bab 11

217 13 1
                                    

Zarith memandang kelibat Alisa yang melaluinya. Gadis itu sedang membetulkan kaca matanya yang tebal itu sebelum berlalu ke arah dapur. Suasana kawasan perkhemahan itu sunyi kerana pelajar-pelajar lain sedang mengikuti aktiviti junggle tracking. Hanya Alisa,Zarith,Dayang dan Adin yang tinggal di situ. Mereka di tugaskan untuk menyiapkan makanan tengahhari.

Alisa membantu Dayang membersihkan sayur kobis sebelum memotongnya untuk di tumis nanti. Zarith hanya memerhati Alisa yang seakan-akan tidak sedar kewujudan lelaki itu di situ. Alisa berura-ura mahu ke khemahnya untuk mengambil telefon bimbitnya. Matanya bertembung dengan mata milik Zarith yang sedang merenungnya. Bukan dengan renungan tajam,tetapi hanya satu renungan yang alisa sendiri tidak dapat tafsirkan. Alisa melarikan pandangannya seperti tiada apa-apa yang berlaku. Melihat muka Zarith sahaja sudah membuatkan bencinya membuak-buak. Zarith pula berasa pelik apabila Alisa melarikan pandangannya tadi. Selalunya gadis itu akan menjeling tajam atau membuat mimik muka,kali ini Alisa hanya membuat muka tanpa perasaannya seolah-olah tidak melihat kelibat Zarith di situ.

Apahal dengan minah nerd tu?

Alisa kembali ke kawasan dapur bersama handphone di tangannya. Hampir sahaja langkahnya terhenti apabila melihat Zarith sedang berdiri di sebelah baku sayur kobis itu. Alisa melangkah perlahan-lahan berharap yang lelaki itu segera beredar. Dia berpura-pura memeriksa telefon bimbitnya apabila Zarith seperti tidak mahu beredar.Segera Alisa menukar arah laluannya ke arah Adin yang sedang sibuk membersihkan ikan di kawasan berhampiran tangki air itu. Mujurlah kawasan perkhemahan itu lengkap dengan kemudahan asas,tidak perlulah mereka bersusah payah untuk ke kawasan air terjun yang terletak 500 meter dari tapak perkhemahan mereka hanya untuk mandi atau mengambil air. Adin memandang pelik apabila Alisa sudah duduk mencangkung di sebelahnya.

''Kerja kau bukan potong sayur ke?" Soal adin. Alisa merampas ikan-ikan yang berada di tangan Adin.

''Biar aku sajalah yang siang ikan ni. Boleh ke" soal Alisa tanpa memandang wajah Adin. Adin membetulkan kaca matanya.

''Kau series? Aku memang dah tak boleh handle bau ikan ni. Kalau kau nak aku pergi potong sayur tu,aku ok je'' kata Adin. Alisa mengangguk. Pantas Adin bangun meninggalkan Alisa. Alisa menyumbat telinganya dengan earphone. Dia mahu menghiburkan hatinya dengan mendengar lagu sambil menyiang ikan.

Taklah mati kebosanan aku menghadap ikan-ikan ni. Meh sini ikan...aku siang kau bersih-bersih.

Alisa tersenyum sendiri. Lagu Almost dari Jessica SNSD itu sedang bermain di telinganya. Tanpa sedar,dia turut menyanyi lagu itu secara perlahan.Hampir 15 minit dia mencangkung di situ,barulah kerjanya siap. Dia berdiri sambil merenggangkan otot kakinya yang bagai nak cramp pada masa itu sebelum dia mengangkat besen besar yang berisi ikan yang sudah siap di siang itu. Baru sahaja dia mahu membuka beberapa langkah, terasa dirinya tidak stabil dek besen yang berat itu di campur dengan kakinya yang sakit akibat mencangkung terlalu lama. Alisa cuba menstabilkan dirinya apabila seseorang telah memaut lengannya. Kalau bukan pautan itu,sudah pasti Alisa menyembah bumi bersama-sama ikan sebesen itu. Alisa memandang ke arah orang yang menyelamatkannya tadi.

Zarith!

''Thanks'' kata Alisa ringkas sebelum berlalu pergi. Zarith berasa pelik seketika.

Apasal dengan minah nerd tu,biasanya dia dah maki hamun dah aku. Zarith menggaru kepalanya yang tidak gatal seraya menuju ke kawasan tangki untuk menyuci tangannya.

''Alisa!" laung Zarith. Alisa menoleh apabila lelaki itu memanggil namanya. Alisa mendekati Zarith yang sedang duduk bersenang lenang bersama Adin di meja makan itu.

''Apa hal?" Soal Alisa. ''Kau pergi buang sampah tu. Dah betimbun dah aku tengok'' kata Zarith. Dia masih mahu membuli gadis itu walaupun dia tahu gadis itu bukan dalam mood yang baik. Alisa mengerutkan dahinya
Apasal aku pulak?aku sibuk kat dapur tu juga yang kau panggil. Apahal tak suruh Adin je? . Alisa memandang Adin seketika sebelum matanya jatuh kepada plastik-plastik sampah yang banyak itu.

''Okay'' jawab Alisa ringkas. Malas dia mahu bertekak dengan Zarith. Nanti dia juga yang sakit hati.Alisa mengorak langkah menuju ke arah lima beg plastik besar yang sudah penuh dengan sampah. Adin bangun untuk membantu Alisa tetapi segera di tegah oleh Zarith.

''Biarkan dia. Dia boleh handle sampah-sampah tu'' kata Zarith. Adin diam memerhatikan Alisa yang sedang berusaha mengangkat satu beg plastik sampah. Apabila plastik itu mencecah bahunya,plastik itu telah terkoyak dengan sendririnya dan menyebabkan Alisa bermandi dengan sampah. Zarith tergelak melihat situasi itu. Begitu juga Adin. Dayang yang memerhati dari jauh hanya mengucap panjang sebelum turut mentertawakan Alisa. Alisa berasa malu dan geram pada masa itu.Baju dan tudungnya sudah terlekat beberapa tulang ayam dan sisa-sisa makanan yang lain. Zarith masih tidak mampu berhenti daripada ketawa.

That ugly girl deserve that.

Alisa berlalu menuju ke arah khemahnya tanpa sebarang kata sebelum menuju ke tandas untuk membersihkan dirinya dan menukar pakaian. Dia menggigit bibirnya cuba menahan sebak. Sekali lagi,lelaki itu berjaya memalukannya d hadapan pelajar lain. Alisa menghitung hari yang tinggal untuk menjadi hamba abdi Zarith. Sabar Alisa. Tinggal 23 hari sahaja lagi dia boleh buli kau. Sabar je...

Seminggu menjadi hamba abdi Zarith betu-betul menyeksakannya. Alisa mengeluh perlahan. Kenapa juga aku memandai pergi terima cabaran dia tempoh hari?

Alisa mengetuk kepalanya beberapa kali menandakan dia marah dengan dirinya.

''Tak baik kau gelakkan dia macam tu'' tegur Adin apabila melihat kelibat Alisa menuju ke kawasan khemah perempuan. Zarith berdehem seketika untuk menghentikan sisa tawanya.

''Apasal pulak tak baik?" Soal Zarith sebelum menyambung .

''She deserve it" kata-kata Zarith membuatkan Adin berkerut.

''Kau ada masalah dengan minah tu ke?" Adin menyoal lagi. Zarith menggeleng.

''Aku just nak sedarkan dia yang dia tak layak untuk simpan perasaan dengan orang yang tak setaraf dengannya.''

''Dia suka kau ke?" Zarith menggeleng.

''Kalau dia suka aku,dah lama aku bunuh dia. Seram doh muka buruk macam tu nak suka kat aku''kata Zarith angkuh. ''Habis tu?"

''Asyraf. Our leader''

Dan mulut Adin pun terlopong...

AKU BUKAN NERD!!!  Where stories live. Discover now