Janna Wafdan 47

1.4K 52 0
                                    

(EDITED)

*Sneakpeak*

SAMA-SAMA terdiam ditelan masa. Pemandangan tasik buatan dengan cuaca yang agak mendung petang itu mengurangkan bilangan pengujung yang datang untuk beriadah. Bila-bila masa saja hujan akan turun membasahi bumi.

"Wan minta maaf, Ashi." Ujar Safwan sambil memerhati wajah manis sesebelahnya. Wajah yang tiada lagi senyuman yang terukir untuk dirinya. Salah dia sendiri bila wanita itu mengaku cinta, dia abaikan kerana dendam. Kini, untuk menatap saja, Nashirah tidak mahu.

Nashirah anggukkan kepala. Tak tahu bicara apa yang mahu dia kata pada Safwan. Lelaki itu tidak pernah menuturkan kata-kata begitu lembut seperti yang dia pernah dengar baru tadi. Safwan yang dulu penuh dengan aura badboy. Dan hanya kerana itu, dia sendiri tak mampu melepaskan.

Bila difikarkan diri sendiri, sampai bila dia perlu bertahan dalam hubungan yang terapung ditolak ombak ini. Hubungan itu ibarat berada ditengah lautan dan hanya menerima tolakan ombak kesana kesini. Taktahu penghujungnya. Yang Ashi rasa, dia perlu balik ke daratan. Atas sebab itu, dia meminta perpisahan.

Biarpun pada awalnya, Safwan habis-habisan menolak. Tapi dia tidak kisah. Perpisahan adalah jalan yang dia pilih untuk diri sendiri.

"Saya harap, Wan dipemudahkan segala urusan." Balas Nashirah ringkas. Tidak tahu untuk berbual Panjang seperti selalu. Semuanya bertukar janggal dalam sekelip mata kali terakhir dia bertemu Safwan sewaktu minta putus dulu.

"Kenapa Ashi tak pernah tanya kenapa Wan dekat dengan Ashi? Rasanya Ashi sendiri dah tahu hakikat sebenar dari awal kan?" Mustahil untuk Nashirah tidak tahu perkara yang sebenar.

Nashirah dan Janna itu ibarat kembar. Kemana-mana pasti berdua. Tak mungkin Janna tak menghalang hubungan mereka suatu ketika dahulu. Paling tak pun, pernah kecoh satu batch dulu dia digantung belajar selama satu semester.

Nashirah tunduk memandang hujung kasut bergeser dengan tanah.

Hakikat yang dia tahu dari awal. Tapi dia menidakkan kerana perasaannya pada lelaki itu sangat dalam. Tapi dia sudah tidak mampu untuk menerima jika orang yang dia sayang disakiti. Janna, Wafdan disakiti oleh lelaki yang dia cintai.

Fikirnya dulu, masih ada peluang untuk cinta Safwan berubah kepada dia. Tapi, itu semua kesilapan yang dia belajar. Tak semua orang boleh belajar melepaskan dan mencintai semula.

Bukan Janna tak cuba untuk memberitahu, tapi awal-awal dia menolak. Mengatakan bahawa Safwan baik saja orangnya. Orang lain tak faham Safwan. Realitinya, dia juga terlalu taksub mengejar Safwan dulu.

"The damage has been done. Tak ada apa yang boleh ubah masa lalu, Wan. Cumanya, saya harap, Wan boleh cuba untuk rungkaikan apa yang membelit. Supaya Wan terus rasa tenang. Benda yang jadi, kita tak boleh ke masa lalu untuk ubah semula. Kita hanya boleh belajar dan usaha untuk tidak ulangi lagi."

"Asalnya dari awal memang salah, Wan. Tak nampak sayangnya Ashi pada Wan sebab dibutakan dengan obsesi Wan sendiri. Apa pun, terima kasih sudi dengan Wan beberapa tahun ini dan ajar Wan tentang hidup. Mungkin ada sebab Tuhan pertemukan kita tapi tak menyatukan. Salah satunya untuk kita tahu – Wan dan Ashi sama-sama belajar."

Nashirah angguk lagi dengan senyuman.

Dia memilih meniggalkan Safwan kembali mengikut aturan keluarga. Berjumpa dengan orang yang menyanyanginya setulus hati. Yang sedang tunggu di dalam kereta sekarang apabila Nashirah khabarkan ingin berjumpa seseorang.

Yang dia rasa itu adalah aturan Tuhan yang paling indah buat dirinya.

"Apa perancangan Wan lepas ni?" tanya Nashirah. Kepala diangkat melihat wajah lelaki yang sudah bersih dari kumis halus yang tidak kemas suatu ketika dulu.

"Tak ada perancangan yang terlalu spesifik. Cumanya, Wan akan pergi untuk cari dan belajar tentang diri sendiri. Lepas itu, mungkin Wan akan balik kampung arwah mak Wan. Duduk disana mungkin. Ashi pula?"

"Saya sebenarnya... tak lama lagi akan bertunang. Aturan keluarga. Insya Allah tak lama lagi." Balas Nashirah.

"Tahniah! Harapnya lelaki itu bukan seperti Wan." Teruja Safwan mengucapkannya. Walhal, jantung sendiri bagai nak pecah mendengar kata-kata Nashirah.

Nashirah membisu. Tidak mengiyakan dan menolak.

"Balik dengan siapa? Wan hantarkan?"

"Tak apa. Saya datang dengan dia. Dia tengah tunggu dalam kereta."

"Oh..."

"Kalau macam tu, saya pergi dulu. Ashi doakan Wan berbahagia selalu."

"Terima kasih. Wan pun harap kebahagiaan akan selalu jadi milik Ashi."

Dan ketika Langkah Nashirah semakin menjauh, rasa jantungnya seperti diramas-ramas semakin kuat. Sedar tak sedar, ada air mata yang jatuh kerana terlewat menyedari cinta yang pernah hadir untuk dia. Dan ketika dia sedar, cinta itu telahpun pergi untuk bersama yang lain.

"Bukan jodoh kau dengan Nashirah, Safwan. Terimalah hakikat yang dia ditakdirkan orang yang selayaknya dengan dia. bukan engkau yang pastinya." Bisiknya pada diri sendiri.

Titisan halus yang mula turun mula bertukar kasar. Lalu digagahkan tubuh untuk bangkit, tundung menerima kenyataan hidup yang dia perlu tempuhi. Mahu atau tidak.

"I akan tunggu you balik sini Safwan. Bukan sebagai kekasih, tapi sebagai sahabat yang setia. You bukannya jahat, cumanya you tersilap langkah. Siapa saja dalam dunia ni tak buat silap kan. You, I, sama-sama manusia." Kata Fazira menatap wajah lelaki yang pernah didampinginya beberapa bulan dulu.

"Tak perlu tunggu. I taktahu bila I akan balik. Cari kebahagiaan you. Yang penting bukan Wafdan. Dia suami orang." Pesan Safwan bersama usikan.

"I tahu lah! I bukan watak antagonis dalam cerita ni. You tu, tolong balik bila tiba masanya." Kata Fazira lagi.

Bagasi ditangannya dihulur kepada Safwan. Menghantar Safwan pergi merantau untuk mencari diri yang hilang. Dalam hatinya berharap supaya Safwan jumpa dengan apa yang dicari.

"Iyalah. Terima kasih banyak sebab hantar I ke sini. Terima kasih juga sudi jadi sebahagian orang yang penting dalam hidup I sebagai seorang sahabat biarpun banyak benda buruk yang I buat."

"Normal la tu. I memang tak suka dengan kesilapan you. Tapi I suka bila you mula ada rasa untuk berubah." Senyuman dibibir Fazira makin melebar.

Entah kenapa, dia dapat rasai apa yang Safwan rasa. Cuma Safwany terlalu lama dililit dengan perasaan yang tidak dilepaskan. Manakala dia, rela melepaskan untuk kurangkan kesakitan. Mungkin ini penyebab kenapa dia sanggup berkawan dengan Safwan.

"I pergi dulu. Jaga diri. I harap bila I balik, I jumpa you dengan penampilan yang baru." Kias Safwan menegur sebelum melambai pergi.

Fazira bukannya orang yang tidak cukup kain. Sopan. Cantik. Cuma belum tertutup sempurna.

"I cuba, Safwan." Bisik Fazira perlahan. Tersentuh hatinya bila Safwan menegur tanpa menyakiti. Lambat-lambat tangannya turt membalas lambaian Safwan

Semoga kita bertemu lagi Safwan.


APR 12, 2021

SHI

[C] Janna WafdanWhere stories live. Discover now