Janna Wafdan 31

1.2K 64 6
                                    

(EDITED)


LEPAS subuh tadi, aku dengan Wafdan sama-sama tumbang semula. Terbangun pada lewat jam 9.00 pagi itu, terus aku siapkan sarapan pagi untuk Wafdan. Hanya sepinggan nasi goreng aku sediakan untuknya. Aku pula rushing untuk keluar bersama-sama 3 ketul hari ini. Ada perkara yang perlu diselesaikan.

Baju putih dengan seluar palazzo biru dipadankan dengan tudung putih bercorak bunga dipin kemas di kepala. Sling bag gang terletak di rak aku capai. Telefon juga diambil di atas katil. Sekeping nota aku tampal di cermin sebelum keluar. Bimbang kalau Wafdan mencari aku nanti.

Selesai parking kereta, terus aku masuk ke dalam mall. Along, Qayeed dan juga Wardina sudah sedia menunggu di dalam.

Pertemuan kami hari ini memang sudah lama dirancang. Untuk kali pertama, aku mahu menyambut ulang tahun suami aku. Tapi, aku tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk Wafdan. Jadi, mereka dengan rela hati menawarkan perkhidmatan untuk membantu.

Walaupun minggu depan birthday Wafdan, tapi aku entah, jadi terlebih excited.

Hampir 4 jam membeli-belah, dari barang hiasan sehingga ke tempahan ke. Akhirnya aku terpaksa pulang setelah Wafdan bertanyakan keberadaan aku. Pada mereka bertiga, aku minta untuk dirahsiakan perkara ini.

Setibanya aku dirumah, Wafdan sedang berada di taman bunga hasil tanaman kami. Lantas aku mendekati dia.

"Pergi mana lama sangat? Abang rindu tau..." katanya apabila aku bersalaman dengannya. Lalu bibirnya jatuh di dahiku sekejap.

Wafdan tarik aku ke buaian kayu yang terletak disitu. Tangannya membelit bahuku.

"Tak pergi mana sangat pun. Saja teman Qayeed beli barang dia. Tak lama lagi kan Qayeed nak masuk uni. " Jelasku jujur. Oh, ada sedikit benda yang aku tidak beritahu. Huhuhu.

"Haah ya kan. Nak masuk belajar dah adik seorang tu. Tadi Janna singgah pergi rumah daddy ke?"

"Singgah kejap je. Tak sempat nak lama-lama. Abang kan rindu Janna. Konon tak boleh berpisah lama dengan Janna. Mengada sangat."

Wadan ketawa mengekek mendengar kata-kataku. Iyalah kan, telefon aku merayu suruh balik. Mahu tak risau aku. Terus aku pecut balik. Ingatkan jadi apa-apa. Rupanya elok saja di taman tadi.

"Sorry lah. Mummy daddy sihat? Lama dah abang tak balik sana. Busy kerja banyak dekat office."

"Alhamdulillah. Sihat je Janna tengok tadi. Ni, kita nak makan apa tengah hari ni?"

Wafdan angkat kening bekali-kali memandang aku. Eh, dah kenapa?

"Today is a special day. Abang dah masak lepas abang breakfast tadi."

Aku memandang tidak percaya. Ya, memang aku tidak percaya!

"Iya abang masak? Seriously? Boleh percaya ke ni?"

"Tak percaya pergilah tengok dekat dapur. Dah la, abang nak masuk dalam dulu. Janna duduk la dekat situ." Kata Wafdan sebelum meninggalkan aku sendirian.

Aku rasa mahu ketawa. Semalam, aku bergurau saja menyuruh dia masak kalau mahu memujuk aku. Tak sangka Wafdan percaya.

Wafdan masak?! Unbelievable! Sebab selama ini kalau aku suruh dia tolong masak pun mengelak macam orang tak ada tulang. Itu yang aku tidak percaya.

Malas berfikir lebih jauh melayan perasaan, aku atur langkah ke dapur dengan rasa gembira.

Yeay! Tak payah masak hari ini!

Memang ternganga aku dibuatnya. Memang lauk sudah siap dimasak. Dengan pakej hidangan dan hiasan lagi. Lalu aku pandang ke arah dapur masak dan singki. Terus darahku rasa naik mencanak.

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now