Sudah hampir sejam Alisa menemani Zarith memilih baju di butik itu,namun lelaki itu masih belum menemukan baju yang sesuai untuk di gunakan pada malam ini. Alisa sendiri tidak faham apa yang lelaki itu cari. Semua baju yang di cadangkan,semua di tolaknya. Terlalu simple lah,terlalu formal lah,itulah inilah.Akhirnya Alisa membiarkan lelaki itu memilih bajunya sendiri.
''Kau nak pergi majlis apa juga sebenarnya? Aku dah penat tau melayan kerenah kau. Satu baju pun tak dapat lagi'' kata Alisa setelah hampir 15 minit lelaki itu mendiamkan diri manakala matanya meliar ke seluruh butik itu. Zarith memandang Alisa dengan dahi berkerut.
''Engkau diam boleh tak?aku tengah fokus cari baju ni. Pilihan kau tak boleh di harap langsung. Engkau hidup zaman bila ehh?semua pilihan baju kau tu tak up-to-date langsung'' Zarith meninggalkan Alisa yang sudah mencebik mendengar ayat lelaki itu. Dia mencari tempat duduk di luar gedung. Naik lenguh kakinya menemani Zarith.
Shopping mengalahkan gaya perempuan. Aku shopping pun tak macam malaun tu.
Sedang Alisa sibuk mengutuk Zarith,matanya tertancap pada sepasang kekasih yang baru sahaja keluar daripada salah satu butik berhampiran tempat duduknya. Lebih malang lagi apabila pasangan tersebut turut memandang Alisa yang sudah berpaling arah dengan harapan bahawa dua merpati sejoli itu tidak menegurnya. Namun,setiap permintaannya jarang sekali termakbul apabila pasangan itu menegurnya.
''Hai Alisa'' kata satu suara garau. Alisa terpaksa berpaling dengan senyuman yang sengaja di maniskan tetapi sesiapa sahaja yang memandang senyuman itu,pasti tahu bahawa senyuman iti adalah palsu.
''Ohhh...hai Asyraf,hai Zura. Tak sangka boleh jumpa kamu dua kat sini'' kata Alisa cuba memaniskan suaranya. Namun,dalam hatinya sudah pedih apabila melihat Asyraf sedang merangkul pinggang Azura dengan kemas. Alisa sendiri tidak pasti akan perasaannya terhadap Asyraf.Aku cinta kah atau sekadar suka?
Sejak peristiwa campfire tempoh hari,dia sudah jarang melihat kelibat Asyraf di kampus. Walaupun di lemparkan dengan kata-kata hinaan,namun Alisa tidak faham kenapa dia langsung tidak boleh melupakan lelaki itu. Tipulah kalau dia tidak tercari-cari akan Asyraf sepanjang ketiadaan lelaki itu di kampus.
''Hujung minggu macam ni ,saya memang selalu ke sini. Emm...awak sorang je ke?Boyfriend awak mana?selalu nampak awak sama-sama dengan dia'' kata Azura. Alisa mengerutkan dahinya.Tidak faham dengan ayat Azura tadi.
''Boyfriend?"
''Yaa...err..tak silap saya,nama dia Fauzan'' kata Azura. Hampir tergelak juga Alisa apabila Azura menyangkakan bahawa Fauzan adalah teman lelakinya. Namun dia tidak menyalahkan Azura kerana berfikir sedemikian kerana acap kali orang kelilingnya mengatakan hal yang sama.
''He's not my boyfriend'' kata Alisa sambil tersenyum. Kali ini senyumannya ikhlas. Dia tahu,Azura gadis yang baik kerana mereka pernah sekelas pada semester lepas.
''Then?" Jelas kerutan di dahi Azura menunjukkan dia keliru.
''He's my bestfriend. Saya kenal dia sejak saya kecil lagi'' kata Alisa.
''Sayang ni pun tanya soalan macam tu. Orang macam dia mana pernah bercinta-cinta. Lebih tepat lagi,mana ada orang nak. ''Kata Asyraf dengan nada menyindir setelah lama mendiamkan diri. Hati Alisa bagai di rentap apabila lelaki yang di pujanya itu mengatakan sedemikian.''What do you mean by 'orang macam dia'?" Soal Alisa walaupun dia tahu maksud di sebalik ayat itu.
Asyraf hanya tersenyum sinis. Azura pula sudah mengerutkan dahinya,risau jika Alisa tersinggung dengan kata-kata tunangnya itu. Alisa terasa seperti di malukan dalam kalangan mereka bertiga.''I dont need to answer that,because i already told you the anwer on that day. And i hope that your feeling towards me is already gone'' kata Asyraf dengan senyuman sinis.
Perasaan Alisa pada masa itu sungguh berkecamuk. Namun dia masih mahu kelihatan kuat di mata lelaki itu.
''Of couse not,man. Aku dah move on kot,sebab aku dah pernah cakap kat kau kan yang kau ni bukanlah lelaki yang menepati cita rasa aku pun'' kata Alisa tanpa menyedari bahawa bahasanya sudah bertukar kasar.
''Kenapa?kau dah ada crush baru ke? Adakah yang nak kat kau ni? Kata Asyraf lagi. Azura di sebelahnya sudah merasa tidak keruan.
''Sayang,dahlah. Kesian Alisa tau'' jelas lembut suara Azura itu. Asyraf masih tidak berganjak,menunggu jawapan daripada mulut Alisa. Alisa resah kerana dia sudah kematian akal. Lebih tepat lagi,dia berasa kecewa. Tapi dia sendiri tidak faham kenapa dia berasa begitu. Namun,jauh di lubuk hatinya seperti memberitahu bahawa dia masih sayang akan Asyraf.Why so serious? Soal Alisa dalam hati.Dahinya berkerut seribu memendam rasa di hati.
''Alisa,where have you been? I look for you everywhere. Rupanya kau kat sini.'' Zarith yang entah datang daripada mana,sudah terpacak di sebelah Alisa. Alisa memandang Zarith dengan pandangan keliru.
Sejak bila dia muncul ni?
''Hai both of you'' tegur Zarith dengan wajah selamba. Namun dia perasaan akan pandangan keliru daripada sepupunya.
''Hai Zarith,you keluar dengan Alisa ke?'' Soal Azura dengan nada keliru.
Apasal soalan tu bunyi macam lain eh??aku ni memang tak layak ke keluar dengan sesape?Getus hati Alisa manakala dahinya sudah berkerut seribu.
''Macam mana pulak kau boleh dengan Alisa ni Zarith?" Soal Asyraf kepada sepupunya itu.
''Ohh..aku yang ajak dia keluar dengan aku. Minta teman untuk cari baju untuk event malam ni. Kau pergi tak?" Soal Zarith pula.
''Of cause la.. kau nak aunty merajuk kat aku? Btw,mana girlfriends kau yang lain? Punya berlambak girlfriend engkau kat KL ni,perempuan macam ni juga yang kau bawa?'' Kata Asyraf sinis. Alisa terasa ingin menangis sahaja apabila Asyraf berjaya memalukan dirinya di kalangan mereka berempat. Alisa sudah menundukan wajahnya kerana matanya sudah berair.Please dont cry Lisa,buat malu je lah...
''Aku memang banyak girlfriends,cuma hari ni aku saja je nak keluar dengan ....''kata-kata Zarith terhenti sebelum dia melirik matanya ke arah Alisa yang sudah tunduk memandang lantai.
Mesti dia nak cakap 'hamba abdi aku' ni,alahaiii..memang hari ni nasib aku malang sebab terserempak dengan malaun- malaun sekalian alam ni.
Lamunan Alisa terhenti apabila mendengar suara Azura dan Asyraf menjerit serentak .
''Bestfriend?" Soal Azura dan Asyraf. Zarith mengangguk manakala Alisa masih bingung.
Aku terlepas drama apa tadi?apasal aku macam lose je?
''Yes,aku dan Alisa memang lama dah kawan. So kami declare hubungan kami ni sebagai bestfriend. Aku cuma malas je kecoh-kecoh''kata Zarith sambil memeluk tubuh.
''Apa kau merepek ni Zarith?kau mana pernah layan perempuan macam dia ni. Jangan-jangan perempuan ni dah guna-gunakan kau tak''Alisa terkesima dengan ayat Asyraf itu manakala Zarith sudah berubah wajah.Ya Allah,kenapa jahil sangat fikiran si Asyraf. Tiba-tiba aku terfikir,macam manalah aku boleh tersuka dengan malaun satu ni?
''Huh?guna-guna? Kalau betullah dia buat benda terkutuk tu,dah lama dia kenakan kau,bukan aku. Kau pun tahukan perasaan Alisa kat kau. Lagipun aku kawan dengan dia secara tak sengaja'' terang Zarith tenang. Asyraf terdiam sekejap apabila memikirkan logik ayat Zarith sebentar tadi.
''Okaylah guys,dah lama borak ni,rasanya kami kena pergi dulu. ''Kata Azura sambil menarik pergelangan tangan Asyraf.
''Korang nak ke mana lepas ni?" Soal Zarith,Alisa memandang pasangan itu yang sudah tidak jauh dari mereka.
''Nak pergi try baju pengantin. Jangan lupa datang tau untuk majlis nanti'' kata Asyraf dengan nada sinis. Dan kata-kata lelaki itu sudah berjaya menembusi hati Alisa. Zarith memandang Alisa yang sudah mendung itu.''Kau dah kenapa?mendung semacam je" tegur Zarith walaupun dia seakan tahu perubahan wajah Alisa.
''Teruk sangat ke aku?" Soal Alisa tanpa sedar. Matanya sudah merah menahan airmata dari mengalir.
''Huh?" Zarith mempamerkan wajah kelirunya.
''Teruk sangat ke aku?buruk sangat ke aku?" Soal Alisa lagi.Suasana sepi seketika.''Kau masih suka dia lagi?" Soal Zarith. Kali ini suaranya bertukar serius. Alisa diam. Menyusun ayat yang terbaik untuk di luahkan. Namun,dia sendiri tidak tahu akan perasaannya pada masa itu.
''Entahlah,aku malas nak cakap pasal hal ni. Mari kita balik'' kata Alisa sambil berpaling. Namun pergelangan tangannya di tarik oleh Zarith. Alisa memandang keliru.''Alisa...'' Zarith memanggil Alisa dengan nada lembut. Senyuman manis di lemparkan.
''Pintu keluar kat sebelah sini''kata Zarith sambil tersenyum mengejek
''Huh?" Alisa bingung seketika sebelum dia di tarik pergi oleh lelaki itu.
YOU ARE READING
AKU BUKAN NERD!!!
Romanceuntuk mengetahui sinopsis Cerita ini,sila rujuk pada halaman pertama. untuk yang baru mengetahui tentang kewujudan cerita ini,saya sebenarnya dalam proses re-write bab-bab yang saya dah terpadam dahulu iaitu from bab 1 -bab 9. so jangan pelik sebab...