" we heard everything" kata Sarah. Alisa mengerutkan dahinya. Air sirap yang sudah tinggal separuh itu di teguknya lagi.
"Tentang rahsia kau yang dah pecah di tangan Zarith" kata Sarah sambil menilik raut wajah kawannya itu. Kelihatan wajah tenang itu bertukar mendung. Satu keluhan berat di dengarinya.
"Serius wehh... dalam banyak-banyak lelaki kat dunia ni,apahal malaun tu juga yang tahu rahsia aku dulu?" kata Alisa sambil matanya meliar di segenap kafe kampus mereka yang agak lengang. Hanya beberapa orang pelajar sahaja yang kelihatan termasuk dia dan Sarah. Fauzan pula mempunyai kelas pada pagi itu."dia ugut kau lagi tak ? soal Sarah.
"memang bukan namanya Zarith la kalau tak guna peluang macam tu untuk ugut aku" kata Alisa dengan nada jengkel. Sarah tergelak kecil mendengar ayat Alisa tadi.
"amboi ...yang kau gelak apahal?" soal Alisa pelik. Sarah kembali menutup mulutnya."bunyi macam Zarith tu pernah cuba nak bunuh kau kan? Macam kejam sangat dia tu pada kau" kata Sarah.
"kau mana tahu dalam otak dia yang sekecil mata unta tu ada rancangan apa nak kenakan aku..kot kot dia nak malukan aku kat perjumpaan kos aku nanti ke...kot kot dia heret aku ke sana ke sini dan buat macam macam....kot kot......"
"kot-kot dia ajak kau kahwin keee" pintas Sarah sambil ketawa mengekek. Alisa mengerutkan dahinya.
"apa kau merepek ni Sarah oiii? Kau salah makan ubat ke?'' soal Alisa. Pedih telinganya dengan ayat Sarah tadi.
" kau jangan benci sangat dengan mamat tu. Kang mamat tu buat kau gila bayang sapa tahu kan" kata Sarah sambil tersenyum meleret.
"eeewwwww ....simpang malaikat 44 Sarah oiii...dia bukan taste aku dan sah-sah aku bukan taste dia. So jangan nak berangan" kata Alisa sambil membetulkan kaca matanya yang semakin melurut ke pangkal hidung. Sarah tergelak kecil sambil menggeleng.
"kalau kau bukan taste dia, kenapa dia sanggup back up kau dari kena hina oleh Asyraf dan Azura masa majlis pembukaan butik kak Zahirah last week?" kata-kata Sarah berjaya membuatkan Alisa berkerut tanda tidak faham. Sarah menceritakan semula detik-detik suasana tegang yang berlaku antara Asyraf ,Azura dan Zarith sehingga membuatkan Azura angkat kaki dari majlis itu dengan wajah yang masam. Alisa mendengarnya tanpa perasaan.
"mungkin sebab dia nak Azura hormat majlis mama dia kot. Kan tema malam tu ala-ala Busana Muslimah . Tapi kau tengoklah baju Azura malam tu. Sakit mata okayyy" kata Alisa . Sarah menggeleng apabila sahabatnya itu cuba lari dari realiti.
"btw,kau tak tengok muka Asyraf masa kau kat pentas malam tu.. muka macam tak pernah nampak orang" kata Sarah.
"maksud kau?"
"Asyraf tu macam dah jatuh cinta dengan kau malam tu. Sebab after kau masuk balik ke belakang pentas, dia terjenguk-jenguk ke pentas macam berharap kau masih ada kat situ. Then after majlis malam tu,dia ke belakang pentas semata-mata nak cari kau. Aku pun dapat tahu masa aku dengar dia tanya Datin Julia pasal kau. Dia cakap dia nak jumpa kau kononnya kau kawan dia. So Datin Julia cakap kau ada kat bilik persalinan baju" cerita Sarah panjang lebar. Dahi Alisa berkerut. Dia memikirkan sesuatu.
"amboi..masa aku cerita pasal Zarith tak ada pulak kau nak berkerut bagai. Ni aku buka cerita pasal Asyraf,jitu sungguh kau dengar cerita aku" kata Sarah.
"kau jangan nak merepek. Aku cuma teringat sesuatu okey. No wonder malam tu aku nampak dia masuk dalam bilik persalinan dan tanya tentang Datin Julia. Kau tak tahu masa tu aku takut sangat. Takut dia cam aku wehh" kata Alisa."aku nak tanya kau something ni" kata Sarah. Alisa diam sebentar untuk membenarkan Sarah mengeluarkan soalannya.
"kau masih crush dengan mamat tu ke?" soalan itu sudah acap kali di dengarnya namun Alisa hanya diam. Gadis itu cuba memikirkan perasaan sebenarnya. Setelah satu keluhan besar di keluarkan,barulah Alisa menjawab soalan Sarah itu
YOU ARE READING
AKU BUKAN NERD!!!
Romansuntuk mengetahui sinopsis Cerita ini,sila rujuk pada halaman pertama. untuk yang baru mengetahui tentang kewujudan cerita ini,saya sebenarnya dalam proses re-write bab-bab yang saya dah terpadam dahulu iaitu from bab 1 -bab 9. so jangan pelik sebab...