Janna Wafdan 48

1.5K 57 0
                                    

(EDITED)


hye gaish. 

before that, shi nak maklumkan ada perubahan timeline sebab Shi rasa tak relevan pada lepas baca dari chapter awal sampai sekarang. so akan ada sedikit perubahan masa dalam chapter 1 dan akan datang. Shi minta maaf atas segala perubahan yang akan datang and enjoy your reading! :D



UKIRAN inai ditangan aku sangat menarik perhatian. Cantik sangat.

"Kak Ashi yang nak kahwin, akak pula yang over." Kata Wadina kepada aku bersama jelingan.

Eheh budak ni. Tak memasal nak cari pasal kenapa? Period?

"Kenapa Dina nak emo ni?" soal aku bila Wardina melabuhkan duduk disebelahku. Aku betulkan duduk bila pinggang terasa lenguh. Masuk bulan ketiga, agak membuas aku kerana kurang selesa kadang-kadang untuk duduk kerana lenguh.

"Tak la. Mummy tu semua nak suruh Dina buat. Penat la kak! Akak boleh pula syok-syok dekat sini pakai inai. Dina pun nak juga!" balas Wardina dengan wajah yang monyok. Fahamlah aku yang dia sudah keletihan.

Tapi nak marah aku kenapa? Aku ni tengah usung perut lagi penat tau!

Aku menjeling. Malas nak layan adik perempuan aku yang sorang tu. Wardina sudah berbaring dengan kaki jatuh ke bawah di atas sofa.

"Kau jemput Safwan?" soalku bila lihat Wardina sudah memejamkan mata. Biarlah dia berehat sekejap.

Aku nak adakan sesi membawang bersama-sama Ashi sebelum dia diangkat menjadi isteri orang.

"Hmmm. Jemput. Tapi dia kata tak boleh datang." Jawab Ashi dengan senyuman sekilas.

Taktahu aku mahu tafsirkan apa. Takut pula untuk bertanya.

"Aku tanya hati aku, Janna. Apa yang aku nak dalam hidup aku lepas putus dengan Safwan."

Aku kembali menatap Ashi.

"Dan jawapan yang kau jumpa?"

Ashi senyum manis. Lebih berkeyakinan. Tidak seperti sebelum ini.

"Bahagia. Aku nak diri aku bahagia. Orang sekeliling aku juga bahagia. Dengan tu, aku akan rasa lega."

"Pada mulanya aku rasa tak adil untuk aku jatuh suka pada dia. Tapi bila Nash datang, aku mula rasa aku dihargai. Hari terakhir Safwan jumpa aku, Nash kata dia nampak yang Safwan macam ada hati pada aku. Mungkin, awalnya mungkin nampak tak adil. Tapi adil tu, pada aku, bila kit amula belajar dan menerima apa yang ditakdirkan dalam hidup kita."

Aku mengganguk menerima kata-katanya. Seketika, aku nampak Ashi semakin matang dalam kata-katanya.

"Dan aku sebagai ex yang baik cuma harapkan dia jumpa bahagia dia. Yang penting bukan aku sebab aku dah jatuh teruk dengan Nashruddin." Ashi tersengih gatal.

Ya Tuhan! Aku tarik balik yang dia matang.



BIARPUN aunty Irma beberapa kali menyuruh kami tidur dirumahnya kerana sudah lewat malam, mummy dan daddy tolak dengan baik. Sejak mereka tahu, aku berkawan baik dengan Ashi, mereka juga menjalinkan hubungan ibarat aku dan Ashi.

Pintu bilik aku tolak perlahan. Melihat Wafdan sudah berselubung dengan selimut, aku masuk dan kembali tutup pintu dengan perlahan. Tidak mahu mengganggu tidur lenanya.

Aku masuk ke tandas sebentar untuk mencuci muka. Skincare jugak dioleh pada muka dari toner, serum sampai ke moisturizer. Sejak pregnant, kulit aku mula muncul jerawat-jerawat kecil sampaikan aku rasa stress. Nasib Wafdan terima aku seadanya. Ceh!

Berani dia nak merungut? Memang beras dia beli, tapi anak aku yang bawa.

Setelah itu, aku keluar dari tandas. Mataku melihat Wafdan sudah terpisat-pisat meneyeh matanya.

"Tak tidur lagi, sayang?" tanya Wafdan sambil membetulkan tubuh bersandar pada kepala katil.

Aku melangkah mendekatinya.

"Belum. Lapar tadi. Janna makan dulu. Ni baru naik, cuci muka. Skin Janna dah tak cantik abang..." beritahuku perlahan. Aku duduk berdektan dengannya.

Wafdan. Dengan rambut yang berseerak. Muka tahan mengantuk. Memang kegemaran aku melihat dia dalam keadaan ini.

"Biasa lah tu. Perubahan hormone. Nanti dah keluar budak kecik ni nanti, elok balik la tu. kalau tak elok juga, pergilah jumpa mana-mana dermatologist." Jawabnya. Tangannya mengusap lembut perutku.

"Abang.." panggilku perlahan.

Wafdan Cuma meng'hmm'kan saja. Tangannya masih ralit di perut aku.

"Tak lama lagi nak puasa kan? Kiranya ini first time kita puasa sekali kan?" teruja rasanya bila dapat berpuasa bukan saja dengan Wafdan, tapi dengan keluarga aku dan juga Wafdan sekali.

"Haah. Tak lama dah. Ashi pun gatal nak jugak kahwin dekat-dekat puasa macam ni." Balas Wafdan mengutuk sepupunya itu.

"Eleh... dari abang tu... lepas raya terus ajak orang kahwin."

"Normal apa. Dah la sayang. Tidur jom. Abang mengantuk. Penat." Wafdan tarik aku berbaring dekat dengannya.

Tak sampai 2 minit, hela nafasnya sudah dalam keadaan tenang dan teratur. Tanda sudah terlena.

Penat sangat ni.


MAJLIS pertunangan dan perkahwinan Ashi berjalan dengan lancar. Gembira aku melihat dia disamping lelaki yang aku percaya boleh menjaga sahabat aku dengan baik.

Tidak aku sangka, hubungan baik kami berpanjangan sampai sekarang. Walaupun kadang kala bergaduh, syukurlah tak pernah membawa hala tuju masing-masing.

Dulu waktu kami selalu berangan tentang hal perkahwinan, masing-masing bahu jadi pengapit. Malangnya, hanya Ashi dapat jadi pengapit aku.

Untuk giliran Ashi, bukan rezeki aku lah. Ashi pun tak galakkan aku bergerak terlalu banyak. Biarpun baru, Ashi masih risau.

Tubuh Wafdan yang duduk disebelah aku menyedarkan aku dari kisah dulu. Penuh tangan dengan pinggan berisi nasi dan lauk untuk aku makan.

"Mana abang punya nasi?" soalku bila hanya satu saja yang tersedia.

Don't say...

"Kita share. Abang suapkan." Balasnya bersama senyumaman manis.

Ya Allah... mengadanya aku sampai nak kena bersuap bagai.

"Abang... Ashi yang kawin tau harini. Kita punya turn dah lepas tau. Jangan la overshadow majlis dia. Kesian Nash dengan Ashi"

Wafdan ketawa kecil.

"Biarlah. Memang la harini majlis Ashi. Tapi kita kan memang tiap-tiap hari sweet, manis macam ni." Wafdan angkat kening beberapa kali.

Bila Wafdan menjemput nasi dan menyua kearah aku, dengan rasa malu yang tertahan, aku terima suapannya.

Majlis orang boleh buat macam majlis dia. Wafdan ni kannnnn...


APR 18, 2021

SHI

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now