Asyraf menyandar di kerusi yang terletak di balkoni rumahnya. Kepalanya masih pusing memikirkan Alisa. Sejak kejadian malam majlis pembukaan butik ibu saudaranya itu berlangsung, fikirannya asyik melayang kepada Alisa,model malam itu dan Alisa yang dikenalinya. Hatinya kuat mengatakan bahawa mereka adalah orang yang sama. Otaknya masih ligat berfikir jawapan yang di cari, namun hampa. Lantas mindanya mengimbau kenangan di mana pertama kali dia melihat gadis cantik itu beberapa tahun yang lalu. Dia kenal gadis itu. Dia pernah melihat kelibat Alisa di studio milik Datin Julia. Kedengaran seseorang berlari meluru kedalam studio sebelum berdiri di hadapan Datin Julia.Gadis itu memperkenalkan dirinya kepada Datin Julia dengan nafas yang tercungap-cungap.Asyraf memerhati gadis itu yang seperti tidak cukup nafas apabila tiba di dalam studio milik Datin Julia.
"Apasal tercungap-cungap ni? Awak berlari ke?" soal Datin Julia. Asyraf yang duduk tidak jauh dari mereka hanya memerhati gerak geri gadis itu. Dia sengaja melepak di studio itu memandangkan sudah lama tidak bertemu ibu saudaranya . Lagipun, berada di studio itu memberi peluang untuk Asyraf cuci mata melihat model-model Datin Julia. Asyraf tersengih apabila memikirkan niat nakalnya itu sebelum matanya beralih kepada gadis tadi. Di lihat gadis tadi hanya memakai baju kurung berwarna unggu bercorak bunga-bunga kecil dan rambutnya di ikat satu. Terdapat kad pelajar tergantung di leher gadis itu. Muka gadis itu kelihatan berpeluh serta kemerah-merahan. Mungkin sebab berlari tadi. Buku dan beg gadis itu diletak di meja berhampiran Datin Julia.Siapa dia ni? Budak intern Mak ngah ke? Ehh..tapi mak ngah ambik budak praktikal kerja kat studio ni ke? Asyraf bermonolog sendiri. Gadis itu nampak menawan di mata Asyraf. Tanpa sedar, dia seakan tertarik akan gadis itu. Suaranya yang lembut menyapa telinga Asyraf. Wajah ayu itu membuatkan Asyraf masih memerhatinya dari jauh.
" hehe..Saya lari tadi ingatkan dah lambat. Sebab saya baru je habis kelas. " kata gadis itu yang menerangkan sebab dia terlambat. Datin Julia hanya tersenyum sambil menggeleng sebelum bertanyakan tentang kakak kepada gadis itu. Mereka berbual-bual sebentar sebelum hilang ke bilik persalinan.Asyraf tidak dapat menangkap dengan jelas bait kata dua manusia itu.Beberapa ketika kemudian, Datin Julia muncul di hadapan Asyraf bersama beberapa keping kertas yang menunjukkan beberapa gaun serta tulisan-tulisan kecil yang tidak dapat di baca oleh Asyraf.
"siapa tu mak ngah? Budak intern ke?" soal Asyraf. Datin Julia menggeleng.
" One of my model. Just part time here. Dia model kat company lain, tapi mak ngah scout dia untuk my new design" jawab Datin Julia. Dahi Asyraf berkerut hairan. Gadis tadi tidak nampak seperti model pun. Namun Asyraf malas memikirkan hal gadis itu. Dia kembali berbual-bual dengan datin Julia tentang kuliahnya yang baru bermula semester itu, tentang ibu dan ayahnya yang sering keluar negara dan tentang Zarith sefakulti dengannya. Hampir sejam perbualan itu berlangsung, pintu bilik persalinan di buka. Muncul seorang gadis yang memakai wedding dress berwarna hijau lumut di hiasi benang emas di pergelangan busana itu. Terdapat manik-manik yang terjahit di merata bahagian busana itu. Rambut gadis itu di sanggul rapi dan di hiasi beberapa glitter powder berwarna-warni. Make up yang menghiasi wajah gadis itu membuatkan wajah itu lebih berseri. Asyraf terpaku seketika. Gadis yang di lihatnya sebentar tadi dan gadis di hadapannya itu amat berbeza. Gadis tadi memang nampak cantik dan menawan di mata Asyraf. Namun melihat gadis itu sudah berubah rupa hanya dengan olesan make up dan gaun menaikkan lagi seri gadis itu. Asyraf terpaku seketika.Gadis itu berjalan ke arah jurukamera sebelum melakukan beberapa pose. Jurukamera itu asyik menangkap gambar gadis tadi.Asyraf semakin tidak keruan. Belum sempat dia bertanya, Datin Julia sudah membuka mulutnya.
"She is Alisa..oh yeah, she attend the same campus with you.Tapi sekarang dia baru ambil Asasi. Which means, she is younger than you right?"
Asyraf mengangguk sambil matanya masih memerhati gadis itu.
" Lisa, cuba senyum sikit. Like you are in love with someone. I know this is your first time wearing wedding dress but that is how you make the wedding dress looks better..hahaha" kata jurukamera itu sambil berjenaka. Dia cuba membuatkan modelnya selesa bekerja dengannya. Kelihatan Alisa agak kekok apabila di suruh berpura-pura senyum seperti di lamun cinta. Gadis itu termenung sebentar sebelum matanya tertancap pada Asyraf. Mata mereka bertembung. Tanpa sedar, Asyraf melemparkan senyumannya pada gadis itu. Dan gadis itu membalas senyuman lelaki yang tidak dikenalinya itu. Senyuman Alisa surut apabila suara jurukamera itu kedengaran"Good..that smile is what i want" katanya sambil membelek gambar yang di ambilnya tadi. Alisa tersipu malu. Asyraf tergelak kecil.
"Interested huh?" soal Datin Julia dengan senyuman mengusik. Asyraf menggaru kepalanya tanda dia malu.Beberapa hari kemudian Asyraf sering melihat Alisa di sekitar kampusnya. Asyraf juga akan sengaja ke kafe atau perpustakaan untuk pelajar Asasi semata-mata untuk melihat gadis itu. Dia ingin menegur gadis itu namun dia segan. Dari awal pertemuannya sehingga hampir tamat program Asasi gadis itu, Asyraf cuba mengumpulkan kekuatan untuk menegur dan berkenalan dengan gadis itu. Namun, sebulan sebelum cuti semester bermula, Asyraf sudah tidak pernah melihat kelibat gadis itu. Jika ingin bertanya dengan pelajar di situ, satu maklumat gadis itu langsung tidak di ketahuinya melainkan namanya. Alisa. Di kampus ini mahu beratus orang yang berkongsi kan nama itu. Dia juga sudah bertanya kepada Datin Julia akan gadis itu, tetapi Datin Julia berkeras tidak mahu berkongsi apa-apa infor dengannya atas sebab-sebab urusan kerja. Dia tahu Datin Julia amat tegas dalam urusan itu.
Asyraf kecewa.Sehinggalah ke hari ini, di mana dia sudah berada di tahun ketiga pengajian, dia sudah tidak pernah berjumpa dengan gadis itu. Namun, sejak malam pembukaan butik Datin Julia hari itu, gadis yang di carinya selama ini muncul di depan mata. Dia masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa gadis yang dia cari itu adalah orang sama dengan gadis yang dibencinya sejak akhir-akhir ini.
Who are you?
Soal Asyraf di dalam hatinya.
YOU ARE READING
AKU BUKAN NERD!!!
Romanceuntuk mengetahui sinopsis Cerita ini,sila rujuk pada halaman pertama. untuk yang baru mengetahui tentang kewujudan cerita ini,saya sebenarnya dalam proses re-write bab-bab yang saya dah terpadam dahulu iaitu from bab 1 -bab 9. so jangan pelik sebab...