bab 15

205 9 2
                                    


''Beb,baju ni ngam tak?'' Soal Sarah kepada Alisa sambil menghulurkan gaun berwarna merah dihiasi dengan corak bunga ros pada bahagian skirt gaun itu. Alisa menilik seketika baju itu sebelum mengangguk. Sudah dua jam mereka berkeliaran di pusat membeli belah itu,namun hanya gaun merah itu sahaja yang menarik perhatian Sarah.
''Yang ini okey rasanya. Kau cubalah dulu. Kot-kot tak muat . Yelah,kau tu makan bukannya boleh control'' usik Alisa. Sarah mencebik geram sebelum mengetuk kepala Alisa dengan hanger baju. Belum sempat Alisa membalas,Sarah sudah menghilang di sebalik fitting room. Alisa hanya mendengus.
Alisa menelek jam di pergelangan tangannya. Jam sudah menunjukkan pukul 2 petang. Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum majlis kakaknya di mulakan. Kalau bukan Sarah yang merengek untuk meminta Alisa mencari baju,sudah tentu Alisa sedang bermalas-malasan di biliknya ketika ini. Namun,kalau dia menolak permintaan Sarah,sudah tentu gadis itu tidak mahu hadir ke majlis kakaknya dengan alasan tak ada baju yang sesuai untuk di gunakan.

''Nerd!" hampir tercabut jantung Alisa apabila ada suara yang begitu dekat dengan telinganya.Alisa menoleh untuk melihat gerangan yang mahu membuat Alisa sakit jantung tadi. Gadis itu berundur beberapa tapak apabila susuk tubuh Zarith seakan dekat dengan dirinya. Jejaka itu sedang berpeluk tubuh sambil menyandar di dinding.
''Kau buat apa kat sini?" Soal Zarith.
''Kau tak nampak ke aku tengah cuci kain ni?" jawab alisa sinis. Zarith tersenyum mengejek.

Kenapalah aku boleh terjumpa mamat ni kat sini!!

Zarith memandang gadis itu yang sedang berkerut seribu. Entah kenapa sejurus melihat Alisa di kedai itu,langsung sahaja dia menelefon Maria,teman wanitanya untuk membatalkan temu janji mereka.
''Kau nak apa?'soal Alisa dengan nada malas
''Lawat hamba sendiri pun tak boleh ke?" Kata Zarith seakan menyindir. Alisa mencebik geram
''Aku cuma nak ingatkan kau bahawa kontrak kau tinggal seminggu lagi. '' sambung Zarith lagi. Alisa mengeluh apabila teringat kontrak-hamba-abdi antara dia dan Zarith.
''Tahu. Dan aku tak sabar nak habiskan masa seminggu tu. Meluat aku tengok muka kau'' kata Alisa. Belum sempat Zarith membalas,Sarah muncul sambil membawa baju yang ingin di belinya tadi.
''Ehh,kau pun ada kat sini Zarith'' tegur Sarah. Dia dapat merasakan suasana dingin antara Alisa dan Zarith.
Zarith menjeling gaun yang berada di tangan Sarah.
'' kau nak ke majlis apa-apa ke Sarah?" Soal Zarith. Sarah mengangguk ''aku ada majlis nak pergi malam ni''
terang Sarah ringkas. Mulut Zarith membentuk ''O'' menunjukkan dia faham. ''Emm,kau dah habis shopping ke?" Soal Zarith lagi.
''Dah. Apasal?" Soal Sarah. Zarith menjeling Alisa yang hanya berdiam diri tadi sebelum matanya beralih semula kepada Sarah.
''Aku nak pinjam hamba aku dari kau pulak petang ni.'' Kata Zarith sejurus merujuk kepada Alisa yang sudah melopong.
''Errr...kena tanya tuan punya badan la dulu'' kata Alisa. Alisa menepuk dahinya.
Apa punya jawapanlah yang kau bagi tu sarah oii...cakap la kita ada plan lepas ni walaupun hakikatnya tak ada sebenarnya.
'' aku busy.....'' belum sempat Alisa bercakap,Zarith memintasnya.

''Tuan punya badan mesti setuju punya. Jangan risau. Kalau macam tu,kami jalan dululah. Bye Sarah'' kata Zarith seraya menarik pergelangan tangan Alisa.

Bala..oh...bala....

Alisa dan Zarith pun melangakah pergi sambil di perhatikan oleh Sarah yang sedang ternganga memerhati gelagat mereka berdua.

****************

''Lepaslah'' Alisa merentap pergelangan tangannya dengan kasar apabila dia sudah di heret sejauh 100 meter dari kedai pakaian yang di kunjunginya bersama Sarah tadi.
Zarith menjeling pergelangan tangan Alisa yang sudah bertukar warna akibat cengkamannya tadi.
''Kau nak bawa aku ke mana? Nak putus dah tangan aku ni'' kata Alisa sambil mengusap pergelangan tangannya. Zarith mencebik. ''Hiperbola sungguh kau. Ikut je lah aku nak ke mana'' kata Zarith sedangkan dalam hatinya sendiri dia tidak pasti mahu ke mana. Dia tidak mahu pulang ke rumah kerana ibunya pasti menyuruhnya menghadiri majlis malam ini sedangkan Zarith langsung tidak berkeinginan untuk pergi. Dia juga langsung tiada mood untuk keluar dengan teman wanitanya yang selonggok itu.

''Kenapa kena bawa aku?bukan kau penah cakap yang aku ni memalukan ke kalau berjalan dengan kau?" Kata Alisa sinis. Teringat akan kata-kata Zarith tempoh hari sewaktu mereka bersama-sama membeli barang untuk camping.
''Kau kan hamba aku. Yang kau banyak songeh ni apasal?takut jatuh cinta ke jalan berdua dengan aku?" Zarith cuba mengusik Alisa.

Alisa mencebik ''kau tak risau ke saham kau jatuh?mana semua girlfriends kau yang selalu kau usung ke hulu ke hilir tu?" Soal Alisa pula.

Pelik kerana Zarith masih sudi keluar dengannya sedangkan banyak lagi gadis pilihan di luar sana.
''Yang kau nak sibuk apasal? Suka hati lah aku nak keluar dengan siapa. Yang pasti hari ni aku keluar dengan hamba abdi aku'' sejurus ayat terakhir itu habis,Zarith mempamerkan senyuman manis yang di buat-buat di hadapan Alisa. Sakit sungguh hati Alisa pada masa itu.

Belum sempat Alisa membalas,telefon Zarith berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Zarith mengangkat panggilan itu setelah meneliti pemanggilnya. Alisa mengorak langkah untuk meninggalkan Zarith. Dia tidak mahu di tuduh mencuri dengar perbualan lelaki itu dengan girlfriendnya. Namun,belum sempat dia melangkah,tangannya sudah di tarik oleh Zarith.
''Teman aku cari baju'' kata Zarith sambil megheret Alisa berjalan menuju ke butik.

Alisa mengeluh. Hari ni memang hari mengeheret sedunia ke? Alahai lah nasib.....

AKU BUKAN NERD!!!  Where stories live. Discover now