BAB 8

23 2 0
                                    

Alisa berjalan menuju ke perpustakaan kampusnya. Dia menuju ke tingkat dua di mana terdapat bilik cubicle khas untuk pelajar yang ingin membuat kerja atau mengulangkaji tanpa sebarang gangguan. Dia ingin menyiapkan beberapa tugasan yang perlu di hantar esok. Matanya liar mencari cubicle yang kosong namun hampa. Dari bilik cubicle 1 hingga 13 sudah di penuhi oleh pelajar lain. Kaki Alisa terus melangkah kebahagian belakang perpustakaan itu memandangkan kawasan itu kurang di lalui oleh pelajar dan kurang sejuk berbanding kawasan lain. Alisa melalui beberapa meja sebelum tiba di meja yang kosong bersebelahan dengan tingkap besar menghala jalanraya kampus mereka. Laptop berwarna putih diletakkan di atas meja sebelum mata Alisa membelek nota-nota berkenaan tugasan yang ingin dia siapkan itu. Baru sahaja dia ingin menaip sesuatu di laptopnya itu, matanya tertancap kepada dua orang pelajar yang baru sahaja keluar dari bilik cubicle tidak jauh daripadanya. Matanya dikecilkan sambil otaknya ligat berfikir milik siapakah dua susuk tubuh itu. Dahinya berkerut seketika apabila satu susuk tubuh itu adalah Azura, rakan sekelasnya manakala satu lagi adalah Asyraf.

Wait..what? Asyraf? Azura?

Alisa pelik dan mula tertanya-tanya akan keakraban lelaki idamannya itu dan rakan sekelasnya itu. Kelihatan Azura tertawa senang manakala Asyraf tersenyum sambil melangkah beriringan meninggalkan kawasan Cubicle itu.

Selama ini Asyraf tidak pernah rapat dengan pelajar perempuan tetapi kenapa Azura? 

Alisa mula bersoal selidik dalam hatinya. Dia cuba berfikiran positive mungkin mereka berdua berbincang berkenaan proposal camping mereka. Maklumlah Azura di tugaskan di bawah Asyraf untuk membuat tentative program.

Mungkin sebab tu kot mereka rapat. Tak apalah,janji dapat tengok dia hari ni tanpa sengaja. 

Kata Alisa dalam hati sambil tersenyum-senyum. Namun senyumannya mati apabila teringat bahawa program camping mereka adalah dua hari lagi. Sebarang persiapan langsung tidak di lakukannya. Hatinya kembali panas apabila teringatkan Zarith memaksanya pergi.Siap menguggutnya untuk membocorkan rahsianya kepada orang lain. Alisa menggeleng lemah apabila mengingatkan Zarith. Telefon bimbitnya berdering menandakan panggilan masuk. Nama 'orang gila' tertera di skrin telefonnya.

Speaking of the devil...

"Kau nak apa?" soal Alisa malas seusai menekan butang hijau di skrin telefonnya. Kedengaran Zarith tergelak di hujung talian.

"Wow....relax nerd. Where are you?" soal Zarith.

"Library. Why?" suara Alisa masih kedengaran malas. Malas mahu melayan lelaki itu. Setiap kali berbicara dengan lelaki itu, pasti ada bala yang menunggunya.

"Good. So now I give you about ...15 minutes. Meet me at the parking lot infront Menara Pentadbiran. We have to go and buy the cooking ingredients." Kata-kata Zarith itu terdengar seperti satu arahan. Dahi Alisa berkerut pelik.

"I thought we just cooking? Why do we need to go buy all the stuff? Isn't that what the ajk logistic have to do?" soal Alisa seperti protest. Harini dia sudah merancang menyiapkan segala kerjanya yang tertunggak.

"Memanglah kerja mereka. Tapi bahan masakan kita yang kena sediakan. Ajk logistic kena sediakan barang seperti khemah,camp bed and all that" kata Zarith.

"Tapi aku nak buat assignment aku. Esok dah kena hantar" Alisa masih protest. Zarith mendengus kecil.

"Don't give me excuses. If you don't want to go,it is okay. I am meeting with Asyraf after this. Don't blame me if he knows your secret okay" Zarith mengugut Alisa. Alisa mendengus mendengar ugutan itu.

perangai macam budak-budak. Alisa mengutuk di dalam hati.

"10 minutes" kata Alisa sebelum mematikan panggilan telefon itu. Mejanya dikemas semula. Laptop di sorong masuk kedalam beg bersama buku nota dan kotak pensilnya. Dalam hatinya masih memaki-maki akan ugutan Zarith. Seusai mengemas, laju sahaja dia meninggalkan perpustakaan itu dan menuju ke kawasan parkir kereta. Dalam beberapa minit sahaja Alisa sudah menangkap susuk tubuh Zarith yang bersandar di sebelah kereta Honda milik lelaki itu. Wajah Alisa masam mencuka.

"Takkan kita berdua je?" soal Alisa pelik.Setahunya ajk makanan ada 6 orang. Tetapi yang berdiri di hadapannya ini adalah Zarith sahaja. Zarith mengukir senyuman sinis.

"Yang lain tak dapat datang. Ada kelas. Dahlah,jom gerak. Tak pasal-pasal sangkut jammed pula nanti" Zarith membuka pintu keretanya. Alisa menurut. Perjalanan mereka mengambil masa 15 minit untuk sampai ke destinasi yang di tuju. Dua-dua tidak mengeluarkan sepatah perkataan sepanjang perjalanan. Alisa berasa sungguh aman apabila dalam keadaan begitu. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu berasa sakit hati.

Sampai sahaja ke destinasi pusat membeli belah, Zarith memarkirkan keretanya sebelum keluar dari perut kereta.

"Kita beli barang dekat Giant je laa. Aku nak ke atm jap. Jumpa kat depan Giant" kata Zarith seraya pergi. Alisa menurut dari belakang. Langkahnya makin perlahan apabila tiba di pintu masuk pusat membeli belah itu. Wajahnya pucat. Namun dia cuba melawan perasaan gementar itu. Orang ramai dalam kawasan pusat beli belah itu membuatkan kepala Alisa berpinar. Jantung Alisa berdegup kencang. Bayangan Zarith yang perlahan-lahan hilang di telan oleh sesak orang ramai menambahkan lagi perasaan takut dalam diri Alisa.

Setelah beberapa ketika  menenangkan diri, Alisa perlahan-lahan mengorak langkah menuju ke pasaraya Giant yang tidak jauh dari pintu utama pusat membeli belah itu. Jantungnya masih berdegup kencang. Mindanya sedaya upaya memadam peristiwa yang tidak ingin dikenangnya itu. Seketika kemudian, muncul Zarith di hadapannya dengan dahi berkerut.

"Kau okay ke? Muka pucat macam baru nampak hantu" tegur Zarith. Hairan dia apabila wajah Alisa pucat semacam. Alisa hanya mengangguk. Malas dia mahu mengeluarkan suaranya. Zarith mengangkat bahu menandakan malas mengambil tahu. Dia kemudian menuju ke arah barisan troli yang tersusun rapi di tepi pintu masuk pasaraya itu. Alisa menurut perlahan. Kemudian mereka beriringan masuk kedalam pasaraya itu. Zarith menurut dari belakang Alisa bersama troli. Alisa hanya mendiamkan diri. Tangannya sudah memegang sehelai kertas yang bertulis barang-barang yang perlu mereka beli. Mereka berdua membeli barang-barang yang diperlukan tanpa banyak bicara. Zarith masih hairan dengan kelakuan gadis itu. Diam dan tidak banyak melawan seperti selalunya.

Setelah selesai membayar barang-barang tesebut, Alisa menolak troli mereka dari kaunter itu.

"kita keluar dari pintu sanalah. Aku nak ke kedai laptop tu jap." Zarith memecahkan khayalan Alisa yang menunggunya di luar pasaraya itu. Alisa mengangguk. Dia mengikut langkah Zarith dari belakang. Langkahnya semakin perlahan apabila hampir melewati tandas yang berada di hadapan kedai alat computer yang di maksudkan oleh Zarith. Zarith pula sudah hilang dari pandangan Alisa. Wajah Alisa menjadi pucat lesi. Matanya menjeling seketika tandas yang membawa sejarah kepadanya dahulu. Jantungnya berdegup kencang. Bayangan Zarith sudah tidak kelihatan walaupun kedai computer itu tidak jauh dari tempat dia berdiri.

Tu...Tungguu! Jeritan itu hanya bergema diminda gadis itu. Mata Alisa di pejamkan seketika. Kejadian beberapa tahun yang lalu menerpa mindanya. Alisa menjadi lemas. 

AKU BUKAN NERD!!!  Where stories live. Discover now