Janna Wafdan 24

1.3K 78 3
                                    

(EDITED)


TAKDIR telah menemukan aku dengan orang yang aku rindui pagi ini. Terasa sesak sekejap jantungku apabila dia berdiri sebelah aku dengan senyuman yang terukir di situ. Pun begitu, aku tetap membalasnya dengan senyuman.

Sangkaku, dia mahu mengelak lagi dariku. Tak pun aku mahu mengelak dari dia? tapi aku sudahpun melupakan sakit yang aku rasa. Tidak sangka pula dia turut masuk ke dalam lif yang sama. huh! Bagaikan mimpi.

"Happy belated birthday." Katanya membuatkan aku berpaling melihatnya sejenak sebelum menguntumkan senyuman.

Ashi masih ingat. Hatiku disapa rasa sebak.

"Thank you." Balasku pendek. Kekok untuk aku mulakan perbualan seperti biasa.

Sudahlah kami tidak lama bertegur sapa. Siapa yang mulakan, aku juga. Bukan Ashi tak pernah menyapa dulu, tapi aku mencari ruang dan masa.

"Dulu selalunya aku jadi orang pertama yang wish pada kau kan? Haha!" dia ketawa kecil dengan kata-katanya.

Iya, dulu semasa kami bersahabat. Nurul Nashirah adalah orang pertama yang memberi ucapan hari lahir. Tidak tertinggal sejak kami berusia 9 tahun. Tapi untuk tahun ini, dia menjadi orang terakhir nampak gayanya.

"Tak kisah pun. Janji kau ingat, itu dah cukup Ashi."

Kami sama-sama diam. Pintu lif masih tidak terbuka.

"Aku rindukan kau." ucap kami berdua bagai ada tarikan magnetik. Sama-sama berpandangan dengan mata yang sudah berkaca.

Pintu lif terbuka. Ashi melangkah keluar.

"Janna, kita makan berdua hari ni boleh? Macam dulu-dulu?" soal Ashi dengan penuh pengharapan.

Janna, sampai bila nak junjung ego. Nak bawa ego tu kemana?

"Sure. Aku tunggu kau dekat lobi nanti."

Ashi mengangguk sebelum pintu tertutup.

Aku tersenyum suka. Sudah lama rasanya kami tidak meluangkan masa begini. Kalau diikutkan, pergaduhan ini adalah pergaduhan yang paling lama aku dengan Ashi rasai. Selalunya dua ke tiga hari tak bertegur. Ini dah masuk minggu kedua. Lama bukan?

Nabi Muhammad SAW bersabda:

Ertinya: Dan tidak halal bagimu seorang muslim itu meninggalkan ( tidak bertegur sapa kerana pergaduhan ) saudara seIslamnya lebih daripada 3 hari.

Riwayat Al-Bukhari

Fuhh, panas tiba-tiba kan? Rasa berdosa pula kerana mengantung ego setinggi gunung Everest walhal Ashi pernah berbuat baik setelah kejadian itu.

"Ceria je hari ni Puan Janna. Ada apa-apa ke?" tanya Amelia sebaik saja aku tiba ditempatku.

Awal gila Amelia sampai tempat kerja. Rumah dia ni rasanya tidaklah jauh dari office. Rumah aku lagi jauh. Tapi sampai office, awal gila. Kalau aku lah kan, memang 15 minit nak punch card, baru aku start enjin kereta gamaknya.

"Tak ada apalah. Ceria pun salah ke?" soalku kembali. Punggung dilabuhkan di kerusi roda. Beg tangan dimasukkan ke dalam laci.

Amelia menjeling saja. Bibirnya mencebik. Ada lah tu yang tak puas hati tu.

"Eh Janna. Dah tanya biras aku pasal hal tu?" tanya Amelia tiba-tiba.

Aku mengerutkan dahi. Biras? Siapa? Aku angkat kening sekali kepada Amelia.

"Siapa biras kau?"

Amelia tarik muka masam. Dia menjeling lagi. Asyik nak menjeling dah kenapa? Fikir menggoda? Aku ni masih lurus tahu. Masih memilih perbezaan yang aku ada. Bukannya persamaan seperti lesbian.

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now