Selepas apa yang menimpa kakak sulungnya,Alisa menjadi takut untuk berdekatan dengan mana-mana lelaki. Zahirah Farhana,seorang model yang terkenal di Malaysia kerana mempunyai bentuk tubuh yang cantik serta rupa paras yang menarik. Dek kecantikan itu jugalah masa hadapannya hamper musnah. Dia ampir di nodai olh tunangnya sendiri,Farid.
Pada waktu itu,Zahirah dan teman-temannya sedang meraikan malam tahun baru di rumah Farid. Pada malam itu jugalah Zahirah telah di paksa untuk masuk ke bilik oleh tunangnya itu. Mujur sebelum itu,Zahiah sempat menghantar esej kepada adiknya,Alisa.
Flashback
"tolong akak..pergi rumah Farid sekarang. Farid paksa akak stay,akak nak balik sekarang. Akak tak sedap hatilah." Pesanan ringkas itu di terima oleh Alisa yang sedang sibuk mengulangkaji pelajaran. Dahi Alisa berkerut membaca mesej kakaknya. Mesej kedua dari kakaknya diterima .
"cepat dik,Farid asyik suruh akak masuk bilik dengan dia. Akak tak nak. Suzanne dan Cathrine dah mabuk dah ni.Akak takut". Rasa kesal terbit di hati Zahirah untuk mengikuti teman-temannya mengadakan parti di rumah Farid.
Alisa segera mendapatkan ayahnya untuk mengambil kakaknya. Setelah menceritakan hal yang sebenar kepada Dato Yusoff,mereka segera menuju ke rumah Farid.
Setelah 15 minit memandu,Alisa telah tiba di rumah Farid.Rumh bangle dua tingkat itu kelihatan gelap. Alisa memasuki rumah itu dengan mudah kerana pagar utama dan pintu utama tidakberkunci. Alisa mengucap panjang apabila melihat Suzanne dan Cathrine sudah terlentang di ruang tamu bersama kekasih masing-masing. Dato Yusoff pula sudah merempuh pintu bilik utama yang terletak di tingkat atas. Kelihatan Zahirah sudah menangis teresak-esak manakala Farid yang sudah menanggalkan bajunya ,terkejut melihat Dato Yusoff di pintu bilik dengn wajah yang menahan marah. Zahirah memeluk Alisa yang baru tiba di bilik itu. Alias yang terkejut melihat kakaknya yang kusut masai,membalas pelukan kakaknya.
Sejak hari itu Alisa sudah mula menjauhkan diri dengan mana-mana lelaki. Dia sentiasa terbayang akan kejadian yang menimpa kakaknya. Dan sejak itu jugalah dia mula mengubah penampilannya agar tiada seorang lelaki pun yang mahu mendekatinya .Zahirah pula telah memutuskan hubungannya Farid dan telah berhenti menjadi model di syarikat Farid dan memulakan kerjayanya sebagai pereka fesyen dan mempunyai butik sendiri.
YOU ARE READING
AKU BUKAN NERD!!!
Lãng mạnuntuk mengetahui sinopsis Cerita ini,sila rujuk pada halaman pertama. untuk yang baru mengetahui tentang kewujudan cerita ini,saya sebenarnya dalam proses re-write bab-bab yang saya dah terpadam dahulu iaitu from bab 1 -bab 9. so jangan pelik sebab...