Setelah seminggu berlalu,Alisa langsung tidak pernah mengangkat panggilan daripada Zarith jika lelaki itu ingin menyuruhnya melakukan sesuatu seperti yang selalu di buatnya sewaktu rahsia tentang perasaannya belum tebongkar. Kali ini,dia berani mengingkar arahan lelaki itu. Alisa mengemas buku-bukunya setelah selesai sahaja kuliah pada petang ini. Dia mahu segera pulang ke rumah. Sememangnya hari itu dia berasa penat yang teramat. Semalaman dia menghabiskan masanya untuk mengulangkaji kerana hari ini pensyarah mereka mengadakan kuiz.
Alisa menoleh apabila hidungnya menghidu colegene lelaki. Dia terkejut apabila Zarith sudah duduk di sebelahnya. Alisa kembali mengemas alat tulisnya yang bertaburan di meja itu. Malas dia mahu melayan kerenah lelaki itu. Setelah lima minit menyepi,Zarith menendang kaki meja Alisa menyebabkan gadis itu menoleh memandangnya dengan muka berang.
''Kau nak apa?" Soal Alisa rimas. Dia memeluk tubuh memandang Zarith.
Rasa nak tumbuk je muka jantan ni!
'' kenapa tak angkat call aku?" Soal Zarith.
''Kau datang sini semata-mata nak tanya soalan tu je ke?" Alisa kembali menyoal. Zarith mendengus kasar.
''Denda kau masih berbaki dua minggu lagi kau tau tak. Banyak benda lagi aku nak suruh kau buat'' kata Zarith. Alisa mengeluh kasar. Sungguh dia rasa menyesal kerana pernah bertaruh dengan lelaki itu dahulu.
''Kalau aku tak nak buat?" Wajah Zarith di pandang sekilas sebelum matanya kembali pada beg sandangnya.
''Takkan kau ni perempuan yang tak pegang pada janji kot?"
''Kau tu lelaki yang pegang pada janji ke?'' Soal Alisa kembali. Kalau bukan kerana Zarith memberitahu Adin tentang perasaannya terhadap Asyraf,sudah tentu hidupnya aman damai. Ini tidak,sejak pulang dari perkhemahan itu,ramai yang memandang sinis terhadap dirinya. Ada juga yang 'baik hati' memberikan Alisa cermin sebagai hadiah tanpa sebab. Kononnya nak sedarkan Alisa bahawa dirinya tidak layak untuk menyukai Asyraf mahu pun mana-mana lelaki di kampus mereka.
Tinggi sangatkah darjat lelaki itu?
''Aku tak pernah pula berjanji nak simpan rahsia kau selama ni kan'' kata Zarith sinis. Alisa mendengus kasar. Pada waktu itu otaknya sudah membayangkan ada tukul yang menghempuk kepala Zarith biar hancur lumat macam dalam cartoon tu. Kalau lelaki itu sudah lumat,senang sikit dia pijak,bakar dan buang ke laut.
Emmm..kejam sangat ke tu?
''Apa-apa sajalah. Malas aku nak layan lelaki tak guna macam kau ni'' kata Alisa. Beg sandangnya di rangkul bersama buku-bukunya. Laju sahaja dia keluar dari dewan kuliah itu tanpa memandang Zarith. Jika dia berlama-lama di situ,hatinya pula yang akan lumat mendengar setiap kata-kata Zarith itu. Zarith tidak sempat menghalang pemergian Alisa apabila telefon bimbitnya berbunyi menandakan panggilan masuk. Nama Maria,teman wanitanya yang entah ke berapa terpapar di skrin telefon bimbitnya. Mereka berdua sudah berjanji untuk makan malam bersama. Zarith berdiri untuk pergi tetapi matanya tertancap pada satu objek yang berada di meja Alisa tadi. Telefon gadis itu menarik perhatiannya.
Cuai betul minah ni..tu laa..nak sangat lari dari aku kan.
Zarith melangkah pergi tanpa menghiraukan telefon bimbit Alisa itu.
Itu bukan urusan aku. Buat apa aku nak simpan telefon dia. Minah tu yang cuai.
Dia sibuk berbual-bual dengan Maria di hujung talian. Sampai sahaja di luar dewan kuliah itu,kakinya berpatah balik ke dalam dewan kuliah itu.Telefon Alisa di ambil lalu di masukkan ke dalam koceknya.
******
Zarith menyimpan kopiahnya di meja belajar. Dia baru sahaja menunaikan solat isyak. Matanya tertancap pada telefon bimbit milik Alisa yang tertinggal di dewan kuliah petang tadi. Dia mengambil, telefon itu sebelum di bawa ke katil. Butang power ditekan. Gambar Alisa bersama Sarah muncul di skrin telefon bimbit itu.

YOU ARE READING
AKU BUKAN NERD!!!
Romanceuntuk mengetahui sinopsis Cerita ini,sila rujuk pada halaman pertama. untuk yang baru mengetahui tentang kewujudan cerita ini,saya sebenarnya dalam proses re-write bab-bab yang saya dah terpadam dahulu iaitu from bab 1 -bab 9. so jangan pelik sebab...