bab 23

180 12 3
                                    




                  "There is no way that girl on that night and you are the same person. I might be mistaken" kata-kata Asyraf masih terngiang-ngiang di minda Alisa. Sudah semalaman ayat itu menganggu fikirannya. Dahinya jelas berkerut menandakan dia berfikir dengan serius. Orang ramai yang lalu lalang di kafe kampus mereka,tidak di hiraukannya. Bayang-bayang Fauzan dan Sarah juga masih tidak kelihatan.Sudah sejam dia menunggu di kafe itu untuk pulang bersama-sama mereka.

'dia sudah tahu kah rahsia aku?' soalan itu hanya terdetik d hati gadis itu sejak semalam lagi. Satu keluhan besar dilepaskan. Beberapa minit kemudian, muncul Zarith di hadapannya bersama beberapa fail di letakkan di atas meja. "jommm" kata Zarith. Alias berkerut.

'dahlah datang tak bagi salam, main jom-jom pulak dahh'

"jomm apanya?" soal Alisa. Dahinya yang sedia berkerut bertambah kerutannya.

''lahh...tak check whatsapp ke?Dorang Pojan minta tolong kat aku supaya hantar kau balik"kata Zarith sambil menilik wajah Alisa sebelum beralih ke telefon gadis itu yang tersadai di atas meja. Alisa mengambil telefonnya dengan pantas. Mesej whatsapp yang di terima 15 minit yang lalu di baca dengan pantas.

'Alisa, tak dapat nak jumpa  ngan kau petang ni. Aku dan Sarah kena pergi library. Ada discussion untuk Bahasa dan Komunikasi. Kebetulan aku terjumpa Zarith,kau minta hantar dengan dia pulang je lahh. Sorry...

-Pojan, 6.12 pm-

Mesej daripad Fauzan itu membuatkan Alisa mengeluh. Kalau bukan sebab kereta Myvinya itu pancit tengah jalan pagi tadi, memang tidaklah dia tersadai di kafe ini sejak sejam yang lalu. Dan memang tidaklah dia kena balik ikut malaun dihadapannya ini.

Alisa memandang wajah Zarith sebelum keluhan besar di keluarkan.

"Yang kau dari tadi mengeluh ni apahal?" soal Zarith.

"Aku mengeluh suka hati akulah.Yang kau sibuk apahal?" Alisa menjeling lelaki di hadapannya ini. Zarith menggeleng. Sesungguhnya dia dan minah nerd ni memang tak boleh bersama. Benda kecik pun nak digaduhkan. Jam di tangannya di tilik. Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 pm. Zarith berdiri sambil mengangkat beberapa fail tadi.

"Kau nak ikut aku balik ke tak ni?" soal Zarith kepada Alisa. Alisa diam seketika. Belum sempat Zarith membuka mulut untuk membebel,Alisa segera bangkit dan berjalan di hadapan Zarith.

"cepatlahh..dah lewat dah ni" kata Alisa. Zarith menggaru kepalanya yang tidak gatal.

'jalan macam kena kejar hantu'. Zarith mengekori dari arah berlakang.

                                                *********************************

                         Dalam perjalanan pulang itu,Alisa dan Zarith hanya berdiam diri. Zarith menumpukan sepenuh perhatiannya pada pemanduan. Manakala Alisa hanya memandang ke luar jendela. Memerhati sesak lalu lintas jalan raya pada petang itu. Setelah beberapa lama berdiam diri, Zarith berdehem.

"aku nak singgah beli barang jap. Kau kesah ke tak ni?'' soal Zarith. Alisa kembali menegakkan duduknya. Wajah Zarith di jelling sekilas.

"Tak kesah. Kereta kau. Aku menumpang je" kata Alisa. Zarith kembali diam. Malas mahu mengulas. Kata-kata minah nerd itu ada juga betulnya. Aliss perasan yang mereka sudah memasuki kawasan Pasaraya Giant. Mujur sahaja pada masa itu tidak ramai yang mengunjungi pasaraya itu kerana kawasan parking kereta agak lengang. Zarith memarkirkan keretanya tidak jauh dari pintu utama pasaraya itu. Mereka beriringan memasuki pasaraya itu. Zarith mengambil sebuah troli sebelum melangkah ke bahagian makanan segera. Alisa berkerut apabila melihat Zarith mengambil beberapa bungkus Maggie dan makanan segera yang lain.

AKU BUKAN NERD!!!  Where stories live. Discover now