Hari yang di tunggu-tunggu telah tiba. Seramai 40 daripada 90 ahli kelab Kembara itu menyertai perkhemahan mereka. Alisa memandang satu persatu wajah peserta yang mengikuti perkhemahan itu. Rata-ratanya hampir semua dia kenal. Mata Alisa meliar memandang mencari seseorang yang sejak tadi tidak di lihatnya. Akhirnya,apa yang dia cari telah jumpa. Asyraf sedang sibuk membantu Fauzan memasang alat pemanggang makanan. Di sebelah pula terdapat seorang gadis yang tersenyum simpul berborak dengan Asyaraf.
Azura! Nama itu bergema di minda Alisa.
Alisa masih mempersoalkan hubungan gadis itu dengan Asyraf sejak kejadian dia terserempak dengan pasangan itu di perpustakaan kampus mereka beberapa hari yang lalu. Alisa memerhati penuh asyik sebelum pandangannya di halang dengan satu kelibat yang berdiri betul-betul di hadapannya. Alisa memandang lelaki itu. Raut wajahnya berubah serta merta. Wajahnya bertukar menjadi jengkel.
''Dah puas pandang pujaan hati?" Soal lelaki itu sinis.
''Kau nak apa?" Soal Alisa. Dia mendongak sedikit untuk memandang Zarith yang agak tinggi daripadanya. Matanya di kecilkan kerana berasa silau dari cahaya matahari.
''Masa untuk siapkan minum petang'' kata Zarith. Alisa mengerutkan dahinya tanda tidak faham.
''Apa kaitannya dengan aku?" Soal Alisa bingung. Setahunya, tugas dia bermula pukul 6 petang untuk menyiapkan makan malam. Manakala minum petang pula di sediakan oleh ajk masakan yang lain. Zarith mengeluh sambil jari telunjuknya menolak kaca mata milik Alisa sehingga jatuh ke pangkal hidungnya. Alisa cuba untuk mengelak tetapi malangnya tidak berjaya. Kaca matanya sudah terlurut sedikit ke pangkal hidungnya. Dahi gadis itu berkerut.
''Kau kena masak! Kan sekarang ni tugas kita untuk siapkan minum petang. Makan malam ni Mai dan Azrul pula. Faham ke?" Soal Zarith. Tangannya di silangkan. Alisa terdiam sebentar apabila memikirkan jadual masakan mereka kembali.
oh right! hari ni aku yang kena siapkan minum petang. Esok tugas aku sediakan makan malam. hehe,macam mana boleh tertukar jadual ni. Gumam Alisa di dalam hati sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Rasa nak sekeh je minah lembab ni. Getus Zarith pula.
Alisa mencebik. ''Apasal pulak aku kena masak?" Soalnya lagi. Kali ini Zarith menggeleng.
''I feel like knocking your head right now. Kau kan perempuan,mestilah kau yang kena masak''
''Kalau aku tak nak?" Alisa menduga. Zarith tersenyum sambil menjeling kearah Asyraf yang sedang duduk berehat bersama Fauzan tidak jauh daripada mereka. Kemudian matanya kembali menatap wajah minah nerd di hadapannya. Alisa seperti memahami pandangan itu. Pandangan Zarith seakan-akan menguggutnya. Tahulah Alisa bahawa dia sedang di ugut pada masa itu. Dengan rasa tidak puas hati,Alisa berjalan menuju ke arah dapur yang telah di sediakan oleh ajk peralatan.
'' Dahlah datang sini pun kena paksa,aku pulak yang kena masak sekarang ni'' bebel Alisa seraya memandang kawasan dapur itu.Semua bahan sudah siap di susun untuk memudahkan kerja-kerja memasak mereka. Alisa menggigit bibirnya sambil matanya memandang sebekas kuih popiah gulung yang berada di tangannya. Kemudian matanya jatuh kepada kuali di hadapannya. Kuali itu di capai sebelum minyak masak di tuang. Dia memandang Zarith yang sedang sibuk berbual dengan sekumpulan perempuan yang sememangnya tersengih-sengih bangga kerana Zarith berbual dengan mereka.
Ewah..ewah,berfoya-foya pulak kau kat sana ye....Alisa berjalan menuju ke arah Zarith. Baju Zarith di tariknya sebelum mengheret lelaki itu ke arah dapur. Sempat Alisa mendengar kutukan gadis-gadis tadi kerana mengacau detik-detik terindah mereka. Sampai sahaja di kawasan dapur,Alisa melepaskan tangannya dari baju Zarith. Zarith memandang tajam.
YOU ARE READING
AKU BUKAN NERD!!!
Romanceuntuk mengetahui sinopsis Cerita ini,sila rujuk pada halaman pertama. untuk yang baru mengetahui tentang kewujudan cerita ini,saya sebenarnya dalam proses re-write bab-bab yang saya dah terpadam dahulu iaitu from bab 1 -bab 9. so jangan pelik sebab...