bab 6

130 10 5
                                    

            Zarith mengerling jam tangannya yang sudah menunjukkan pukul 5.00 petang. Dia tersengih sendirian apabila membayangkan budak nerd yang dibencinya itu menunggunya di library mereka. Sememangnya dia ingin mengenakan Alisa dengan mengugut gadis itu bahawa dia akan memberitahu Asyraf yang budak nerd itu mempunyai perasaan terhadap sepupunya itu. Dari jauh kelihatan Fauzan dan Zikri sedang melambai-lambai kearahnya. Kalaulah Fauzan tahu bahawa Alisa sudah menjadi manusia beku di library mereka,sudah pasti Fauzan akan memarahi Zarith dan risau akan keadaan Alisa.Dia tahu bahawa suhu library kampus mereka sangat sejuk sehingga mampu mebekukan setiap sel yang ada dalam diri pelajar kampus itu.

                               ********************************************************

                                    Kepala Alisa berpinar seketika. "kau okey tak ni?" soal Sarah apabila melihat wajah pucat milik teman baiknya itu. Alisa mengangguk lemah . Sakit tekaknya masih terasa. Dia mula batuk sejak puang dari library semalam. Sepanjang perjalanan pulang kerumahnya,dia asyik memaki hamun sahaja kerana hatinya sakit mengenangkan perangai Zarith yang sudah berjaya mengenakannya. Dia bukannya bodoh untuk tidak mengetahui bahawa Zarith sedang mengenakannya. Tetapi dia terpaksa menunggu kerana dia bimbang lelaki itu akan memecahkan rahsianya kepada Asyraf.

"apasal boleh demam ni? Nak kata kena hujan,semalam tak hujan pun. Cerah semacam je" kata Sarah lagi. Dahinya berkerut.

"ni semua angkara khianat mafia tu lah. Adakah patut dia suruh aku tercongok dalam library tu petang semalam" . Alisa mula menceritakan segala-galanya termasuk tentang ugutan Zarith terhadapnya. Melopong mulut Sarah seketika.

"macam mana dia tahu pasal Asyraf?" soal Sarah .

"ni semua angkara si Pojan tu lah. Dia tak pernah pula cakap yang Zarith tu bersepupu dengan pujaan hati aku tu . patutlah senang je dia dapat nombor Asyraf tu" kata Alisa. Kepalanya di baringkan di atas meja kafe itu. Sakit kepalanya sudah semakin teruk.

''hmmm...aku dah nak ke kelas ni. Aku gerak dulu yaa. Kau balik lah. Muka kau dah tak serupa orang dah" sempat Sarah mengusik temannya itu sebelum tangan Alisa mencapai lengannya untuk di cubit.

"kau geraklah. Mujur kelas aku cancel. Suami Prof Liyana masuk hospital" Sarah mengangguk sebelum meminta diri untuk pergi.

Alias berjalan menuju ke keretanya dengan keadaan sakit kepala yang teramat. Dia ingin segera sampai di rumah untuk berehat . Enjin kereta di hidupkan. Tanpa menoleh kiri dan kanan,dia mengundurkan keretanya.

"bukkk!" belakang kereta Alisa seperti terlanggar sesuatu. Kereta itu di majukan semula sebelum dia keluar daripada kereta untuk melihat keadaan belakang keretanya. Lampu belakang keretanya sudah pecah. Kelihatan sebuah kereta Honda berwarna merah betul-betul berada di belakang keretanya. Kelihtan kereta itu calar di bahagian hadapan. Alisa mengerutkan dahinya apabila kereta itu seakan-akan pernah dilihatnya.Pemandu kereta itu keluar dan mendapatkan Alisa.

"macam mana awak bawak kereta ni?"kata lelaki itu yang betul-betul berdiri dihadapan Alisa. Alisa tergamam. Terasa jantungnya tidak berdegup.

Benarkah lelaki di hadapan ku ini adalah Asyraf. Mentang-mentanglah kepala aku tak betul,takkanlah masih sempat nak berangan kot.

Lelaki itu melambai-lambaikan tangannya di hadapan muka Alisa. Bahu Alisa di cuit perlahan.

Apasal minah ni pandang aku semacam je?

"cik okey ke?"soal Asyraf. Alias kalut seketika. "ehhh sorry,apa awak cakap tadi tu?" kata Alisa.

Asyraf menggeleng seketika.

"awak langgar kereta saya . Macam mana nak settle ni?"kata Asyraf. Dahinya berkerut memandang keadaan keretanya yang calar itu.

"err...sorry..so sorry..saya tak sengaja . saya akan bayar ganti rugi ehhh?" kata Alisa sedikit gugup. Mata Ayraf tidak mampu ditenungnya. Dia hanya memandang sekilas sebelum memandang kearah lain. Asyraf diam seketika sebelum membuka mulut.

"emmm..macam nilah,memandangkan kereta saya calar sikit je,anggap je benda ni dah settle. Awak tak perlu nak bayar ganti rugi pun" kata Asyraf sambal tersenyum. Alisa seperti terpaku seketika dengan senyuman Asyraf.

Baiknyaaa diaaa....bukannya macam sepupu dia yang spesis malaun tu...

"serius? Awak tak marah? " soal Alisa inginkan kepastian. Hatinya sedikit berbunga riang. Bukan kerana dia tiak perlu membayar ganti rugi ,tetapi dia gembira kerana Asyraf sedang berbicara dengannya. Mahu saja dia merakam detik indah itu.

"it's okay. Tak perlu nak risaulah. Btw,awak sakit ke? Saya tengok muka awak pucat sahaja" tegur Asyraf. Wajah Alisa ditilik seketika dengan wajah berkerut.

"saya okey. Sekali lagi saya ingin meminta maaf atas kecuaian saya . I am deeply in sorry."

"it's okay. Kalau macam tu ,saya pergi dulu. Saya ada hal. Hati-hati bawa kereta tu" kata Asyraf sebelum berlalu menuju ke keretanya.

Dia kata hati-hati kat akulah wehhhh...bahagianyaaaaa...

Alisa seperti ingin menjerit sahaja namun niatnya terbantut apabila ada suara seseorang mengganggu detik-detik bahagianya itu.

"seronok nampak" tegur Zarith dengan suara sinis. Alisa menjeling tajam.

"sibuk je.." kata Alisa sebelum masuk semula kedalam keretanya dan memandu pulang kerumah . tidak sabar rasanya dia ingin bercerita mengenai kejadian tadi kepada Fauzan dan Sarah. Lupa seketika akan niatnya ingin memaki hamun Zarith kerana hal di library semalam.

Zarith mengerutkan dahinya apabila Alisa berlalu meninggalkannya. Bukannya dia tidak dapat membaca raut wajah Alisa yang bahagia ketika Asyraf bercakap dengannya tadi. Otaknya mula merancang sesuatu untuk mengenakan Alisa . Tempoh untuk mengenakan Alisa masih berbaki 27 hari lagi. Dia tersengih sendirian.



AKU BUKAN NERD!!!  Where stories live. Discover now