bab 12

203 11 1
                                    

Pada malam terakhir itu, mereka mengadakan 'campfire'. Memang setiap perkhemahan tidak akan lengkap tanpa campfire dan persembahan daripada pelajar. Sejak tadi,ahli kelab taekwando tidak berhenti menyanyikan lagu. Fauzan pula akan memainkan gitarnya mengiringi lagu yang mereka nyanyikan. Alisa hanya memerhati dari jauh bersama Sarah. Dia melihat kelibat Asyraf di satu sudut bersama Azura, rakan sekelas Alisa sedang berbual mesra. Alisa terkejut apabila melihat Asyraf membetulkan rambut milik Azura. Dia mengerutkan dahinya.

''Sarah, aku salah nampak ke ni?" Soal Alisa. Sarah menoleh ke arah yang di tunjuk oleh Alisa. Dia turut terlopong.

''Apa hubungan mereka?" Soal Sarah kembali. Dia juga berasa pelik kerana sepanjang perkhemahan ini, Asyraf dan Azura sering berkepit,padahal sebelum ini mereka berdua bagaikan tidak mengenali antara satu sama lain. Suasana campfire tiba-tiba sahaja riuh apabila Mat menjerit menyuruh mereka berkumpul di kawasan unggun api itu. Katanya ada pengumuman penting yang hendak di beritahu kepada mereka. Setibanya Sarah dan Alisa di kawasan itu,kelihatan Azura dan Asyraf sedang berdiri di tengah-tengah bulatan itu. Mereka berpegangan tangan?aku silap nampak ke ni?

Pada waktu itu,Alisa seperti tidak mampu berfikir apa-apa. Sepanjang dia mengenali Asyraf,lelaki itu seolah-olah tidak berminat untuk mengenali perempuan. Suara Asyraf berdehem mengejutkan Alisa.

''Assalamualaikum.. emmm sebenarnya saya ada satu pengumuman nak buat'' kata Asyraf sambil memandang Azura yang sedang tersipu-sipu menahan malu. Suara-suara nakal mula kedengaran. Alisa tidak bodoh untuk tidak memahami situasi itu. Hatinya bagai di cucuk walaupun apa yang di fikirkan masih belum pasti.

''Sebenarnya..kami dua dah bertunang dari semester lepas. Insyallah habis sahaja semester ini,kami akan berkahwin. Saya dan Azura'' suasana menjadi riuh. Ada yang bertepuk tangan,ada yang mengucap tahniah kepada dua manusia sejoli di hadapan itu. Alisa memandang kosong sahaja sebelum matanya bertembung dengan mata Zarith.

''Melepaslah kau Alisa!" Jerit satu suara. Alisa terkejut apabila yang menjerit tadi adalah Adin. Semua pelajar menoleh ke Adin sebelum memandang Alisa. ''Alaaa..korang tak tahu ke?Alisa yang spek mata tebal gigi braces tu dah lama simpan perasaan dengan Asyraf ni'' kata-kata Adin membuatkan ramai yang terkejut. Sarah sudah lama menggenggam tangan milik Alisa yang sejuk itu. Asyraf memandang Adin sebelum memandang Alisa semula.

''Kalau kau orang tak percaya,korang tanya Zarith. Dah dua tahun dah pun perempuan itu suka kat Asyraf ni'' sambung Adin. Semua pelajar di situ mentertawakan Alisa.Sarah cuba mencari Fauzan.

Mana pulak si Pojan ni? Time-time macam ni lah dia hilang

Terasa ada tangan yang menarik Alisa pergi. Alisa tergamam.

*************

''Betul ke apa yang Adin cakap?" Soal Asyraf. Wajah Alisa di pandang jengkel. Alisa tidak berani menatap wajah Asyraf. Dia hanya tunduk membisu. Kepalanya di angguk lemah.

''Apa yang Adin cakap tu memang betul....''

'' aku nak kau berhenti simpan perasaan kat aku. Sebab perempuan macam kau memang tak layak untuk aku'' Asyraf memintas kata-kata Alisa. Alisa mengerutkan dahinya seketika. Kali ini wajah Asyraf di tatap dengan berani walaupun hatinya bergetar sedikit.

''Apa maksud kau dengan perempuan macam aku? Apa taraf perempuan yang layak untuk kau?" Soal Alisa. Tangannya di genggam menahan sabar. Asyraf tersengih seketika.

''Aku rasa soalan tu pun kau dah mampu jawab. You have the answer. Kau tahu kan ramai yang tak nak berkawan dengan kau sebab muka kau yang buruk tu. Dengan spek mata tebal,braces. '' kata-kata Asyraf memang lembut di pendengaran telinga Alisa tetapi sudah cukup melumatkan hati gadis itu. ''Memang hanya perempuan yang cantik sahaja ke yang di benarkan untuk menyimpan perasaan dengan lelaki lain?bagaimana dengan perempuan macam saya?" Soalan Alisa membuatkan Asyraf memandang gadis itu sambil berkerut. Alisa turut memandang Asyraf sebelum matanya meliar ke kawasan sekitarnya yang gelap yang jauh dari kawasan perkhemahan mereka.

''memang tak salah perempuan macam kau ada perasaan dengan lelaki tetapi bagi aku,itu adalah satu kesilapan'' kata Asyraf sebelum melangkah pergi. Langkahnya terhenti seketika apabila Alisa mengeluarkan kata-kata.

''Aku tak rasa sia-sia menyimpan perasaan dengan kau selama ini'' bahasa Alisa suah mula kasar di pendengaran Asyraf. Asyraf menoleh menghadap gadis itu.

''Aku cuma rasa malu dengan diri sendiri kerana pernah menyukai lelaki macam kau.'' Asyraf berkerut.

''Apa maksud kau?"

''I know you have that answer. Kau lelaki yang paling teruk aku pernah jumpa. Lelaki yang hanya memandang pada rupa walaupun ia belum tentu menjamin kebahagiaan seseorang'' Alisa memeluk tubuhnya. Asyraf tersenyum sinis.

''I admit that orang mempunyai rupa paras yang baik adalah satu bonus tetapi belum tentu menjamin kebahagiaan jika hidup bersama. Tapi hidup dengan perempuan yang hodoh macam kau sudah cukup menjamin kesengsaraan'' kata Asyraf sinis.

''Muka hodoh boleh buat kau mati ke?" Soal Alisa sambil memeluk tubuh.

Asyraf mengangguk yakin. '' boleh hilang selera bila hadap muka kau macam ni'' katanya sebelum berlalu pergi. Alisa memandang lelaki itu dengan pandangan kosong. Akhirnya dia terduduk lemah di situ. Segala keberaniannya tadi sudah hilang di ganti dengan rasa marah,sedih, sakit hati yang bercampur baur. What should i do? Airmata tidak mengalir keluar daripada mata Alisa. Alisa sudah berpesan pada dirinya,walauapa pun yang berlaku,jangan pernah menangis kerana lelaki. Dan pesanannya itu masih tersemat di hatinya. Alisa duduk di situ tanpa memikirkan apa-apa. Earphone yang berlilit di handphone nya di buka lalu di sumbatkan ke telinganya. Lagu my love will never fail you nyanyian Marie Hines berkumandang. Alisa hanya berdiam diri. Sudah banyak mesej serta whatsapp dari Sarah dan Fauzan bertanyakan keberadaannya. Alisa hanya memberitahu yang dia ingin bersendirian. Gambar-gambar milik Asyraf yang berada di telefonnya di padam satu persatu. Dia menyemak kembali telefonnya,takut-takut gambar lelaki itu masih ada,tangannya terhenti apabila melihat gambar Azura dengannya sewaktu menghadiri majlis ulang tahun di salah sebuah rumah kawan mereka semester lepas. Azura...you deserve him. Hope you will be happy.

Tidak sangka kawannya itu bakal menamatkan zaman bujang pada usia yang muda. Dia akui bahawa jika di bandingkan dirinya dengan Azura memang langit dan bumi. Alisa mengeluh lemah.

Apabila terasa ada seseorang yang duduk di sebelahnya,Alisa menoleh.

Zarith memandang Alisa tanpa perasaan sebelum berkata-kata.

''Tadi masa kau pergi, Fauzan bergaduh dengan Adin''

Alisa mengerutkan dahinya .

''Aku rasa,muka kau yang patut di tumbuk'' kata Alisa geram. Dia pantas berdiri . Alisa berura-ura untuk melangkah tetapi pantas di halang oleh Zarith. ''Aku tak pernah suruh pun Adin bagi tahu semua orang'' Zarith memandang Alisa sambil memeluk tubuh.

''Aku tak pernah tanya''balas Alisa kasar.

''And thanks to you,aku dah dapat perhatian mereka'' kata Alisa sebelum berlalu meninggalkan Zarith. Bahu Zarith di tepis kasar. Zarith menggaru kepalanya yang tak gatal.

AKU BUKAN NERD!!!  Where stories live. Discover now