bab 24

91 4 2
                                    


                    "Thanks" kata Alisa apabila kereta milik Zarith berhenti di hadapan rumahnya. Zarith mengangguk perlahan. Dia memandang Alisa yang sudah membuka pagar utama rumahnya sebelum menguncinya kembali. Selepas Alisa selamat masuk ke dalam rumah,barulah Zarith menghidupkan enjin keretanya dan beransur pergi. Sedikit senyuman tergaris di bibirnya apabila teringat akan kejadian tadi di mana soalannya berjaya membuatkan Alisa terkedu. Dia tahu ayatnya itu sudah biasa di ucapkan pada teman wanitanya yang lain,namun reaksi Alisa membuatkan dia terhibur dan senang mengusiknya. Tidak seperti wanita lain yang sudah terkinja-kinja teruja apabila Zarith mengucapkan ayat itu. Senyuman Zarith terhenti apabila dia perasan akan sebuah kereta Honda yang seakan dikenalinya tidak jauh dari rumah Alisa. Dia memandang sekilas sahaja sebelum meneruskan perjalanan.

'I might be mistaken. Bukan dia sorang sahaja pakai kereta tu'

                                   Asyraf memerhati Alisa dari jarak tidak jauh dari rumah gadis itu. Dia cam kereta yang menghantar gadis itu. Kereta itu milik sepupunya,Zarith. Dahinya berkerut kerana sejak akhir-akhir ini,Zarith seakan rapat dengan Alisa sedangkan sepupunya itu mempunyai citarasa wanita yang sangat tinggi. Lihat sahaja teman-teman wanitanya,tidak standing Alisa. Namun semua tanggapan Asyraf berubah kerana satu kejadian. Kejadian dimana dia menjadi ragu-ragu dengan Alisa yang dikenalinya. Alisa yang pernah menyimpan perasaan terhadapnya. Alisa yang pernah menjadi bahan hinaan Asyraf dahulu. Bayangan malam pembukaan butik Datin Julia beberapa hari yang lalu menganggu fikirannya. Dahi Asyraf  berkerut.

        

                          Asyaraf berniat untuk ke tandas namun langkahnya terhenti tidak berapa jauh dari kumpulan sahabat handai Datin Julia yang juga antara pelanggan serta pemilik butik di Kuala Lumpur. Asyraf mengenali mereka kerana sering melihat para Datin itu menghadiri majlis-majlis yang di adakan di rumah Datin Julia. namun,isi perbualan mereka itu yang berjaya menangkap telinga Asyraf.

"the last dress was really pretty. I was amazed that the designer is Zahirah. She do have talent. " puji Datin Laila.

"don't talk about the dress, even the model was pretty. Who was she? I feel like familiar with that face" soalan Datin Rina menarik perhatian Asyraf . Ya,dia sendiri ingin mengetahui siapa gadis itu. Wajah gadis itu begitu menarik perhatiannya. Dia begitu kagum dengan model yang terakhir itu.

"memanglah familiar. Dia tu adik kepada Zahirah. She was a model before but now I don't know. This is the first time I saw her after such been a while" kata Datin Laila. Datin Laila merupakan CEO kepada salah satu syarikat majalah di Malaysia ini. Oleh sebab itulah banyak model yang dia kenal dan tahu serba sedikit.Datin Rina seakan berfikir sesuatu sebelum mulutnya membentuk huruf O seperti teringat sesuatu.

"you mean Alisa? Bukan dia ke yang duduk kat meja VVIP tadi?" soal Datin Rina apabila semasa sebelum pembukaan majlis tadi,dia sempat berbual dengan Zahirah sebelum datang seorang gadis yang memperkenalkan dirinya sebagai adik Zahirah.

"maybe dialah orang yang you maksudkan tu." Kata Datin Laila. Asyraf terkejut mendengar perbualan itu. Setahunya meja VVIP hanya ada tiga buah meja. Hanya meja mereka sahaja yang diisi dengan orang-orang muda. Nama Alisa yang di sebut sebentar tadi menganggu fikirannya.

" but that model and the girl that I met before were totally different. That model was pretty so I can understand if you said that she is Zahira's younger sister. But the other one was a bit..emmm...Because she was wearing a spectacle with braces. I put it simple,she was a bit ugly " kata Datin Rina. Asyraf makin mengesyaki Alisa yang dikenalinya.

"I don't know. Maybe she has a reason to do so. Who knows" ayat dari Datin Laila itu merupakan ayat terakhir yang didengari oleh Asyraf apabila kakinya mula bertukar arah melangkah menuju ke bilik persalinan. Dia melihat seorang gadis yang membelakanginya seperti mencari sesuatu di sekitar bilik itu. Dari refleksi cermin itu, Asyraf cuba menidakkan bahawa gadis itu adalah Alisa yang dikenalinya kerana wajah mereka langsung tidak seiras. Gadis yang dilihatnya sekarang amat cantik dengan kulit yang putih bersih berbanding dengan Alisa yang dikenalinya yang mempunyai kulit yang agak gelap. Asyraf mengumpul kekuatan untuk mengetuk pintu bilik itu. Dia mengetuk pintu beberapa kali sebelum membuatkan gadis itu berpusing dan mempamerkan wajah terkejutnya.

"err...sorry ganggu you,saya nak tanya, nampak Datin Julia tak?" soal Asyraf berpura-pura menjadikan Datin Julia sebagai alasan dia mengganggu gadis itu. Dia ingin mendengar suara gadis itu untuk mendapatkan kepastian. Dia memberikan sedikit senyuman kepada gadis itu. Kelihatan gadis itu sedikit gelabah.

Gadis itu hanya menggeleng sebagai membalas persoalan Asyraf. Asyraf sedikit kecewa namun tidak di tunjukkan.

"ooo..okay thanks" kata Asyraf sebelum membelakangi gadis itu. "btw,saya Asyraf. Anak saudara Datin Julia and you are really beautiful" ayat itu terkeluar dari mulut jejaka itu sebelum dia berlalu pergi. Sesungguhnya dia kagum melihat gadis tadi namun fakta bahawa Alisa yang jengkel di pandangan matanya dan gadis tadi mungkin adalah orang yang sama menganggu fikirannya. Oleh itu dia berniat untuk mengekori gadis itu sehingga kerumah. Dia sedikit terkejut apabila semasa kereta gadis itu rosak,Zarith datang memberikan bantuan. Sepupunya itu menghantar gadis itu sehingga ke pagar rumah.

Lamunan Asyraf terhenti apabila deringan di telefon bimbitnya mengganggu fikirannya yang melayang tentang Alisa sebentar tadi. Nama Azura terpapar di skrin telefon bimbitnya. Asyraf melepaskan keluhan besar sebelum menjawab panggilan itu.

"baby,where have you been? I did whatsapp you and you didn't even read it" soal Azura dengan nada manjanya.

"sorry babe..i ada kerja tadi. " kata Asyraf dengan nada malas.

"its okay. Btw, Kak Zati,wedding planner kita dah jumpa dress yang I nak tu. So esok,jom kita pergi tengok dress tu. I dah tak sabar nak tengok ..." kata Azura dengan nada gembira. Asyraf mengeluh berat.

"babe, I cannot accompany you tomorrow. I have meeting. Till midnight" Asyraf memberikan alasan bahawa dia sibuk dengan mesyuarat program mereka. namun tu semua hanyalah alasan. Azura sedikit kecewa.

"fine... " Azura sengaja membuat suara merajuk supaya Asyraf memujuknya. Namun, Asyraf hanya mengucapkan sorry dan mematikan talian . Azura sedikit terkejut.

5 minit kemudian,Asyraf menerima mesej whatsapp dari Baharudin, kawan sekelab taekwondonya. Beberapa keping gambar aktiviti sewaktu mereka berkhemah hari tu di muat turun. Baharuddin meminta cadangan tentang gambar mana yang elok untuk di lampirkan dalam majalah kelab mereka. Asyraf menilik satu persatu gambar sebelum matanya tertancap pada satu gambar dimana Alisa sedang membuat unggun api tanpa menggunakan kaca matanya. Wajah gadis itu menjadi kotor dek debu kayu itu. Entah kenapa dia rasa Alisa comel pada masa itu. Tiba-tiba Asyraf menggelengkan kepalanya dengan harapan dapat membuang perasaannya pada Alisa. Gambar yang di pilih itu di hantar semula pada Baharuddin. Baharuddin membalas mesej Asyraf dan membuatkan Asyraf terkejut.

"kau pilih gambar ni sebab ada Azura ke? Hahhaha.. btw, nice choice" -Baharuddin

Sesungguhnya Asyraf tidak perasan akan kewujudan Azura dan beberapa ahli lain sedang bercekak pinggang dan tersenyum menghadap kamera di dalam gambar itu. Sewaktu dia mendapat gambar itu, wajah Alisa yang menangkap pandangan matanya dahulu.

"what happen to me?" Asyraf segera memandu pulang dengan keadaan tidak tenteram. kepalanya bergema dengan ayat-ayat hinaan yang di lemparkan kepada Alisa dahulu. Rasa menyesalnya menjadi tinggi.

AKU BUKAN NERD!!!  Where stories live. Discover now