BAB 9

20 1 0
                                    

Alisa duduk di salah satu kerusi menunggu di tengah pusat membeli belah itu. Suasana pusat membeli belah itu agak sibuk dengan kunjungan orang ramai. Rambut yang diikat rapi itu di kemaskan lagi sedikit. Jam tangan jenama Baby-G di kerling.

Dah 15 minit lambat ni. Mana pulak dua ekor tu?

Alisa masih setia menunggu Fauzan dan Sarah. Hari itu mereka berjanji untuk menonton wayang bersama-sama untuk meraikan peperiksaan SPM yang sudah tamat beberapa hari yang lalu. Alisa mengetap bibirnya. Dia perasan ada beberapa mata lelaki yang menjeling-jeling akan dirinya yang duduk berseorangan. Alisa hanya buat dek sahaja. Tapi sekejap-sekejap matanya memerhatikan dirinya. Risau jika pakaiannya itu terlalu ketat atau terlalu seksi sehingga mengundang bunyi siulan dari beberapa lelaki yang duduk di kerusi tidak jauh darinya.

Hari itu dia hanya mengenakan seluar jeans berwarna hitam, dan blouse berwarna biru muda. Tiada apa-apa yang pelik pada pakaiannya. Alisa hanya mengabaikan apabila sekumpulan lelaki tersebut saling tolak menolak antara satu sama lain ke arahnya. Alisa perasan umur mereka mungkin lebih tua darinya. Rokok di tangan mereka di hembus ke udara. Alisa mencebik.

This is public place. How can they are smoking here?

"Hai. Nama aku Zack. Aku tengok kau dari tadi sorang-sorang, tunggu sapa? Kalau tak ada tunggu siapa-siapa, meh abang temankan" Lelaki bernama Zack itu mengejutkan Alisa. Alisa memandang lelaki itu yang sudah duduk di sebelahnya. Alisa menjadi takut apabila yang lain juga cuba mendekatinya. Segera kaki gadis itu melangkah laju menuju ke tandas awam yang terletak 100 meter dari tempat dia duduk tadi. Mungkin jika dia menunggu di ruang tandas perempuan, lelaki-lelaki tadi tidak berani menceroboh masuk kedalam tandas itu. Sampai di dalam tandas, Alisa menghantar pesanan kepada Sarah dan Fauzan. Selang beberapa minit, kedengaran bunyi siulan dan gelak ketawa dari luar tandas. Suara garau beberapa orang lelaki mengejutkan Alisa. Alisa kenal suara itu. Zack. Lelaki yang mendekatinya tadi. Baru sahaja Alisa ingin mengeluarkan telefon bimbitnya kembali, lelaki bernama Zack itu sudah berada di hadapannya. Dia tersentak apabila lelaki itu berani masuk ke dalam tandas perempuan. Zack mendekati Alisa  sehingga gadis itu berundur dan berhenti apabila tubuhnya sudah bertemu dengan dinding tandas. Tangan Zack perlahan-lahan naik ke rambut Alisa kemudian jatuh ke pipi gadis itu.

"Aku tak pernah nampak gadis secantik kau. Aku dari tadi duk perhati kau. Kau nak keluar dengan aku ke? Kalau nak, aku boleh bawa kau jalan-jalan. Guna motor aku. Lepastu kita singgah rumah aku. Dan kitaa...." Tangan Zack sudah berhenti di kolar baju Alisa. Alisa sudah menggigil. Zack tidak pedulikan itu. Bibir Alisa di perhatikan.

Cantik .Puji Zack dalam hati. Perlahan-lahan dia mendekatkan mukanya kearah Alisa. TAngannya sudah jatuh ke bahagian pinggang Alisa. Alisa kaku. Badannya menggigil. Alisa menjerit sekuat hatinya. Tangan Zack pantas menampar pipi gadis itu agar gadis itu diam.Tidak lama kemudian Alisa rebah selepas mendengar bunyi bising dari luar tandas itu. Terasa hujung bibirnya basah dan pedih.

"Alisa...Alisaa!!" sayup-sayup kedengaran suara itu. Alisa membuka matanya kembali.

Fauzan....Sarah. Mata gadis itu tertutup kembali.

************************************************

Alisa masih berdiri terpacak di hadapan kedai computer itu bersama troli tadi. Ya, di sinilah kejadian itu berlaku. Selepas kejadian itu, Alisa sudah tidak pernah menjejakkan kaki ke situ. Zack sudah di tangkap oleh polis atas kesalahan menceroboh dan melakukan gangguan seksual kepada Alisa. Itupun atas laporan beberapa orang ramai yang perasan kawan-kawan Zack berkumpul di hadapan tandas dan terdengar jeritannya dari dalam tandas itu.

Bayangan Zack yang cuba menciumnya itu menakutkan Alisa. Masih terasa tangan Zack yang bermain-main di pipinya. Apabila lelaki itu cuba menyentuh pinggangnya. Alisa menjerit sekuat hati. Terasa sesak di dada menerpa. Alisa berundur dari troli yang dipegangnya  itu.

Tangannya pantas mencari dinding agar dia bisa berpaut. Rasa ingin rebah menerpa dalam diri. Kejadian beberapa tahun lalu itu makin kuat bermain di mindanya. Alisa menggelengkan kepalanya seketika. Mencuba untuk menghalang kejadian itu terus bermain di kepalanya. Mata gadis itu tertutup rapat.Nafas di tarik sedalam yang mungkin sebelum di hembuskan perlahan-lahan. Dia cuba bertenang. Seketika kemudian, rasa gemuruhnya beransur hilang. Dia membuka matanya perlahan-lahan.

Zarith! 

Getus Alisa di dalam hati apabila melihat satu susuk tubuh yang di kenalinya berdiri di hadapannya. Matanya kemudian terjatuh pada pergelangan tangannya yang sedang erat di genggam oleh jejaka itu. Ternya dinding yang dari tadi di pautnya adalah tangan Zarith. Wajah Zarith yang berkerut di perhatinya seketika.Alisa berdehem . Membuang rasa cemas dan terkejutnya. Zarith masih memandangnya pelik.

"Kau apasal,nerd? Dari tadi macam nampak hantu je" tegur Zarith. Alisa hanya menggeleng. Malas mahu menjawab persoalan itu. dia masih dalam keadaan panik. Alisa mengorak langkah ingin meninggalkan Zarith. Belum jauh dia berjalan, tangannya sudah di tarik oleh jejaka itu. Alisa menoleh memandang jejaka itu yang cuba menghampirinya. Wajah Zarith masih berkerut.

Ya Allah, janganlah mamat ni tanya macam-macam soalan kat aku. Aku tak mampu nak jawab. Alisa berdoa di dalam hati apabila Zarith sudah berdiri di hadapannya.

"Kau nak ke mana?" soal lelaki itu.

"Balik" jawab Alisa ringkas.

"Troli tu sapa nak tolak?'' soal Zarith dengan senyuman sinis. Mata Alisa kemudian memandang troli yang di maksudkan Zarith tadi. Kerana perasaan cemasnya, Alisa terlupa akan kewujudan troli itu. Alisa mendengus geram. Zarith sudah laju meninggalkan Alisa di belakang.

AKU BUKAN NERD!!!  Where stories live. Discover now