bab 20

214 16 2
                                    

   Alisa mengekori Zarith dari belakang menuju ke dalam shopping mall. Sudah acap kali dia mengeluh kerana pada hari itu dia keluar dengan imejnya yang sebenar. Kerana segala peralatan palsunya itu telah tertinggal di kereta kakaknya semalam dan kereta itu sekarang masih tersadai di depan restoran semalam. Apabila dia meminta Zarith untuk singgah mengambil barangnya di kereta kakaknya,lelaki itu menolak. Hasilnya,Alisa keluar dengan imej sebenar sehinggakan secalit lipstik pun tidak digunanya.

buat apa nak cecantik. Tak ada orang nak tengok pun.

"engkau keluar dengan aku memang tak ikhlas ehh? lipstik pun tak pakai. dah macam mayat hidup dah kau ni" kata Zarith apabila mereka berdua singgah di restoran MacDonald.

" dah tau aku memang tak ikhlas keluar dengan kau,tanya pula" Alisa membalas dengan ayat sinis. Zarith mencebik. wajah Alisa di jeling sekilas sebelum matanya meliar untuk melihat keadaan restoran yang agak lengang itu. Mereka mengambil tempat duduk yang agak tersorok dari orang lalu lalang.

"hmm..nak makan apa? aku tolong order."kata Zarith.  Dia memandang Alisa yang sedang membetulkan tudungnya.
"hmmm.apa-apa jelahh." balasnya ringkas. Zarith berlalu tanpa berkata apa-apa.
Alisa mengeluarkan telefon bimbitnya untuk melihat beberapa mesej yang tidak sempat dibacanya tadi.Mesej-mesej semalam di baca beserta keluhan .

kalaulah handphone ni tak tertinggal kat malaun tu,dah pasti a qtengah bahagia sekarang. goshhh!

"apasal mengeluh je ni? pikir masalah negara ke apa?" soal Zarith yang tetiba muncul bersama dua set burger. Air pepsi di letakkan dihadapan Alisa manakala kopi panas  menjadi pilihan Zarith.Alisa menepuk dahinya apabila dia terlupa untuk meminta Zarith membeli air kopi panas. Kerana dia bukannya seorang penggemar air bergas. Zarith memandang tingkah laku Alisa namun dia malas mahu bertanya. Burgernya di makan tanpa menghiraukan Alisa yang masih merenung air pepsinya kemudian nata gadis itu beralih memandang ke arah kaunter.

apahal plak minah ni terjenguk-jenguk kaunter tu?

"kau kenapa minah oii?" soal Zarith.

"emmm..aku nak tukar air jap. a
Aku tak minum air bergas"kata Alisa ringkas. Zarith menggeleng.

"pehal tak cakap tadi?" soal Zarith seolah-olah marah.

"dah kau paksa aku datang sini tetiba,mana nak ingat semua benda"Alisa cuba menyalahkan Zarith kembali dan dia berura-ura untuk pergi ke kaunter untuk membeli air yang baru.

" wehh,ko nak  ke mana pulak?" soal Zarith apabila Alisa sudah berdiri di hadapannya.

"Nak beli air" jawab Alisa ringkas.
" no need laa..take my coffee. we trade." Zarith menghulurkan air kopinya yang masih belum di sentuh.
Alisa tergamam seketika. wajah Zarith dipandang lama.

biar betul mamat ni? tak pernah pula aku rasa dia sebaik ni..

"apasal ko tengok aku macam tu?dah duduk lah cepat" soal Zarith apabila Alisa memandangnya lama.

"aku tak sangka pula kau sanggup tukar air ni untuk aku.Aku ingat kau lebih rela tengok aku mati tersedak tadi" kata Alisa seraya kembali duduk.

"sekejam-kejam aku,taklah sampai nak bunuh anak dara orang. Kot-kot kau jodoh aku" ayat terakhir Zarith berjaya membuatkan Alisa tersedak air kopi yang baru di minumnya tadi
.
god damn it,how can the words slip out of my mouth?

AKU BUKAN NERD!!!  Where stories live. Discover now