"kalau aku menang,apa kata kau minta maaf kat aku sambil melutut" Alisa mencabar Zarith. Fauzan dan Sarah hanya menjadi pemerhati. Tetapi tangan Sarah sudah acap kali mencubit lengan Fauzan.
''yang kau ajak Zarith pehal?" soal Sarah
"aku mana lah tahu sejarah silam dua makhluk Allah ni. Korang tak pernah cerita apa-apa pun." Fauzan cuba mempertahankan dirinya. Dia langsung tidak mengetahui bahawa Zarith dan Alisa mempunyai persengketaan. Maklumlah,pada minggu lalu dia mengikuti seminar ke Perak bersama beberapa pelajar yang lain. Ini bermakna sudah seminggu dia tidak bertemu dengan Alisa dan Sarah.
"kalau aku menang pulak,kau nak buat apa?" kata Zarith seperti yakin yang dia akan menang.Alisa berfikir-fikir seketika.
"aku yakin aku menanglah" Alisa membalas dengan penuh yakin. Zarith mencebik.
"fine,kalau aku menang nanti,kau kena jadi servant aku for a month.deal?" soal Zarith dengan senyuman sinis.
''deal" balas Alisa ringkas sambil berpeluk tubuh.
Ingat aku takut? Huh...
*************************************************************
Alisa mencebik geram . Inilah kali pertama dalam hidupnya, orang kalahkan dia bermain bowling. Dari jauh Zarith dan Fauzan melakukan high five dengan wajah girang. Kemudian matanya di jeling tajam kearah Sarah yang mempamerkan wajah bersalahnya. Kalaulah dia tidak sekumpulan dengan Sarah,sudah pasti dia menang. Antara mereka bertiga,Sarah sahaja yang tidak tahu bermain bowling atau apa sahaja yang berkaitan dengan sukan.
" sorrylah,kau pun tahukan aku mana reti bab-bab sukan ni. Aku menang gaya je lah" Sarah cuba berloyar buruk apabila Alisa asyik memandangnya tajam.
"so,bila agaknya nak mula jadi servant aku?" Zarith menghampiri Alisa dan Sarah. Dari jauh memang dia sudah melihat ekspresi Alisa yang sudah menahan marah . Bibir Zarith mengukir senyuman sinis. Alisa menjeling tajam.
"takkan nak tarik balik perjanjian kot" Zarith semakin liar mencabar Alisa apabila gadis itu berdiam diri. Dia memerhati Alisa yang sedang membetulkan kedudukan spek matanya yang hampir terlurut di pangkal hidung. Fauzan di sebelah Zarith sudah tersengih-sengih seperti kerang busuk.
"aku tahulah. Aku bukannya pengecut" kata Alisa kasar. Dia melihat Fauzan yang segera menyembunyikan senyumannya .
Siap kau Pojan!
''good. First thing first,give me your phone number." Zarith menghulurkan telefon bimbitnya kepada Alisa. Alisa menyambutnya kasar.
"tapi ingat! Aku hanya ikut arahan kau yang munasabah sahaja. Kau jangan nak suruh aku macam-macam. " Zarith tersengih apabila Alisa mengeluakan amarannya. Dalam fikriannya ,pelbagai rancangan yang sudah di aturkan untuk mengenakan Alisa.
"don't worry nerd. I will try my best to make you suffer for the whole month" kata-kata Zarith amat kejam di pendengaran Sarah.
Kasihan Alisa...
"kalau macam tu,aku blah dulu. Don't forget to answer my call" pesan Zarith kepad Alisa. Alisa mencebik. Dia hanya mampu memandang Zarith pergi dengan harapan Zarith akan tergelincir dan jatuh di hadapan orang ramai pada masa itu supaya dia boleh mengambil video dan muat naik di facebook. Biar satu dunia tahu. Tapi memandangkan doanya itu adalah doa yang menganiaya orang lain,Allah tidak memakbulkannya.
Mata Alisa segera memandang Fauzan. Laju sahaja tangannya memiat telinga lelaki itu.
"apasal kau tak pernah cakap kau kawan ngan mafia tu?"
"lepaslah. Sakit tahu tak.?" Fauzan menyeringai kesakitan. Sarah pula memainkan peranannya sebagai 'tangan ketam'. Habis lengan Fauzan di cubitnya.
"okay fine,aku akan cerita tapi sebelum tu tolonglah lepaskan telinga aku yang tak bersalah ni. Sakit tahu tak. Boleh tercabut telinga aku ni tau tak."fauzan merayu . Sarah dan Alisa menghentikan perbuatan mereka.
"dia classmate aku masa kat matrikulasi dulu. Aku memang dah lama lepak dengan dia Cuma aku tak cerita kat korang sebab bukannya penting pun. Tak sangka pulak ia jadi pening sekarang. Tapikan,apa yang sebenarnya berlaku antara korang berdua?" wajah Fauzan berkerut memikirkan permasalahan kawan-kawannya itu.
"nantilah Sarah tolong cerita. Malas pulak nak ingat pasal beruk tu. Buat sakit hati sahaja" kata Alisa sambil berlalu pergi. Fauzan memandang sarah dengan harapan Sarah akan membuka mulut untuk bercerita.
"Nantilah aku cerita,malas nak buka mulut untuk benda yang tak ada kepentingan" Sarah juga berlalu pergi meninggalkan Fauzan yang terpinga-pinga.
Apsal minah dua ekor ni? Period ke?
********************************************************
Telefon milik Alisa berdering menandakan ada panggilan masuk. Nombor yang tidak dikenali terpapar di skrin telefonnya. Dahi Alisa berkerut.
Sapa pula nak call aku tengah malam buta ini?
Panggilan itu di jawab sebelum raut wajahnya berubah. Suara si pemanggil begitu jengkel di pendengarannya.
"hoi nerd!"
"kau nak apa"? soal Alisa malas. Buku yang sedang di bacanya di tutup.
"Aku just nak ingatkan kau untuk jumpa kat library pukul 3 petang esok. Ini adalah arahan"kata Zarith sambal mengukir senyuman jahat.
"kalau aku tak nak?" Alisa seperti mencabar Zarith.
"kau nak aku bagitahu Asyraf yang kau suka dia" ugutan Zarith membuatkan jantung Alisa seperti mahu terkeluar dari mulutnya. okay hiperbola...
"cat hold your tongue?" Zarith mengerutkan dahinya apabila Alisa berdiam diri.
Betullah tekaannya bahawa Alisa menyukai Asyraf yang merupakan sepepunya. Itu pun dia tahu daripada Fauzan apabila Fauzan pernah meminta nombor telefon Asyraf suatu ketika dahulu. Fauzan menerangkan bahawa seorang kawan baiknya meminati Asyraf dan pada hari mereka bermain bowling ,dia dapat melihat bahawa Alisalah orang yang di maksudkan oleh Fauzan kerana dari cara Alisa memerhati sepupunya itu amat berlainan dengan cara Alisa memandang Fauzan mahupun lelaki yang lain. Pada masa itu dia berada di luar restorn KFC bersama beberapa rakannya yang lain.
"apa kau merepek ni?Asyraf mana pula ni?"Alisa mematikan lamunan Zarith dengan berpura-pura tidak mengenali Asyraf.
"jangan buat-buat tak tahulah. Asyraf yang jadi crush kau dua tahun tu lah" kata-kata Zarith sekali lagi membekukan Alisa.
"for your information ,he s my cousin,so you might know how close we are. And I can help you to get his attention if you want " Zarith tersenyum sinis di hujung talian.
"I don't need you help. Wait for me at the library tomorrow"kata Alisa. Malas dia mahu meneruskan perbualan itu.
""tunggu sampai aku datang. Kalau tak,tahulah apa aku nak buat"Zarith cuba mengugut.
"tahulah!" kata Alisa kasar sebelum talian dimatikan. Tangannya lantas mendail nombor Sarah dan Fauzan untuk mendapatkan kepastian bagaimana Zarith mengetahui rahsia sulit negara itu. Kerana hanya Sarah dan Fauzan sahaja yang mengetahui rahsia terbesar itu.
Siap lah korang.....
w
YOU ARE READING
AKU BUKAN NERD!!!
Romanceuntuk mengetahui sinopsis Cerita ini,sila rujuk pada halaman pertama. untuk yang baru mengetahui tentang kewujudan cerita ini,saya sebenarnya dalam proses re-write bab-bab yang saya dah terpadam dahulu iaitu from bab 1 -bab 9. so jangan pelik sebab...