Janna Wafdan 8

1.6K 85 1
                                    

(EDITING)


PESANAN whatsapp daripada Wardina aku baca tidak berbalas buat seketika. Terasa bagai jantungku diramas-ramas ketika ini. Namun aku cuba tenangkan hati ini. Nafas yang tadi rasa tersekat, aku cuba hela perlahan lahan sehingga kembali normal. Mata terpejam seketika.


Nufa Wardina

Kenapa akak tak datang semalam?

Mummy dan daddy rindu akak.

Abang Wafdan kata, dia belum beritahu akak lagi

Tapi akak dah tahu kan?

Jadi client yang dia katakana itu mummy, daddy dan juga Wardina sendiri? Patutlah tergesa-gesa keluar petang semalam ketika belum sempat aku habis mandi. Rupanya keluar jumpa mereka.

Mungkin Wafdan takut aku bersoal banyak kalau dia menunggu aku selepas mandi. Mesti lagi membimbangkan kalau aku mahu ikut ketika itu.

Aku cuba mencari sebab. Tak apalah Janna. Janji Wafdan tak keluar dengan orang yang bukan-bukan. Itu sudah memadai. Lagipun, salah diri sendiri tak berterus terang dengan Wafdan yang aku sudah tahu tentang perkara ini.

Janna Warda

Tolong rahsiakan daripada abang Wafdan.

Abang belum tahu tentang ni.

Akak akan jumpa mummy dan daddy.

Tapi...

Dina tolong aturkan pertemuan kami tanpa pengetahuan abang Wafdan

Please...


Nufa Wardina

I will.

Mummy and daddy gonna be happy if they meet you again after 22 years.

Can't wait for the day.

Nanti Dina update pada akak bila nak jumpa.

Janna Warda

Thank you sister.

You're the best sister ever!


Panjang aku bersembang dengan Dina pada hari itu. Wafdan, pagi-pagi lagi sudah keluar ke pejabat selepas bersarapan. Katanya ada meeting penting yang harus dihadiri dan perlukan dirinya dalam meeting tersebut. Walaupun nampak wajah penat Wafdan yang masih belum hilang, tapi tuntutan kerja memerlukan dia untuk memberi komitmen.

Deringan telefon mengejutkan aku yang sedang mengemas rumah. Bantal ditangan aku tepuk lalu disusun di sofa. Kemudian aku capai telefon yang berbunyi itu.

"Hello Janna. Eh! Assalamualaikum Janna." Berderai tawaku mendengar celoteh disana. Tahu pun!

"Ha waalaikumusalam. Islam lagi rupanya kau. Ni nak apa call aku pagi-pagi ni?" soalku kepada Ashi.

Langkah dibawa ke bilik basuh. Mesin sudahpun berhenti berputar. Baju-baju itu dikeluarkan dimasukkan ke dalam raga. Kejap lagi lah sidai

"Saja la aku call kau. Rindu." Balas Ashi dengan ketawa. Sengal betul kawan seorang ni.

"Iye iye je kau. Kau bosan sebenarnya kan? Sebab tu cari aku kan?" sengaja aku mengusik gadis itu. Suka sangat menganggu hari aku sebelum-sebelum ini.

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now