Janna Wafdan 32

1.2K 64 0
                                    

(EDITED)


HARI graduasi. Hari untuk kami sebagai mahasiswa dan mahasiswi menghela nafas lega setelah sekian lama berhempas pulas untuk mendapatkan segulung ijazah di dalam genggaman. Hari untuk membanggakan setiap ibu bapa yang hadir bagi meraikan hasil didikan mereka sepanjang si anak membesar. Untuk melihat anaknya lebih berjaya dari sirinya sendiri.

Aku teruja. Berada di kelompok mahasiswa yang berselempang, sudah membuatkan aku terlalu bersyukur biarpun dulu ketika pertama kali aku melangkah masuk ke alam universiti, aku masih hilang punca dengan keluarga kandungku. Masih tiada hala tuju kerana pada waktu itu, aku yakin, pelajaran adalah segala-galanya untuk aku mencari keluarga aku.

Cuma niatku satu ketika itu. Tak kira dimana pun mereka berada, aku hanya mahu mereka berbangga dengan aku walaupun mereka tidak tahu. Cukuplah hanya aku yang tahu aku sudah berajaya. Aku juga mahu membanggakan orang-orang yang ada disekeliling aku yang tak putus-putus menghulur tangan untuk aku bangkit.

Hadirnya Wafdan ketika itu diwaktu aku masih tinggal satu semester bukan satu waktu yang baik pada aku. Diwaktu aku sibuk dengan final sem yang memenatkan, ditambah perlu menjalani praktikal dan perlu menguruskan rumah tangga dalam masa yang sama bukan satu hal yang mudah. Nasib, Wafdan terlalu memahami dengan kesibukan dan kehendak aku untuk menyarung selempang.

Benarlah, mungkin pada kita waktu itu tidak berapa baik, tapi Allah sebaik-baik perancang. Setelah berkahwin, aku berjumpa dengan ahli keluarga yang aku rindukan. Syukurlah. Setiap yang jadi pasti ada hikmahnya. Kebahagiaan yang sebenar-benarnya telah aku rasai.

Mendapat seorang suami yang begitu penyanyang dan memahami.

Keluarga mertua yang menerima aku seadanya.

Berjumpa dengan keluarga kandung setelah 20 tahun lebih tidak bersua.

Bukankah itu sudah cukup membahagiakan bagi aku?

"Janna, hang mai dengan laki hang ka?" bisik Salwa ketelinga aku.

Aku berpaling melihatnya. Aku mengangguk dua kali dengan senyuman.

Teringat aku, selepas Salwa nampak suami aku datang ke rumah sewa aku dan Ashi tahun lalu, terus kecoh group Whatsapp kelas apabila mengetahui aku sudah pun berkahwin. Sekali lecturer terkejut apabila aku sudahpun berkahwin. Kenapa? Sebab sewaktu awal kelas dulu ada juga pensyarah bertanya status pelajar. Tapi tiada siapa mengaku berkahwin. Termasuk aku.

"Heh, untung lah dah ada laki. Segak pulak tu. Ni nak tanya, laki hang tu ada abang ka, tak pun adik? Boleh kenen dengan aku yang single ni." Becok mulut salwa bercakap.

Aku menutup mulut menahan ketawa. Karang terlepas, malu aku.

"Tak ada. Suami aku dua beradik je. Kakak ipar aku dengan dia je." Balasku alu kembali meneruskan pandangan ke pentas.

"Melepaslah aku gitu. Jadi, hang mai dengan laki hang ja la?" soalnya lagi.

Salwa memang jenis banyak tanya. Hal itu juga diaplikasi ketika sesi kuliah. Sebab itu mungkin Salwa boleh menjadi pelajar diantara yang dekan? Hahaha...

"Errmm, actually, aku datang dengan family kandung aku sekali. Dia orang ada dalam ni."

"Seriously? Hang dah jumpak family hang? Ya Allah, seronoknya aku dengaq."

"Alhamdulillah. Tu semua sebab suami aku juga. Kalau tak, mungkin aku masih mencari."

"Syukur lah kalau macam tu. Hang bukan ja dapat suami yang baik, tapi keluarga yang rindu sangat-sangat. Aku tumpang seronok untuk hang. Tahniah Janna."

"Terima kasih Salwa."

"Ni aku nak tanya lagi. Bila nak ada isi?"

Aku hanya mampu tersenyum dengan mengurut kepala. Haish, pening aku layan Salwa!


"FUHHHH!!! Budak dekan dah keluar." Kata along apabila ternampak aku keluar bersama-sama mummy dan daddy. Wafdan, along, Dina dan Qayeed masing-masing menunggu dengan wajah yang gembira.

"Diamlah along. Bising je la. Buat malu je." Kataku apabila melihat ada di sekeliling aku memandang kami sekeluarga.

"Elehhh, belagak eh dengan along. Taknak bagi hadiah lah gini." Balas along

"Eh jangan la macam tu along. Along dah janji dengan Janna. Buruk siku karang." Aku terus melangkah ke hadapan along berdiri tegak memandang along yang tinggi. Setinggi Wafdan. Aku ni hanya paras hidung dia orang je kalau nak dibandingkan.

"Sudah Affan. Mengusik Janna tak henti-henti. Mummy cili mulut kamu tu karang."

"Cilikan je my, dari tadi bising membebel panas duduk bawah khemah tu. Rimas Dina dengar." Tambah Wardina dengan muka menyampah.

"Dah dah, jom makan. Daddy lapar." Daddy terus berlalu menarik tangan mummy dalam genggaman sejurus berkata.

"Daddy ni, spoil la! Dah la sendu jadi single." Rungut Qayyed kemudian berlalu bersama Wardina meninggalkan along, Wafdan dan aku.

"Dah kenapa semua orang ada pair, aku tak ada ni? Jom Wafdan jadi partner aku."

Terjegil aku apabila along sudah memeluk bahu Wafdan. Wafdan pula hanya tergelak perlahan.

"Heh, Wafdan Janna yang punya. Along jangan kacau rumah tangga orang." Terus aku menolak tangan along jatuh ke sisinya semula.

Don't touch my husband!

"Jom abang, kita pergi makan. Kita suap-suap. Tinggalkan orang single dekat situ. Huh!" Aku terus menarik Wafdan meninggalkan along termanggu berseorangan disitu.

"Nakal eh isteri abang ni?" kata Wafdan sambil mencuit hidungku perlahan.

Aku tersengih sambil menguatkan lagi pelukan tangannya. Ramai yang memerhati kami. Tapi aku tahu lebih tertumpu kepada suami aku. Fuh, panas hati!

"Abang kenapa handsome sangat?" tanya aku tanpa sedar.

"Hah, dah kenapa tanya abang soalan macam tu?" terangkat kening Wafdan apabila dia memandang aku.

Hafas dihela perlahan.

"Look around you. Most of the girls staring at you. Janna rasa insecure." Balasku perlahan. Pelukan lengannya dilepaskan. Mataku sempat menjeling beberapa orang yang melihat kami.

Heh, ni laki aku!

Wafdan hentikan langkah kami berdua ditengah-tengah jalan. Kedua tangan aku dipegang erat.

"Sayang, no matter what, only you in my eyes, my heart, my brain. Only you I'm looking for my entire life. Don't doubt my love sayang."

Dan hanya dengan itu, sudah mampu membuatkan aku tersenyum sepanjang hari tanpa menghiraukan pandangan gadis-gadis yang memandang Wafdan.

He's belong with me, girls! Don't you ever think to take him from me. Or else, you die!







Seperti yang dijanjikan, habis sem shi update. Hehehehe

sooo comment 'yeayyyyy!❤️'


JULY 22, 2020
Shi

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now