30

46 1 0
                                        

" Kenapa tengok aku macam tu? Tak happy ke aku dekat sini". Jelas syaqif sambil menghampiri dan menggosok kepala aisya.

" Bi...laa aw...ak sampai". Gagap-gagap aisya meluncurkan kata.  Aisya cuba melihat segenap wajah suaminya itu.  Nampak letih setelah berhari-hari menjalankan operasi.

" Baru je. Tu kereta siapa?". Soal syaqif

Aisya mula berpaling semula ke arah dalam rumah. Apa yang bakal berlaku sungguh dia tidak dapat sangka. Melihat semula ke arah syaqif sesungguhnya lelaki ini tidak tahu apa-apa dan masih setia melihat wajah isterinya.

"Aisy....aa". Baru puan salmah melangkah keluar ingin menyeru aisya terhenti apabila melihat anaknya syaqif turut berada disitu.

" Bila kamu sampai?". Soal puan salmah terkejut juga anak juga ada disini.

" Baru je". Jawab syaqif.

" Jom masuk, mama ada benda nak bincang dengan kamu berdua". Jelas puan salmah. Syaqif hanya mengangguk manakala aisya mendonggak melihat segenap wajah suaminya

Baru sahaja aisya mahu melangkah masuk, syaqif juga melangkah masuk bersama-sama tangan aisya digenggam erat sambil berjalan masuk kedalam rumah. Aisya memandang wajah syaqif, hanya senyuman manis dilemparkan jejaka itu.

Pergerakkan syaqif terhenti melihat sosok tubuh diatas kerusi roda itu. Wajah terus berubah masam. Mereka duduk di sofa berdepan dengan puan salmah.

" Aisya, mama nak mintak maaf tapi mama harap aisya faham". Tutur puan salmah. Aisya mengangkat muka melihat ke arah ibu mertuanya.

" Kamu memang menantu yang baik, mama sayangkan kamu sama juga macam menantu mama yang lain. Jadi sekarang mama ada permintaan untuk  aisya". Puan salmah terhenti dan nampak resah untuk meneruskan kata.

Aisya terus merenung wajah ibu mertuanya dengan degupa jantung yang berdetak laju.

" Boleh tak kamu izinkan natasya bernikah dengan syaqif?". Terluah juga kata kata itu dari mulut puan Salmah, aisya cuba menahan air mata dari pada meleleh jatuh ke pipi.

" Mama apa ni!! Syaqif taknak dan sekalipun takkan jadikan dia isteri qif". Suara syaqif memecah ruang itu. Telunjuk jari tepat terarah ke wajah natasya.

" Aisya ini je mama mintak dengan kamu. Mama janji takkan berubah apa pun kalau syaqif kahwin dengan natasya kamu tetap yang pertama untuk kami semua". Puan salmah memegang tangan aisya yang masih kaku cuba menghadam segalanya. Seketika detik itu bagai runtuh langit yang selama ini cerah berubah menjadi mendung dan gelap.

" Mama, tapi kenapa? Mama tahu kan aisya ni mengandungkan anak qif. Dia ibu kepada anak qif! Kenapa mesti nak sakitkan wanita yang bakal bertarung nyawa bawak keturunan qif ke dunia ni". Lagi sekali naik suara syaqif lebih lantang.

" Natasya sakit kanser tahap akhir. Jadi mama kesian tengok dia takde siapa sebagai penguat dia. Mungkin kamu boleh bahagiakan dia penghujung hayat dia". Jelas puan salmah membuat mata syaqif membulat. Apa yang mama fikirkan ni. Bahagiakan dia dan menyakiti aisya? Semua ni mengarut.

" Hei takde orang lain ke nak bahagiakan kau? Sampai kau nak tagih simpati dekat keluarga aku? Kau sedar tak? Kau ingat balik kebodohan apa yang kau pernah buat dulu!". Tepas syaqif menuturkan kata depan wajah natasya yang menangis akibat ditengking syaqif.

Aisya masih diam tak berkutik. Perlahan-lahan air jernih itu jatuh juga ke pipi.

" Memperisterikan saya hanya sekadar atas kertas. Saya tak mintak banyak hanya untuk menghabiskan hayat saya sebagai gelar seorang isteri". Jelas natasya perlahan

" Gelar seorang isteri? Kau bercakap macam orang takde otak. Bersepah lelaki bujang dan lelaki yang pernah tidur dengan kau kenapa nak cari aku". Bidas syaqif

" Syaqif!! Jangan melampau. Kamu jangan cuba nak jadi anak derhaka!!". Terus aisya menahan syaqif dari terus berkata-kata

" Kahwini dia. Saya izinkan". Aisya merenung ke dalam mata syaqif.

" Aisya...".

" Saya tahu berat untuk awak terima, tapi saya izinkan. Natasya berhak merasa bahagia lupakan kisah lama yang berlaku. Awak perlu terima dia dan saya okey je". Tutur aisya perlahan sambil memegang pipi syaqif .

Laju syaqif menepis dan berlalu keluar daripada ruang tamu. Syazil cuba mengejar abangnya ditahan aisya.

" Takpe zil. Biar akak bercakap dengan dia". Lantas aisya terus keluar mencari sosok tubuh syaqif. Dia duduk dibawah pokok dengan genggaman tangan menahan geram.

Sementara di dalam

" Mama tak kesiankan diorang ke?". Syazil mula bersuara.

" Tapi mama kesiankan natasya juga. Abang kamu lelaki yang pernah dia cintai jadi berilah dia bersama walau hanya sekadar gelar sebagai isteri kepada lelaki yang pernah dia cintai". Jelas puan Salmah

" Mama tak fikir perasaan aisya ke". Kak nora pula mencelah.

" Mama pikir tapi jangka masa yang doktor beri untuk natasya pun tak lama jadi kalini je tolong mama". Rayu puan salmah.

Masih merenung antara mereka

Perlahan aisya menghampiri syaqif

" Awak, pandang saya". Aisya tarik tangan syaqif untuk memandang wajahnya. Berlatar belakang senja yang kini menandakan terbenamnya matahari.

" Saya izinkan bukan bermakna saya tak sayang awak. Tiada yang kekal dalam dunia ni awak pun bukan milik saya yang hakiki sama juga macam saya".

" Kita semua milik Allah. Mungkin ini ujian natasya jadi awak temani la dia meski perlu bersama lebih dari masa yang doktor anggarkan. Itu cuma anggaran  tiada yang mustahil dengan kekuasaan Allah".

Perlahan tangan syaqif naik memegang kedua pipi aisya sambil merenung dalam ke anak mata wanita yang amat dia sayang ini.

" Please, jangan suruh aku buat benda yang aku takkan sanggup. Keluarga kecil kita baru nak terbina kenapa macam tu je kau nak suruh aku musnahkan aisya?".

" Yess, aku mengaku dulu memang aku tak sayang dan cintakan kau masa kita kahwin tapi aku nak kau tahu sekarang kau segala-galanya bagi aku. Macam tu je kau nak aku terima perempuan tu. Aku tak boleh terima sebab benda ni berlaku terlalu cepat". Syaqif masih menatap wajah aisya.

" Awak kena cuba syaqif, datang lah berapa banyak orang sekalipun selagi cinta awak buat saya masih ada pasti awak akan bersama dengan saya".

" Saya tahu saya takkan hilang awak. Ini hanya perkongsian yang perlu saya redhakan di dunia ini".

Perlahan aisya memeluk erat syaqif sambil mengusap belakang badan suaminya. Syaqif memejam mata rapat masih terasa bagai mimpi yang cuba dia harapkan ini hanyalah mimpi.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jun 26, 2025 ⏰

Tambah cerita ini ke Pustaka anda untuk dapatkan notifikasi tentang bahagian baharu!

Seragam cinta❤Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang