bab 17

198 13 2
                                    

Alisa memerhatikan refleksi dirinya di cermin biliknya. Jubah berwarna unggu gelap itu dipadankan dengan selendang berwarna silver. Tapi wajahnya masih tidak dihias dengan apa-apa make-up kecuali bedak asas dan pelembap bibir berwarna merah bata. Contact lens hitam digunakan untuk melindungi warna anak matanya yang sebenar iaitu coklat hazel. Spek mata yang tebal itu dibetulkan sebelum memeriksa braces palsunya. Tiba-tiba ayat kakaknya terngiang-ngiang di mindanya.

''Sampai bila Alisa nak macam ni? Akak yang tengok Alisa macam ni pun dah penat. Alisa tak penat ke nak berpura-pura lagi?"
Kemudian suara di mindanya berganti dengan suara Asyraf yang menghinanya. Alisa mengeluh lemah.

Sampai bila aku nak macam ni?

Imej dirinya di pandang kosong. Hayalan Alisa terhenti apabila terdengar bunyi hon kereta Fauzan. Alisa segera mengambil beg bimbitnya dan sepasang kasut wedges berwarna hitam di hiasi dengan permata palsu sebelum berlalu meninggalkan biliknya.

''Hai guys,sorry lambat'' kata Alisa sewaktu memasuki kereta Fauzan.

''Engkau besiap mengalahkan mak datin. Dah berjam-jam tau kami tunggu'' kata Fauzan. Alisa mencebik.
''Hiperbola sungguh lah kau. Mentang-mentanglah aku tumpang kereta kau,banyak pula kau nak bebel''kata Alisa. Sarah sudah tergelak kecil. Kalau bukan kereta milik Alisa masuk bengkel,sudah pasti dia sedang bersenang lenang dalam kereta kesayangannya.
''Dahlah..jom gerak,nanti kak Zahirah pula yang membebel kat kita'' kata Sarah bagi menenangkan dua orang kawannya itu.

***********

''Yang mana satu Datin Julia?" Soal Sarah sambil menyiku teman baiknya,Alisa. Alisa berasa rimas apabila Sarah asyik bertanya akan soalan yang sama sejak mereka sampai sehinggalah duduk di tempat yang di sediakan.

''Yang kau dari tadi sibuk cari Datin Julia ni apasal?kan lebih elok kalau engkau cari si Pojan yang dari tadi menghilang tu'' kata Alisa dengan nada rimas.

''Ishh,.Pojan tu biarlah hilang. Tadi dia cakap nak ke tandas,sampai sekarang tak muncul-muncul. Berak batu agaknya. Hah,aku cari Datin Julia ni sebab nak tengok family dia. Aku dengar anak dia boleh tahan kacak'' kata Sarah sambil tersengih-sengih ketika mengucapkan ayat terakhir. Alisa menggeleng mendengar ayat kawannya itu.

''Mana kau dengar gosip-gosip ni?anak datin tu tak handsome sangat kot. '' kata Alisa sambil matanya kembali kepada skrin telefon bimbitnya. Lagi satu jam perasmian butik itu bermula,jadi dia ada masa untuk menghilangkan bosannya dari menunggu. Baru sahaja dia ingin bermain game,telefon bimbitnya di rampas oleh Sarah.

''Apahal kau ni?main rampas-rampas pulak?" Dahi Alisa berkerut.
''Mana kau tahu anak Datin Julia tu tak handsome. Aku dengar tadi model-model kakak kau cakap anak datin tu handsome. Kau pernah jumpa dia ke tak?" Soal Sarah tanpa menghiraukan soalan Alisa sebentar tadi.
''Aku tahulah muka dia tak handsome walaupun tak pernah jumpa.'' Kata Alisa selamba. Sarah mencebik bibirnya.

''engkau memang, semua lelaki pun kau cakap tak handsome,tak macho tapi si Asyraf tu juga yang kau agung-agungkan...'' kata-kata Sarah terhenti. Dia cuba membaca ekspresi kawannya itu. Alisa berdehem seketika apabila nama lelaki itu di sebut.

''Eh,abah aku pun handsome tau. Selain abah aku ,tak ada lelaki lain yang aku rasa handsome'' kata Alisa cuba mengenakan Sarah.Rasa rindu pada Dato Yusoff menerja. Sayang sekali ayah Alisa tidak dapat hadir pada majlis malam ini kerana banyak urusan di Labuan.

Sarah menarik nafas lega. Dia bimbang Alisa akan berubah mood apabila nama Asyraf di sebut sebentar tadi. Sarah sendiri tidak pasti jika Alisa masih menyimpan perasaan terhadap lelaki pujaan itu atau tidak kerana sejak kebelakangan ini,gadis itu kurang bercerita mengenainya.
''Ingat abah kau je handsome?abah aku pun handsomelah walaupun dah 5 tahun duk dalam tanah tu'' kata Sarah sedikit sebak apabila mengenangkan abahnya. Alisa mengusap lembut bahu kawannya itu.

AKU BUKAN NERD!!!  Where stories live. Discover now