bab 2

220 12 0
                                    

             "you cakap you setia. Kalau you setia,siapa perempuan tadi?" soal Maya berang. Zarith hanya tenang menatap wajah teman wanitanya itu. Dia malas mahu melawan.

"cakaplah,siapa perempuan tu tadi?" Maya tidak berpuas hati apabila Zarith hanya berdiam diri. Kaki Maya di hentak-hentak untuk menarik perhatian Zarith.Zarith menggeleng malas. Dia memerhatikan keadaan kawasan letak kereta yang sunyi itu. Sebuah kereta Myvi putih yang baru memasuki kawasan tadi di pandang kosong.

**************************************

Alisa membetulkan cermin matanya yang setebal kaca akuarium itu di cermin sisi kereta Myvinya sebelum matanya meliar memandang keadaan kawasan letak kereta itu. Matanya tertancap pada susuk tubuh seorang lelaki yang dikenalinya. Asyraf berjalan menuju ke kereta miliknya seorang diri. Alisa tersenyum memandang lelaki pujaan hatinya sejak setahun lepas,berada di hadapan mata. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya . dia ingin mengambil gambar Asyraf secara curi-curi. Angan-angan nak jadi stalker lah lagaknya.

"cakk" bunyi kamera itu.

**************************

"cakk" bunyi kamera tidak jauh dari Zarith kedengaran. Zarith melihat seorang gadis yang sedang memegang telefon bimbitnya. Pipinya terasa sakit di tampar oleh Maya tadi apabila dia ingin memutuskan hubungan mereka.

"kurang asam betul minah ni,aku kena tampar,sedap-sedap je dia ambik gambar aku" gumam Zarith . langkahnya di atur menuju ke arah Alisa yang sedang memandang telefonnya . telefon di tangannya di rampas oleh Zarith lalu menyelongkar telefon itu. Alisa keliru sebelum mengeluarkan suara

"kau siapa? Bak sini telefon aku" Alisa cuba merampas kembali telefon bimbitnya, namun Zarith memaparkan telefon itu di hadapan muka Alisa. melopong mulut Alisa apabla melihat gambar yang di tangkap sebentar tadi adalah gambar Zarith bersama seorang perempuan.Manakala gambar Asyraf pula hanya separuh badan sahaja.

"kau stalking aku eh?" soal Zarith. Alisa mengerutkan dahinya.

Ekk elleehh mamat ni,aku bukan stalker kaulah.Gumam Alisa sendiri.

"ehh mana ada" nafi Alisa .

"habis tu yang ni apa? Apa tujuan kau ambil gambar ni?" Zarith memandang tajam wajah gadis bertudung litup di hadapannya.

Dahlah muka buruk,ada hati nak stalk aku..

"gambar tu cuma kebetulan,saya bukannya stalking awak. Bak sini telefon aku!" Alisa merampas telefonnya. Dia bukan tak tahu siapa lelaki di hadapannya ini. Inilah senior yang sama jurusan dengannya yang pernah mengenakan Alisa sewaktu orientasi setahun lepas.Adakah patut lelaki itu menyuruh Alisa dan Sarah jalan itik keliling dewan sebab datang lambat ke perhimpunan.

''kebetulan apanya kalau dah jelas-jelas dalam fon awak tu ada gambar saya?" kata Zarith lagi. Hati Alisa mula rimas.

"jangan nak perasan sangatlah aku nak stalk kau. Muka macam entah apa-apa.perasan handsome lah tu. Macam tak ada orang lain aku nak stalk" bahasa Alisa mula bertukar menjadi "kau,aku"

Buat apa nak bersopan dengan orang yang tak sopan dengan kita kan...

Zarith pula yang mula panas hati. Sebelum ini,belum ada seorang pun junior yang berani melawan kata-katanya. Tetapi gadis di hadapannya ini seperti tidak takut malah dengan selamba badaknya dia mengutuk Zarith.

''baguslah kalau kau bukan stalker aku,tapi sebelum kau kutuk muka aku,baik kau cermin muka kau dulu tu. Ada hati nak cakap pasal rupa paras orang. Tu spek mata tu,jangan lupa tukar,biar jelas sikit muka kau yang buruk tu kat cermin." Puas hati Zarith apabila dapat membalas kata-kata gadis nerd di hadapannya itu.

Alisa merenung mata Zarith tajam. Belum sempat dia membalas,telefonnya berdering. Nama Fifi terpapar di skrin telefon . Sedar dia sudah lambat untuk ke kelas,dia sempat membalas kata-kata Zarith sebelum pergi.

''memang patutlah muka kau kena tampar oleh perempuan tadi. Biar sedar diri sikit. Muka tak hensem nak kata hensem. Pigi dahhh..."

Zarith menggigit bibirnya. Geram sungguh dia dengan gadis skema tadi itu, wajah perempuan itu seperti dikenalinya. Setelah brain-storming seketika,barulah dia teringat sesuatu.

Ohhh...dia junior course aku...siaplah kau lepas ni...

**************************

                            "apasal kau lambat tadi?" soal Fifi. Sememangnya classmatenya ini amat mengambil berat akan dirinya dan juga rakan sekelas yang lain.

"tak ada apa-apa. Parking kat depan library tu penuh,so aku parking jauh sikit,kat depan Menara Pentadbiran.kau pun tahukan betapa jauhnya Menara Pentadbiran tu nak ke dewan kuliah ni. semput aku jalan tau"kata Alisa.Sengaja dia berbohong,malas mengingati tentang mamat poyo tadi.

"aku ingat kau tak nak datang kelas tadi. Ok lah,aku blahh dulu. Bye.." Fifi meninggalkan Alisa yang masih sibuk mengemas alat tulis di mejanya. Dia ingin segera beredar ke kafe kerana Sarah sudah lama menunggu..

*************************************

                                     "boleh pulak mamat tu cakap muka dia hensem? Aku rasa muka security kat main gate tu lagi hensem,kau tau tak?'' Alisa menceritakan segala-galanya tentang kejadian pagi tadi kepada Sarah. Sarah hanya mendengar dengan penuh minat.

"Habis tu,kau buat apa kat dia?''soal Sarah.

"aku dah belasah dia dengan buku aku. Sekarang dia kat klinik campus" kata Alisa serius manakala sambil menunjukkan buku rujukannya yang setebal 3 inci itu.Sarah sudah tersedak.

''kau biar serious wehhh" Sarah mula cemas.

''tak adalah wehh...aku sound la dia pastu aku blahh" Alisa menghirup air tembikainya yang tinggal separuh. Sedang dia sibuk mencilok air honeydew Sarah,lengannya di siku.

"apa?' soal Alisa rimas apabila Sarah makin galak menyikunya.

"tu tengokk tu..itu ke mamat yang kau cakap tu?" soal Sarah. Alisa menoleh ke arah yang di maksudkan. Kelihatan Zarith menuju kemejanya bersama dua lagi rakannya.

"ermm..dialah tu. Apasal kau takut semacam ni?" soal Alisa.

"sebab kau tengah bermain dengan api" mata Sarah masih tertancap pada kelibat Zarith yang semakin mendekati meja mereka. Alisa mengerutkan dahinya.

"aku mana ada main api ni woii...aku main straw ni,kau tak nampak ke?"

Masa ni juga minah ni buat otak lembab dia...hailaa.... gumam Sarah seketika.

Alisa tidak mempedulikan Zarith yang semakin hampir. Straw di gelasnya di gunakan untuk mengambil ais batu dalam gelas itu. Sarah menggeleng melihat temannya yang satu ini.

Tamatlah riwayat kau wahai Alisa Farhana..

AKU BUKAN NERD!!!  Where stories live. Discover now