bab 3

176 13 0
                                    


                "bodoh punya lelaki. Buat menyemak je kau kat kampus ni. Belagak bagus. Kau memang nak kena dengan aku kan. Tak apa...hari ni hari kau,esok-esok hari aku.siap kau aku kerjakan."bebel Alisa seorang diri. Bergema suaranya di tandas itu. Tangannya ligat membersihkan tudungnya yang kotor hasil 'buatan tangan' Zarith yang menumpahkan air tembikai di bajunya dengan sengaja. Mengingatkan lelaki itu,makin sakit hatinya. Sarah memerhati gelagat kawan baiknya yang sibuk membersihkan tudungnya.

''siapa suruh kau lawan cakap mamat tu?kau kan tahu yang Zarith tu orang berpengaruh kat sini,yang kau nak tunjuk belang apasal?" soal Sarah yang secara tidak langsung menaikkan amarah Alisa.

''habis,kau nak aku biar dia buli aku je ke?" soalan Alisa tidak di jawab. Sarah bermain-main dengan telefonnya.

''beb,aku caw dulu. Tutorial aku dah nak mula."kata Sarah. Alisa mengangguk sebelum Sarah bergegas pergi.

Alisa pula bertekad pulang kerumah setelah penat menyental bajunya dengan tisu basah.

''awal balik hari ni?''tegur Mak Tom,pembantu rumahnya . Alisa hanya tersenyum sambil bersalam dengan orang tua itu.

"kak long,balik makan tengahhari ke tadi?" soal Alisa. Mak Tom mengangguk .

''apasal baju comot semacam ni?"soal Mak Tom yang hairan melihat baju Alisa yang kotor itu.

"makan kat kafe tadi,air tumpah pulak"bohong Alisa. Mak Tom hanya mengangguk faham.

"Alisa naik bilik dulu . nak solat''  Alisa segera bergegas meninggalkan Mak Tom dan menuju ke biliknya. Terasa lega seketika dapat baring di katil miliknya di saat-saat hatinya sedang sakit sebegini. Mengingatkan Zarith,Alisa menjadi geram.

**************************************


"hoi nerd!" Alisa menoleh apabila Zarith seakan bercakap dengannya dengan suara yang lantang. Sarah diseblahnya sudah terketar-ketar apabila lelaki di hadapannya sudah menghentak meja guna buku mereka.

''kau nak apa?''"soal Alisa . wajah Zarith dan kawan-kawannya di jeling seketika.

Bukannya hensem pun nak tengok lama-lama.

"kau blahh dari meja ni sekarang. Aku nak duduk kat sini" arah Zarith. Alisa buat tidak dengar sahaja arahan itu. Sarah pula menepuk dahinya sekali lagi.

Aku lupa plak ni port dorang... gumam Sarah sendiri.

"tolong bagi aku dua sebab kenapa aku kena blahh dari tempat ni?" Alisa menyilangkan tangannya sambil menyandar di kerusi. Wajah Zarith di pandang lama.

"pertama,ini tempat aku..."

"tak ada pulak nama kau kat sini. Dan aku tak pernah pun nampak peraturan kafe yang meja ni boleh jadi hak milik sesiapa" Alisa memintas kata-kata Zarith. Sarah di sebelahnya sudah lama member signal 'kau nak mati ke?' kepadanya.

"memang pun tak ada peraturan tu,tapi aku nak kau blahh je. Ni memng port kami" kata Hisyam ,kawan Zarith yang dari tadi hanya berdiam diri.

"kenapa?kampus ni bapak kau punya ke?" Alisa semakin berani menjawab. Sarah sekali lagi menghantar pandangan 'kau betul-betul nak mati kan?' kepadanya.

Zarith semakin sakit hati dengan mulut Alisa,segera menarik tangan Alisa supaya gadis itu berdiri.

Kini mereka saling berpandangan antara satu sama lain. ''kau memang suka berkasar dengan perempuan ehh? Atau kau memang berani dengan perempuan je?'' kata Alisa apabila lengannya terasa sakit di tarik secara mengejut oleh Zarith.

Sarah di sebelah hanya mampu berdoa agar tiada pertumpahan darah berlaku di situ.

"kau memang tak tahu aku siapa ke?" soal Zarith . Dia inginkan kepastian dari perempuan nerd di hadapannya itu

''kau siapa?"soal Alisa kembali. Kali ini Sarah menghantar signal 'kalau kau nak mati,jangn libatkan aku' kepada Alisa.Bukan Alisa tidak kenal lelaki itu,tapi dia sengaja mencabar untuk menaikkan lagi api kemarahan Zarith.Baginya lelaki spesis ini tidak boleh di beri muka langsung.

"errr..kan aku dah cakap kat kau,ni Zarith,playboy plus pembuli kat kampus ni" bisik Sarah ke telinga Alisa namun masih jelas di telinga Zarith.

''member kau pun tahu aku siapa. Takkan kau tak kenal aku kot?" soal Zarith lagi.

"penting ke?" soalan Alisa membuatkan Sarah hampir tergelak manakala Zarith sudah menyumpah di dalam hati.

Reputasi dah jatuh la tu ...kata Alisa dalam hati.

"kau playboy? Di mata aku aku,kau mamat poyo yang perasan hensem ,berlagak bagus dan seangkatan dengannya. Tak ada cirri-ciri langsung nak di gelar playboy a.k.a buaya darat. Kau lebih sesuai di gelar biawak pencen,kau tau?"

Sarah cuba menahan gelak mendengar ayat Alisa yang terakhir itu. Zarith menjelingnya sekilas.

"kau cakap pasal aku ni kau sedar diri tak?kau pun bukannya cantik sangat.memang tak cantik pun. Tak ada rupa langsung pun masih nak judge orang. At least perempuan masih mau kat aku,kau tu adakah yang nak?" Zarith membalas.

"atleast aku sedar aku tak cantik,yang kau ni dah lah tak hensem,perasan bagus. I wonder who is the unlucky girl that desperate so much to have you as her boyfriend or maybe....husband in the future?" Alisa masih tidak mahu mengalah.

"by the way,aku dah habis guna meja ni,so u can use it now. Bye" sebelum Alisa berlalu,sempat dia mengelap tangannya yang terkena kicap ketika makan mee goreng tadi di baju Zarith. Semua yang berada di situ terlopong dengan tindakan berani mati Alisa. Sebelum langkah Alisa semakin menjauh ,Zarith memanggilnya . belum sempat dia berkata apa-apa,sisa air tembikai yang di minumnya tadi sudah selamat mendarat di bajunya.

''what u give,u get back" pesan Zarith sebelum pergi . Sarah tergamam manakala Alisa terpana.


AKU BUKAN NERD!!!  Where stories live. Discover now