Mata Zarith sekejap melilau ke ke kiri,sekejap ke kanan. Entah apa yang di carinya. Fauzan yang perasan akan keadaan itu,segera bertanya.
"Kau kenapa Zarith?macam kucing hilang anak je"
Zarith yang terkejut dengan soalan kawan baiknya itu segera berdehem. Sarah pula hanya menjeling sekilas sebelum matanya kembali ke arah pentas,di mana beberapa model sudah memperagakan koleksi busana milik Zahirah. Hatinya tidak sabar melihat diri Alisa kembali seperti dulu.
"Aku cari mummy aku" kata Zarith perlahan.hakikatnya,dia mencari kelibat Alisa yang menghilang sejak tadi lagi. Fauzan mengerutkan dahinya. Mulutnya ingin bertanyakan soalan namun terbatal apabila suara pengacara majlis bergema seluruh dewan."And the last one is our highlight for tonight..give a big applause to her"
Dan semua tetamu dalam dewan itu memberi tepukan yang gemuruh apabila melihat model yang memperagakan busana yang terakhir pada malam itu.
Mata Zarith kembali pada pentas sebelum dahinya berkerut,jantungnya berdegup melihay model itu namun fikirannya masih terdetik mencari Alisa yang sejak tadi menghilang. Asyraf yang turut melihat model itu tergamam seketika sebelum memberikan tepukan. Lupa seketika dia akan Azura yang sudah pulang ke rumah kerana sakit hati dengan kata-kata Zarith sebentar tadi. Manakala Fauzan dan Sarah tersenyum bangga."Finally...." kata Fauzan dan Sarah serentak.
***********************
Alisa menarik nafas dalam-dalam untuk menenangkan hatinya. Zahirah yang sedang berada di sebelahnya, mengusap lembut bahu adiknya itu."You'll gonna be alright. You look so perfect right know" kata Zahirah lembut sambil tersenyum. Alisa membalas senyuman kakaknya.
"I'll do my best. Pray for me" kata Alisa sebelum pengacara majlis menyerunya.Apabila kakinya melangkah keluar dari belakang pentas,tepukan gemuruh bergema. Alisa berjalan dengan langkah yang yakin. Senyuman tidak lari di bibirnya. Spotlight yang dihalakan kepadanya ,menambahkan lagi keyakinan pada dirinya. Sebelum Alisa berpatah balik ke arah belakang pentas,matanya sempat melilau ke arah meja vvip. Dia melihat Fauzan dan Sarah tersenyum bangga. Matanya beralih ke arah Asyraf yang sememangnya terpaku melihatnya. Wajah Alisa berubah apabila matanya bertembung dengan mata milik Zarith. Alisa segera melarikan anak matanya dan berlalu ke belakang pentas.
Apasal aku boleh lupa akan dua mamat tu kat sini?rahsia aku masih selamat kan???
************************
Alisa mencari beg bimbitnya yang mengandungi contact lens,kaca mata dan braces palsunya itu. Dahinya di tepuk agak kuat apabila teringat akan begnya itu sedang selamat di tangan Sarah. Lebih menyedihkan,Sarah dan Fauzan sudah balik 45 minit yang lalu kerana mereka ada perbincangan kumpulan awal pagi esok. Alisa pula tidak dapat pulang awal kerana ada sesi bergambar sebentar tadi. Dia meminta Sarah memegang begnya kerana risau akan di ambil orang. Nasib baik baju yang di pakai untuk ke majlis ini sudah di ambil.Apasal boleh lupa..hisyy..macam mana nak balik ni?
Alisa menoleh apabila terdengar suara seseorang berdehem dari arah belakang. Alisa memandang dari refleksi cermin meja solek sebelum kepalanya berpusing melihat orang yang berdehem tadi.
Asyraf!
Kaki dan tangan Alisa sudah sejuk. Takut identitinya terbongkar. Asyraf semakin mendekati,Alisa menggigit bibirnya.
''Err..sorry ganggu you,saya nak tanya,nampak Datin Julia ke?" soal Asyraf dengan senyuman manis.
Apasal mamat ni boleh senyum macam ni pula..alamak hati,janganlah bergetar...
Alisa menggeleng tanda tidak tahu. Dia mahu Asyraf segera keluar dari bilik itu. Makin lama lelaki itu di situ,makin tidak keruan hatinya.
''Ohh..okay,thanks'' kata Asyraf sebelum membelakangi Alisa dan berlalu pergi. Alisa menarik nafas lega,namun Asyraf berhenti seketika.
''Btw,saya Asyraf. Anak saudara Datin Julia. And,you're really beutiful'' Asyraf berlalu pergi. Dan Alisa seperti orang sesak nafas pada masa itu
YOU ARE READING
AKU BUKAN NERD!!!
Romanceuntuk mengetahui sinopsis Cerita ini,sila rujuk pada halaman pertama. untuk yang baru mengetahui tentang kewujudan cerita ini,saya sebenarnya dalam proses re-write bab-bab yang saya dah terpadam dahulu iaitu from bab 1 -bab 9. so jangan pelik sebab...