Mata Zarith memandang siling biliknya yang berwarna cream. Kejadian tengah hari tadi benar-benar mengganggu mindanya. Wajah Alisa yang berlinang air mata masih terpapar jelas di mindanya. Keluhan berat sudah acap kali dilepaskan.
Kenapa aku risau sangat ni? Dia just shocked je kot..
Zarith sedaya upaya melupakan peristiwa itu. Selepas kejadian itu,dia terus menghantar Alisa pulang. Sepanjang perjalanan,gadis itu hanya senyap. Zarith juga kaku. Dia ingin membiarkan gadis itu melayan perasaannya sendiri.
Kalaulah aku tak tinggalkan dia sendiri tadi,semua ni takkan jadi.
Zarith mengerling jam dindingnya. Jam menunjukkan pukul 7.45 malam. Telefon bimbitnya di capai dan segera mendail nombor telefon Fauzan.
"Kau kat mana?" soal Zarith apabila panggilannya dijawab oleh Fauzan.
"Aku kat luar ni. Tengah lepak dengan Sarah. Apahal?" soal Fauzan di hujung talian.
"aku nak jumpa kau kejap. Ada benda nak cakap" kata Zarith.
"Aku kat tempat biasa. Kat restoran abang Mat. Come and join us" kata Fauzan sebelum Zarith memutuskan panggilan.
*********************
" apa yang penting sangat kau nak tanya aku?" Soal Fauzan apabila minuman yang Zarith tempah sudah tiba. Zarith menghirup sikit air teh tariknya. Sarah pula hanya memerhati gelagat dua mamat di hadapannya itu.
" Mana Alisa?" Soal Zarith apabila melihat hanya Sarah dan Fauzan sahaja dihadapannya masa itu.
" kau lari ke sini semata-mata nak tanya Alisa kat mana je?" Sarah bersuara.
" taklah. Saja tanya. Korangkan selalu bertiga." Balas Zarith .
"Alisa kurang sihat. Tak tahulah kenapa."balas Fauzan ringkas. Zarith langsung tidak memberitahu Fauzan bahawa tadi pagi dia dan Alisa sudah keluar.
Dia sakit?
Jauh di sudut Zarith,dia risau akan keadaan Alisa.
"Pehal boleh sakit pulak?" Soal Zarith ingin kepastian. Matanya memandang Sarah yang mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Minah tu memang fragile sikit. Senang jatuh sakit" balas Sarah. Fauzan menghirup sedikit airnya sebelum bersuara.
"Alisa tu senang jatuh sakit. Kau kena tahu beberapa perkara tentang minah tu kalau kau nak kawan dengan dia." Kata Fauzan sambil tersengih. Dia membaca raut wajah Zarith yang seakan berminat. Dia kembali menyambung ayatnya.
"First,kau jangan nak buli dia sehingga suruh dia masuk kat tempat sesak. Terutama kat shopping mall" Zarith mengerutkan dahinya mendengar ayat Fauzan. Sarah mengangguk tanda setuju.
" sebab?" Soal Zarith.
"Sebabnya,Alisa dah trauma dengan satu insiden dua tahun lepas. Dia penah kena peras ugut kat celah-celah manusia yang sesak dalam shopping mall. Masa tu,lelaki tu letak pisau kat perut dia. Masa dia luka tu,dia tak cakap pun dengan kitorang. Sampai satu tahap tu ,dia tiba-tiba bleeding. but not that much la. Tapi mampu buat dia kena hospitalized" terang Sarah panjang lebar. Fauzan pula mengangguk sambil mindanya mengingati detik-detik cemas itu.
Zarith seperti teringat insiden di mana dia pernah membawa Alisa ke dalam mall yang sesak. Pada masa itu,wajah gadis itu berubah pucat seperti ketakutan. Mungkin kerana gadis itu teringat akan peristiwa itu.
No wonder lah muka dia macam dah nampak hantu.
" yang kedua,Alisa ni tak tahan sejuk. So,kalau dah kena sejuk,hujan bagai, demam lah jawabnya" jawapan Fauzan mengingatkan Zarith akan Alisa yang pernah menunggunya di dalam library kampus mereka. Memang dia akui,library kampus mereka itu sangat sejuk.
![](https://img.wattpad.com/cover/30491479-288-k960515.jpg)
YOU ARE READING
AKU BUKAN NERD!!!
Romanceuntuk mengetahui sinopsis Cerita ini,sila rujuk pada halaman pertama. untuk yang baru mengetahui tentang kewujudan cerita ini,saya sebenarnya dalam proses re-write bab-bab yang saya dah terpadam dahulu iaitu from bab 1 -bab 9. so jangan pelik sebab...