara seseorang memanggil Fauzan dari jauh.

"Pojan!"

Dan suara itu membuatkan Sarah menjadi beku dan Alisa tidak bergerak langsung apabila Fauzan melambai-lambai lelaki yang memanggilnya sambil tersenyum.

"Zarith,what's up ,bro?" Fauzan dan Aarith membuat high-five.

Dan pada ketika itu,Alisa dan Sarah berpandangan antara satu sama lain dengan muka yang bertulis 'sejak bila Zarith dan Pojan berkawan?'


AKU BUKAN NERD!!!  Where stories live. Discover now