Janna Wafdan 1

3.3K 144 2
                                    

(EDITED)


JARI jemariku menari-nari lagi atas screen mencari sebaik-baik ayat untuk dibalas kepada sang penulis yang sedang meluahkan perasaan. Namun begitu, jari ku terhenti melihat balasan yang seterusnya daripada dia.

Wafdan Muammar
Tak kisah kalau kau menolak. Tak perlu untuk menggunakan perkataan yang baik kerana sakitnya tetap sama. Walau macam mana sekali pun, kau tetap dalam hati aku. Dan aku tetap dalam hati kau. Harapnya. Walaupun bukan sebagai seorang kekasih sementara, cukup sekadar seorang sahabat.


Sahabat? Sahabat dengan suami sendiri? Aku tertanya sendiri. Lalu aku tersengih sendiri. Mana mungkin.

Lagi, lagi dan lagi. Entah kali keberapa aku menolak ajakannya untuk ke langkah lebih serius. Lantas aku padam semua rangkaian ayat di screen. Tiga patah perkataan yang bermakna aku balas

Janna Warda
Saya minta maaf.


Sesungguhnya, bukan aku tidak percayakan dia untuk kami meneruskan ke langkah seterusnya biarpun kami sama-sama telah berkahwin. Tapi aku rasakan bagai ada sesuatu yang menghalang aku untuk terus maju ke hadapan dalam hubungan kami ini. Tanggungjawab. Ya! Itu yang aku tidak yakin.

Aku yakin Wafdan mampu untuk bertanggungjawab. Kalau tidak, manakan dia sanggup untuk berkahwin dengan aku biarpun aku masih seorang pelajar. Tapi masalah itu terletak pada aku. Banyak komitmen yang aku harus berikan. Dan aku takut kalau-kalau dia rasa terabai.

Sungguh, sudah lama aku paksakan perasaan ini berputik buat dia, insan yang sah buat aku. Suami aku sendiri. Tapi setelah 2 bulan kami bersama, tidak langsung terdetik dalam hati aku untuk mencintainya. Bukannya tidak mencuba, acap kali aku mencuba, tapi ianya masih tersekat. Agak terusik sesekali perasaan aku, tapi seringkali aku was-was untuk memaknakan perasaan itu.

Nashirah pernah berpesan pada aku, suami aku itu juga manusia. Dan yang penting dia lelaki yang mahukan isteri yang selalu berada disisinya.

Tapi aku tak mampu nak bagi semua itu. Sedangkan aku berada disebelahnya, tapi hati aku kosong. Masih belum mampu sepenuhnya diisi dengan insan bernama Wafdan Muammar.

Maksud aku beum sepenuhnya diidi mungkin aku cuma menganggapnya sebagai sebahagian daripada ahli keluarga aku. Mungkin? Seperti yang aku katakan, aku masih belum memaknakan perasaan sebenar aku pada dia.

Wafdan Muammar
Kejap, aku nak call kau. Aku rindu.


Aku tarik senyuman ikhlas. Rindu? Bukan dia saja merasakan benda yang sama. Aku disini turut merasakan rindu yang sama. Tapi rindu kerana hilang suaranya setelah sekian lama aku meninggalkannya disana. Rindu aku kerana sunyi? mungkin. Cinta? Belum pasti. Itu kata diriku sendiri.

Tapi, katakan perempuan mana perasaanya tak tersentuh kalau terima layanan Wafdan. sedikit sebanyak pasti ada sekelumit timbul perasaan senang hati.

Deringan telefon bimbit yang aku set berlainan dari orang lain menyedarkan aku, suamiku menelefon. Lantas aku slide tanda hijau ke kanan.

"Assalamualaikum Janna kesayangan aku. Kau tengah buat apa tu?" berderu suaranya menyapa telinga. Lalu bertaburanlah rasa rindu berlalu pergi. Aku tarik senyuman manis buat dia, biarpun dia tiada disini. Biarlah dia rasainya walaupun tidak nampak.

"Waalaikumusalam. Sekejap tadi baru habis discussion untuk final touch assignment. Minggu depan nak kena submit. Awak duk kat rumah okay ke?" aku betulkan duduk diatas kerusi. Terasa sengal tulang belakang setelah mengahadap laptop untuk beberapa jam menyiapkan task yang diberikan. Tak termasuk kebas punggung disebabkan duduk terlalu lama.

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now