Janna Wafdan 36

1.3K 69 6
                                    

(EDITED)




SEMINGGU. Bukan tempoh yang singkat aku menunggu Wafdan setiap hari dikatil hospital. Hanya mama dan abah Wafdan saya datang. Bila bersoal tentang Wafdan, tiada siapa yang mengetahui keberadaan dia.

Usah dibilang sedih, sememangnya aku sedih bila Wafdan langsung menghiraukan aku sepanjang seminggu ini. Whatsapp tidak dibaca. Telefon tidak diangkat. Hendak aku cari, tapi aku tidak tahu dimana.

Ada aku bertanya kepada Nashirah tentang Wafdan, tapi nampaknya Wafdan memang sedang meredakan marahnya yang menggunung itu. Aku tak tahu apa cara lagi harus aku lakukan.

Tuhan... perlahan air mata yang jatuh, aku lap dengan telapak tangan. Mata menutup rapat untuk aku tenangkan perasaan aku ini sekarang.

Pintu bilik yang terbuka memaksa aku untuk turut membuka mata. Ternampak kelibat mama dan abah memasuki bilik yang menempatkan aku di hospital.

"Assalamuaaikum. Janna macam mana harini?" soal mama apabila dia merapati katil. Seraya tangannya bersalaman denganku.

"Waalaikumusalam ma. Janna dah okay dah ni. Esok lusa mungkin dah boleh keluar doktor kata. Insya Allah tak ada apa-apa dah. Mama dengan abah dari mana?"

"Dari rumah. Mama kamu ni risau menantu perempuan dia sorang ni." Balas papa dengan senyuman sedkit mengusik mama.

"Eh, risau lah kita. Dah la anak awak buat hal."

Aku tersenyum hambar. Tak tahu lagi hendak membalas apa.

"Wafdan tak ada datang jenguk kamu?"

Soalan mama aku membalas dengan gelengan serta senyuman pahit. 

"Dia sibuk kot." ringkas jawapanku.

Segan nak berkata apa-apa apabila masalah rumah tangga kami sudah dihidu oleh kedua belah pihak keluarga masing-masing.

Mummy dan daddy tidak begitu marah. Mungkin mereka tidak mahu aku menjadi lebih stress dengan apa yang terjadi ini.

Tapi bukan bagi along. Dialah yang mengamuk paling sakan sekali apabila aku masuk ke hospital. Qayeed yang cerita. Wardina mahupun Amelia sendiri takut untuk menenangkan along.

Aku tahu. Along sangat menjaga kami adik-adiknya. Along sangat sayang dengan adik-adiknya. Along seorang yang sangat protective. Namun sudah aku pesan pada along, jangan terlebih emosi apabila Wafdan datang nanti.

"Mama minta maaf bagi pihak Wafdan ya Janna. Mama..."

"Ma, its okay ma. Bukan salah Wafdan pun. Wafdan cuma salah faham. Mungkin ada sedikit salah dia tapi bukan sepenuhnya. Janna pun salah dalam hal ni."

"Mama bukan apa, mama risaukan kamu."

"Mama jangan la risau. Janna okay je. Hilang marah Wafdan nanti, balik lah dia." sementara ini, itu saja yang aku mampu ucapkan pada mama dan abah. Tidak mahu mereka turut merasa tertekan dengan masalah yang melanda rumah tangga aku dan Wafdan.

Bukan saja mama dan abah, malah mummy dan daddy juga. Mereka nampak tidak marah, tapi aku yakin, mereka sedikit terkilan. Terkilan dengan hubungan aku dan Wafdan yang semakin memburuk. Tak tahu dimana pengakhiran.

Sesungguhnya aku tak pernah fikir negative tentang hubungan kami yang bakal menginjak setahun tak lama lagi. Tapi bila perkara yang tak diingini seperti ini terjadi, aku tidak lari dari untuk fikir tentang masa depan yang akan aku jalani. Tanpa Wafdan.



BEG yang sudah siap dikemas, Qayeed ambil lalu digalas belakang. Qayeed saja yang free pada hari ini sebab yang lain aku sudah haling untuk menambil cuti. Daddy dan along perlu berkerja. Dina peru menghadiri kelas di university. Sudah banyak class yang dia ponteng ketika aku ditahan di ward. Pada mummy, aku melarang keras untuk datang. Mummy perlukan rehat yang secukupnya.

Hanya Qayeed saja pengganggur yang layak mengambil aku.

"Akak dengar Qayeed baru dapat tawaran ke Canada. Qayeed nak pergi ke? Nak stay sini atau macam mana?" soalku bila kami sudah masuk ke dalam lift.

Qayeed ni bijak. Tak dinafikan itu. Sudah bijak, kacak macam daddy, dan lebih tinggi daripada aku biarpun usianya bakal menginjak 19 tahun tak lama lagi.

"Qayeed tak buat keputusan lagi kak. Awalnya rasa nak terima tapi bila tengok keadaan sekarang..."

"Pergi lah. Akak boleh jaga diri di sini. Mummy dengan daddy pun akak boleh jaga. Along dan Dina pun ada kan. Jangan risau."

Pintu lift terbuka, pantas Qayeed pimpin aku keluar. Mengada sangat adik aku seorang ni. Sakit aku bukan teruk mana pun. Bleeding je pun.

"Tahu. Tapi sayang la nak jauh dari mummy and daddy. Mana pernah pisah sebelum ni." Jawabnya selamba dengan sengihan.

Eh eh budak ni. Rasa nak ketuk sekali bagi sel-sel otak berhubung. Ni mesti lack of milk waktu kecil dulu.

"Jangan nak mengada sangat lah. Along dengan Dina ada. Akak pun ada. Tahu lah awak tu anak bongsu. Tapi harapan mummy daddy kan nak tengok kita semua belajar. Grad. Naik pentas dengan first grad. Takkan tak nak merasa semua tu?" bebelku panjang. Tapi budak kecil itu hanya buat muka tak ada perasaan.

"Akak tunggu kejap. Qayeed nak ambil kereta."

Aku menjeling Qayeed bila dia pergi tanpa menunggu jawapan aku. "Lari je tahu. Dapat tahu dek along, memang kene bedal la Qayeed."

Mata memerhati suasana hospital yang sibuk. Keluar masuk pesakit setiap hari. Tapi bila ternampak seorang lelaki yang membatu isterinya berdiri dengan kandungan yang sarat, aku tersenyum. Namun senyumanku itu buat kolam air mata bergenang.

Nampaknya tiada lagi harapan aku untuk merasa semua itu. Wafdan sudah berlalu pergi tanpa pamitan. Malah kandungan aku pula...

"Kak, jom!"

Mata aku dikerdip beberapa kali. Lalu aku bangun menuju ke kereta yang mummy yang Qayeed guna. Pintu dibuka lalu aku memboloskan diri ke dalam kereta.

"Akak nak makan apa-apa tak?" soal Qayeed bila kereta sudah keluar dari kawasan hospital.

"Makan di rumah je lah. Mesti mummy dah masak. Sekarang pun dah pukul 12.00 lebih ni."

"Tapi Qayeed craving McD."

"Dahtu nak tanya akak tu kenapa. Jom je la. Aish budak kecik ni."

Qayeed ketawa besar bila nampak aku kegeraman. Suka sangat nak menyakitkan hati aku sejak aku masuk hospital ni. Mengadu along karang, tahu menangis pula nanti.

"Oh lupa, akak kan kena pantang makan." Makin kuat Qayeed ketawa.

"Ey! Tak lama juga ni kena cepuk karang!"

Dan kau tahu, Qayeed bergurau untuk menghilangkan rasa duka dan kecewa aku terhadap Wafdan. Kerana itu yang keluarga buat. Menggembirakan antara satu sama lain dengan caranya yang tersendiri. Biarpun pada mata orang, itu nampak rude dan menyakitkan hati, tapi aku tahu, itu Cuma gurauan.

Dan aku berterima kasih kepada mereka yang faham dan mampu menggembirakan aku ketika aku dilanda kesedihan. Tak ramai yang faham. Cuma mereka yang tertentu saja yang mengetahui sakit aku. Dan dengan cara mereka, aku boleh tersenyum biarpun sakitnaya tidak sembuh.

Sekurang-kurangnya, berpura-pura bahagia itu lebih melegakan dari terus berduka bukan?

Oh jangan lupa vote okay. Love and hugs❤️

AUGUST 20, 2020
Shi

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now