Epilog I

1.9K 67 2
                                    

(EDITED)


"ITU sepupu paling rapat dengan aku. Walaupun jarak umur 5 tahun, tapi dia lah yang paling handsome berbanding cousins aku yang lain." Cerita Ashi apabila mata aku masih memandang pada susuk tubuh lelaki yang sedang berjalan itu.

"Aku tak tanya apa-apa pun." Kataku selamba. Walhal hati memang hendak tahu. Mataku kalih menjeling Ashi.

"Saja je lah aku nak bercerita. Yang kau cepat melatah sangat ni kenapa?"

"Cepat melatah apanya. Aku cuma pelik, tiba-tiba kau bercerita pasal dia. Itu saja."

"Aku just wonder, kenapa kau tengok dia macam nak terkam. Itu aku bagi tahu kau. Ah, kau dah kenapa pandang dia tak berkalih?"

"Tak ada apa."

Tak ada apa lah sangat. Dalam hati meronta-ronta nak tahu siapa nama lelaki itu. Berani-beraninya dia senyum sinis bila melihat aku menangis. Dasar tak ada perasaan!

Suatu hari nanti, aku akan dapat tahu juga nama lelaki itu. Tak kira.

"Adan tengah sambung study dekat Ireland. Lagi 3 tahun tak silap aku habis la study dia."


"JANNA Warda kan?" sapa seseorang dari belakang.

Aku yang masih terkial-kial memikirkan cara untuk mengisi minyak berpaling melihat susuk orang yang menyeru namaku itu. Sudah lah waktu-waktu genting, nasib ketika ini tak banyak kereta ada. Siapa saja nak isi minyak tengah hari macam ni!

Terpaku seketika. Rasa macam pernah jumpa. Tapi dimana? Bila?

Dan juga, kacak. Anak siapa sesat ni?

"Yes. I'm sure kau Janna. Buat apa ni?" soalnya lagi. Matanya melirik pada tanganku yang memulas tangki minyak yang masih gagal untuk dibuka.

"Saya nak isi minyak. Tapi, tak reti." Ceritaku jujur. Malu sebenarnya tapi mengharap lelaki depan ini boleh menolong aku.

"Tengah google cara isi minyak ke tu?" matanya menjeling pada skrin handphone yang jelas menunjukkan cara mengisi minyak.

Aku terus menyorokkan telefon ke dalam poket seluar. Ini sangat memalukan. Sangat menjatuhkan ego!

Lelaki itu tergelak kecil. Cepat saja dia memulas penutup lalu dimasukkan pam minyak pada tempat dan ditekan. Cepat sangat!

"Lain kali jangan main phone waktu isi minyak."

"Kenapa?"

"Kau tanya aku kenapa? Macam mana kau boleh lulus ambil lesen kereta ni? Sebab bahayalah. Kau tak nampak ke pelekat dekat tiang tu?" Jelas lelaki itu.

Aku menyalihkan pandangan pada tiang yang ditunjuk si dia.

NO SMOKING

STOP ENGINE

DO NOT USE CELLULAR PHONES & OTHER ELECTONIC DEVICES WHILE DISPENCIL FUEL

TOUCH YOUR CAR TO DISCHARGE ELECTROSTATIC

"Dah baca?" soal dia kembali.

Aku berpaling melihantnya. Dengan muka yang kosong, langsung tiada senyuman disitu. Aku megangguk perlahan.

Meter sudah berhenti. Lelaki itu kemudiannya meletakkan pam minyak pada tempat asal dan menutup tangki minyak.

"Jom kita keluar makan. Alang-alang waktu lunch ni."

"Thanks for helping me. Tapi awak ni siapa sampai nak ajak saya pergi keluar makan?"

"Oh ya! Lupa pulak. Aku Wafdan Muammar. Sepupu rapat Nashirah. Remember 3 years ago? Yang kau menangis tepi air terjun tu? By the way, aku tunggu kau dekat kedai depan sana. Jangan lari pula. Anggap sebagai hutang aku tolong kau. " Balasnya selamba . Tubuhnya sudah berlalu pergi. Hilang dibalik pintu kereta.

Aku berjalan masuk ke dalam kereta. Dalam kepala aku masih memikirkan perkara 3 tahun lalu. Gear ditarik ke D, handbreak dibawa turun.

3 tahun lalu? Menangis tepi air terjun? Don't say... that is the guy. Kaki aku terus menekan break rapat.

Damn!

Lelaki kacak tu... lelaki yang aku...

Cari!


"INGATKAN apa tu sayang? Tersenyum-senyum dari tadi abang tengok." Wafdan bersoal. Tubuhnya berlabuh diatas buaian kayu di laman rumah kami.

"Nothing much. Just remember our first time seeing each other at Nashirah's party and the moment 3 years after that party."

"Oh Allah! That is my first time saw you and fall in love with you. Love in the first sight. Tengah menangis pun nampak comel waktu tu. Hidung merah. Mata merah. So cute!"

"Dah tu, tegur Janna dekat Petronas. Gelakkan Janna sebab tak pandai isi minyak." Aku melirik wajahnya yang masih ada sisa-sisa tawa.

"You're so funny sayang. Abang nampak sayang break terkejut waktu tu. I wonder, Is that sayang dah dapat tangkap apa yang abang cuba nak kata."

"Yes I am. So embarrassing kantoi google how to isi minyak!" balasku sambil bersandar pada dadanya.

Wafdan tergelak kuat.

"I love you abang."

"I love you too, sayang."

"I love you more, abang."

"I love you most, sayangku."

"I love you to the infinity and beyond, cinta hati Janna."

Wafdan ketawa kuat. Aku tetap tak mahu kalah. Selalunya dia saja yang memang dalam mengucap kata cinta.

"So do I. I love you as much as you love me, kesayangan abang."

Kan aku kata, dia tak mudah mengaku kalah untuk menyatakan cinta.

Tangannya juga tak berhenti mengusap perut yang sememangnya menanti hari. Tak lama lagi dah.





tinggal lagi satu epilog tau.so, jangan remove dari library lagi. hhuhuhuhuhuhuhuu

Vote and comment...

 APR 28, 2021

S H I

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now