BAB 7

22 2 0
                                    

Dewan kuliah yang sejuk itu berjaya membuatkan sel-sel badan Alisa membeku. Otaknya tidak dapat mencerna apa yang cuba di sampaikan ole Prof Liyana di hadapan. Telefon bimbitnya bergetar menandakan mesej whatsapp masuk. Mesej daripada Sarah dibaca sekilas.

'pukul 4.30 petang nanti ada perjumpaan kelab Kembara. Jangan lambat tau.'

Alisa membalas mesej itu sambil tersenyum-senyum.

'Okey,misi untuk stalk crush. Hahahhaa'

Alisa tahu bahawa Asyraf juga bakal berada diperjumpaan nanti sebab lelaki idamannya itu merupakan pengerusi kelab itu, disitulah titik permulaannya mengenali Asyraf dan terjatuh hati tanpa sedar selama dua tahun.

Alisa tersenyum senang tanpa sedar. Dia mengerling jam di pergelangan tangannya yang menunjukkan pukul 12.30 pm. Tidak sabar dia menunggu waktu untuk perjumpaan kelab mereka nanti. Kelab Kembara itu dipilihnya sebagai kelab kokurikulum demi memenuhi jam kredit ijazahnya. Dan semester ini adalah semester terakhir untuk menghadiri kelab itu kerana semester berikutnya mereka sudah tidak perlu mengambil subjek kokurikulum lagi.

Alisa dan Sarah sedang menanti kelibat Fauzan di hadapan pintu dewan kampus mereka. Dari jauh sudah kelihatan Fauzan dan seseorang berjalan kearah mereka. Dahi Alisa berkerut.

"Apa malaun tu buat kat sini ?"

"Malaun? Err.. ohh maksud kau Zarith?" soal Sarah kembali dengan dahinya yang berkerut sebelum kerutan itu hilang setelah memahami maksud Alisa.

"Kau lupa ke yang dia tu timbalan pengerusi kelab ni?'' soal Sarah lagi. Alisa menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu. Sudah tiga semester dia mengikuti kelab ini, sosok lelaki yang di bencinya itu langsung tidak diketahui wujud dalam kelab ini.

"Macam manalah kau nak ingat kewujudan Zarith tu kalau mata kau asyik nak tengok si Asyraf tu je" kata Sarah sambil menggelengkan kepalanya

"Lagipun kalau tak silap aku,Zarith jarang juga datang untuk aktiviti kelab ni. Tapi kali ni dia datang sebab dapat surat amaran dari Madam Mardiah" sambung Sarah lagi. Madam Mardiah yang dimaksudkan adalah penasihat kelab ini. Kali ini Alisa hanya diam tanpa mempedulikan ayat Sarah tadi. Matanya meliar mencari kelibat yang di rindunya. Maklumlah, sudah tiga hari dia tidak melihat lelaki pujaannya itu. Kelibat Fauzan dan Zarith makin mendekati dua gadis itu yang dari tadi masih terpacak di tepi pentas utama dewan.

"Sorry lambat. Jom masuk"kata Fauzan .Sarah mengangguk seraya berjalan seiringan dengan Fauzan. Alisa menurut dari belakang diikuti dengan Zarith. Pelik apabila Zarith hanya berdiam diri dari tadi. Wajah mendung saja yang dipamerkan oleh lelaki itu.

Hmm...selalunya mulut dia tak berhenti nak sakitkan hati aku. Kenapa senyap semacam je hari ni? Mesti sebab kena amaran dari Madam Mardiah ni..padan muka

Alisa sempat mengutuk lelaki itu dalam hati.

Wajah Zarith masih tegang walaupun pada masa itu menyuarat sudah dimulakan dan gilirannya untuk memberi sedikit penerangan tentang mesyuarat mereka petang itu.

"Assalamualaikum dan salam sejahtera"suara garau milik Zarith memberi salam dijawab hampir serentak oleh ahli kelab itu . Alisa memerhati gelagat beberapa orang pelajar perempuan junior yang tersengih-sengih memandang Zarith.

"Handsomenya dia...."kata perempuan yang berambut perang itu manakala kawan-kawannya yang lain menyetujuinya. Alisa memandang Zarith dari jauh sambil matanya di kecikkan sedikit untuk mendapat pandangan yang lebih jelas akan susuk tubuh lelaki itu.

Handsome?uwekkkk....

"Perjumpaan kali ini adalah kerana kelab kita akan mengadakan satu camping pada minggu hadapan . Camping ini merupakan aktiviti wajib kelab kita untuk setiap batch baru.Aktiviti ini akan diadakan selama tiga hari dua malam. Masa dan tempat akan di beritahu kemudian. tapi yang pasti adalah camping ini akan di lakukan pada cuto pertengahan sem nanti iaitu bermula minggu hadapan." sambung Zarith . Suara riuh dari ahli kelab itu jelas kedengaran menunjukkan yang mereka sangat teruja. Apatah lagi mendengar bahawa camping itu akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kampus mereka. Sarah dan Fauzan juga sudah mula memasang angan-angan untuk mengikuti camping itu. Namun Alisa seakan tidak berminat. Jarinya menguis-nguis hujung tali kasutnya menandakan dia tidak berminat.

"Kau pergi tak?" Soal Sarah apabila melihat raut wajah Alisa. Alisa menggeleng malas sambil melepaskan keluhan. "Yang kau mengeluh ni apasal?"Soal Fauzan pula. Alisa menggeleng lagi menandakan tiada apa-apa. Serta merta Fauzan dan Sarah menggelengkan kepala melihat respon Alisa.

"Kau kecewa ke Asyraf tak datang meeting ni?""soal Sarah separa berbisik. Alisa diam sekejap. Jauh di sudut hatinya mengiyakan soalan Sarah. Dia kecewa apabila kelibat pengerusi merangkap jejaka idamannya itu tidak kelihatan di ruang dewan. Belum sempat Alisa membuka mulut, suara Zarith kedengaran bergema sekali lagi.

"Okay, sekarang sesi pengagihan tugasan sepanjang aktiviti camping kita nanti. Saya harap semua dapat menjalankan tugas dengan baik. Sila isi nama di borang ni dan serahkan kepada saya sebelum perjumpaan kita tamat. Sebarang persoalan boleh berhubung dengan saya terus atau ahli jawatankuasa yang lain" Zarith melambaikan sehelai kertas sebelum di beri kepada pelajar lain.

"Jomlah Lisa. Aku nak sangat ikut camping ni. Boleh relax dari segala assignment duniawi ni" kata Sarah sambil mengelipkan matanya di hadapan Alisa. "Malaslah. Aku nak stay rumah je" kata Alisa. Dia ingin  menikmati cuti pertengahan semester itu dengan aman damai. Fauzan menggeleng memandang dua gadis itu sebelum tangannya menyambut kertas yang Zarith beri tadi. Dahinya berkerut selepas matanya menangkap nama Alisa di kertas itu.

"Kata taknak pergi. Apasal nama kau ada dalam ajk Masakan ni?" soal Fauzan. Alisa dan Sarah dua-dua menoleh kearah Fauzan. Alisa merampas kertas di tangan Fauzan itu . Dahinya turut berkerut. Kemudian matanya bertukar arah kepada Zarith yang tersengih-sengih dari jauh memandangnya.

Ni mesti malaun ni yang letak nama aku. Alisa mendengus. Beberapa saat kemudian telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk.

"You are compulsory to go. If not, everyone will know your secret about your crush" mesej daripada Zarith itu membuatkan Alisa mengetap bibir tanda geram.

Ya Allah.. kenapalah rahsia aku mesti bocor kat tangan dia. kenapalah dia tu mesti jadi sepupu kepada jejaka idaman aku?

 Ayat-ayat itu hanya bergema di minda Alisa. Wajah gadis itu sudah berkerut kerana menyumpah di dalam hati. Dalam masa yang sama, Fauzan dan Sarah sudah merasa gembira apabila Alisa turut menyertai program itu. Walaupun dalam keadaan terpaksa.

AKU BUKAN NERD!!!  Where stories live. Discover now